“Saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan aplikasi kiblah berbeza. Saya tinggikan handphone satu kaki dari lantai. Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet”
Perkongsian pengalaman daripada Puan Ara Sara berkenaan dalam mencari ketepatan arah kiblat mungkin juga pernah anda alami. Perbezaan yang timbul, menyebabkan hati berasa bimbang andai solat kita selama ini tersalah arah.
Oleh ada baiknya kita serahkan pada yang pakar, mungkin ramai belum tahu bahawa sebenarnya kita boleh mendapatkan khidmat daripada ahli falak untuk menentukan arah kiblat, caj yang dikenakan pun tidaklah mahal dan ini dikongsikan secara jelas oleh Puan Ara Sara. Mengetahui lanjut ini perkongsiannya;
Semasa saya nak solat di hospital Johor tempoh hari, adik saya tegur. Dia kata ukuran kiblat kalau terpesong 1 darjah, akan menyebabkan pesongan 122 kilometer dari kedudukan sebenar Kaabah. Adik saya suruh install Qalby Apps by Mizz Nina.
Balik Putrajaya, saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan aplikasi kiblah berbeza. Saya tinggikan handphone satu kaki dari lantai. Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet. Oleh kerana dalam rumah saya ada banyak logam, arah kompas tidak jitu.
Kalau bermusafir, boleh la saya guna aplikasi sebagai alternatif. Tetapi untuk rumah sendiri, sudah tentu saya mahu sistem teodolit yang mempunyai tahap ketepatan yang tinggi. Takut orang solat berkiblatkan Mekah, saya menyonsang ke Baitulmuqaddis.
Ads
Saya terus cari ahli falak untuk tentukan hala kiblat melalui pencerapan matahari. Cahaya masuk rumah saya pukul 9 pagi hingga 6 petang. Dia tak ukur pukul 12 hingga 2 petang sebab bayang-bayang menjadi pendek.
Pukul 3 petang, ahli falak datang dengan uniformnya. Dia bawa pelbagai equipment, tablet, dan tangga.
Excited saya tengok dia buat kerja. Macam kaji kosmo fiqah. Terasa kehebatan tamadun Islam dalam ilmu astronomi.
Furqan terkinja-kinja tengok laser. Semasa ahli falak sedang tampal stiker di siling, Furqan lari terlanggar lampu dia. Dengan sabarnya dia setting balik. Saya marah Furqan dengan sopan, padahal hati saya dah bertukar jadi singa.
Ads
Setelah selesai, ahli falak lukis anak panah dan kordinat di atas kertas, berpandukan jubin. Kertas ni boleh jadi rujukan untuk bilik lain. Saya photostat kertas ni untuk diberi kepada jiran yang kedudukan rumahnya di atas dan di bawah rumah saya.
Hasil ukuran, kiblat yang ditentukan berada di tengah-tengah antara kiblat asal saya dan kiblat aplikasi. Kos keseluruhan RM50.
……………………………………………………………..
Ads
Arah kompas untuk kiblat adalah 292°. Selebihnya serah kepada Allah. Islam itu mudah. Posting ini hanya sekadar perkongsian.
Untuk semak sendiri, digalakkan buat ketika istiwa a’zam (kedudukan matahari tetap di atas kaabah)
Sabar itu bukan mudah dilakukan, tapi ganjarannya berlipat ganda. Bahkan Allah sering menyebut orang yang sabar akan dijanjikan syurga bagi mereka.
Hakikatnya bila dikaitkan tentang sabar dalam rumahtangga, nyata dalam seharian banyak perkara berlaku yang memerlukan kedua-duanya perlu bersabar dan saling bertolak ansur. Ini sekali gus andai bijak ditangani, menjadikan cabaran atau dugaan tersebut sebagai peluang untuk mendapatkan pahala.
Begitu juga melalui perkongsian Khairul Hakimin Muhammad, ada menyenaraikan cara bagaimana menjadikan isteri itu ladang pahala kepada suami.
Ikuti perkongsiannya.
Dari awal berkahwin emak saya duk tekankan yang isteri kita ini akan jadi padang pahala.
1. Jika dia malas, bantu dia. Bukan hina dia.
2. Jika dia degil, didik dia, bukan pukul dia.
3. Jika dia sakit, rawat dan bawa dia ke hospital bukan biarkan dia.
4. Jika dia ada teringinkan sesuatu, penuhi permintaan dia walau sedikit kesusahan berlaku.
5. Jika dia suka meminta-minta, waktu tak mampu, cakap sahaja terus. Jika mampu dapatkan sahaja.
6. Jika dia rajin, puji dan santuni dia.
7. Jika dia sering penat kerja, fahami dia
8. Jika dia selalu di rumah menjaga anak-anak, bawalah dia keluar sekali sekala.
9. Jika dia mudah sensitif, peluk dia, sentuh dia dan sayangi dia.
10. Jika dia sering kelam kabut, tenangkan dengan lekas-lekas bantu dia.
Kawan-kawan,
Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, saling menghormati, saling menyayangi.
Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, dia asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya.
Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.
Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.
Begitulah.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dia antara kanak-kanak tercomel di dunia dan pernah menjadi viral sebelum ini. Dhuha Sophea yang memiliki sepasang mata cantik rupa-rupanya tidak suka main gajet seperti mana kanak-kanak lain seusianya.
Baru-baru ini, ibunya ctsafuraa ada memuat naik perkongsian seorang ibu yang memintanya berkongsi tip bagaimana mengawal anaknya itu dalam penggunaan gajet.
Menurut Ct Safuraa, rumah mereka tidak mempunyai televisyen dan itu membuatkan anaknya tidak leka dengan benda tersebut.
“Rumah kami memang takda TV memandangkan my husband and i bukan jenis layan TV. Kami perlukan waktu bersama lebih dari benda lain. So bila waktu bersama, time tu lah waktu untuk bersembang, bergurau, bergaduh dan me time untuk both of us .
Selain itu, ketika dia sibuk memasak, anaknya itu akan mengambil buku dan baca atau ikut ibunya buat kerja rumah.
“Pasal video youtube / cartoon , yes!! Sophea pun ada tengok dan layan, tapi bukan dia yang kawal gadget tu, saya yang kawal untuk dia. Biasanya, saya benarkan dia tengok masa makan je ( breakfast, lunch and dinner ) masa snack saya tak bagi sebab biasanya kami akan spent time berdua.
Tip yang dikongsikan oleh Ct Safuraa ini mendapat respond positif dari pengikut di laman instagramnya.
Panduan terbaik Ibu Bapa
doorgift_by_nurul@actualhumanfelinessetuju sgt.. Ank sulung saya, saya limitkn 2 jam waltu cuti je.. Hri isnin till jumaat sejam sehari tu pun kalau homework dh siap.. Tpi selalunya die tk main sbb sibuk? balik tadika kne siapkn homework, tido ptg n ptg main luar dgn kwn2.. Mlm ada kelas ngaji n bhsa arab.. So tkada masa dh dkt situ nk main game.. Sabtu ahad mybe sbb ada byk masa tpi kdng die just tgk movie or main toy.. But luckily ank minat dgn buku so mmg kalau die mcm bosan saya ajak die baca buku (even thoo still tktau membaca?).. As a parent Kita yg control ank bkn ank yg control kita..
nizarazmiSekarang ni trend ibubapak yang ambil mudah, malas layan anak, diberinya hp biar baby tu leka. Bila dah benarkan hp control baby, baby jadi addict tak boleh tak pegang hp. Ibubapak sekarang kena kawal diri mereka dari bagi hp kepada anak, jangan ambil mudah. Kalau tiap hari disuapkan dengan hp, jangan marahlah anak tu kejap kejap nak hp. Salahkan diri sendiri. Dalam berapa tahun, tengoklah mata diorang kejap je rabun and etc. Pesanan untuk diri sendiri dan yang sewaktu dengannya.*** Safura, awak kongsikan pesanan yang baik untuk ibubapa followers awak, keep it up ur good work. Kirim salam kepada si comel dhuha sophea ye
haniszolkepeliYup betul rumah sy pun takda TV.. Bby sy pun cepat fokus dgn apa yg kita ajar.. Sb suasana rumah sunyi sb tada bunyi tv yg distract tp sy slalu buka surah2 alquran shj.. Youtube vids pun sy limit 5mins je.. Bila dh ditrain mcmtu dia jd tak attracted dgn gadget and more to main bnda2 depan mata mcm ni..
iznyeizueSemoga sy pon dpt gadget less pada si kecik saya…tp tulah… Tv benarkan dia tgk juga Ms makan.. Kalau time mama buat kerja dan dia dlm Walker xlayan sgt pon tv.. Lebih suka explore rumah buka laci atau capai apa yg ada ???
miss_nur07Mohon save tips ni kak yer.. Dari ape sy baca, perkembangan otak kank2 pnting dari usia 1-6 thn.. Klu trllu byk msa dgn gadget aktiviti otak kurg brlaku sbb dia fkus pada gadget smata2, dan ransangan juga kurg.. Jk trlibt dgn aktiviti2 mcm akk bt, atau sbgnya..prkmbgn otak kanak2 adalah lebih transang dgn apa yg dia explore especially dgn ransangan yg dia dpt dari sentuhan, pergaulan dgn knk2 lain, dgn parents sdiri etc..so dari situ otaknya sentiasa aktif..
ammerasyarifTq sis info ni mmg terbaik sebagai panduan para ibu..
Kanser atau barah sememangnya penyakit yang paling ditakuti kerana merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Rawatannya juga mengambil masa yang lama untuk bebas daripada penyakit ini.
Itulah yang dihadapi olrh seorang wanita bernama Kristen Juliet Soh. Sebulan selepas perkahwinannya, Kristen Juliet Soh mendapati dia menghidap barah limfoma, sejenis barah darah yang menjejaskan sistem limfa badan.
Namun atas kecekalannya, dia berjaya menangani ujian luar biasa itu bersama suaminya dan kini mereka dikurniakan dua orang anak.
Menurut Kristen Juliet Soh, ia bermula dengan simptom batuk kering yang ringan pada Mei 2014, sebulan sebelum perkahwinan Kristen Juliet Soh. Pada mulanya, bakal pengantin perempuan berusia 29 tahun itu tidak terlalu memikirkannya dan meneruskan persiapan untuk hari bahagianya itu.
Walau bagaimanapun, dalam beberapa minggu, batuknya semakin teruk. “Ia sampai ke tahap di mana setiap kali saya bercakap atau berjalan, saya akan batuk. Kemudian, saya mula merasakan sakit yang tajam di bahagian belakang badan saya dan saya fikir akibat otot yang tertarik akibat terlalu kerap batuk,” katanya.
Soh telah berjumpa dengan dua orang doktor atau pengamal perubatan (GP) dan diberikan ubat batuk setiap kali berunding. Namun begitu, batuknya berterusan.
“Saya melalui majlis perkahwinan saya tanpa mengetahui apa yang berlaku. Semasa suami berbual dengan tetamu, saya batuk-batuk,” katanya.
Sebulan kemudian, dia mengalami batuk darah. Ini sangat meresahkannya sehingga dia bergegas ke hospital untuk melakukan pemeriksaan X-ray, yang menunjukkan ketumbuhan besar di paru-paru kanannya.
Doktor pada mulanya mengesyaki radang paru-paru dan meletakkan Soh untuk melalui rawatan titisan (drip) antibiotik. Bagaimanapun, Soh mula mengalami demam panas dan selepas imbasan tomografi berkomputer (CT) yang lebih terperinci, doktor menemui tumor besar sebesar sekeping roti di paru-parunya.
Pada tengah malam hari yang sama, Soh dibawa masuk ke dewan bedah untuk proses biopsi bagi mengeluarkan sampel tisu sel untuk ujian. Sekitar pukul 3 pagi, keputusan telah dikeluarkan.
“Doktor meminta ibu bapa, abang dan suami saya keluar dari bilik untuk bercakap dengan mereka secara tertutup terlebih dahulu. Ketika itulah saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dan bersedia secara mental untuk menghadapi yang terburuk,” katanya.
Ia adalah limfoma tahap 3.5, barah kelima paling biasa di Singapura. Dalam kes Soh, dia mengalami limfoma Non-Hodgkin sel B, barah yang disebabkan oleh mutasi dalam DNA sejenis sel darah putih yang membantu tubuh melawan jangkitan.
Barah menjejaskan sistem limfa badan. Oleh kerana barah yang dihidapinya agresif, dia perlu memulakan kemoterapi intensif dengan segera.
“Pada masa itu, saya tidak pernah mendengar tentang limfoma sebelum ini. Tetapi tanggapan saya tentang barah adalah ia menakutkan,” katanya.
Walaupun tahu ia sukar, Soh memberanikan diri untuk berbincang dengan suaminya. “Saya bertanya sama ada dia mahu membatalkan perkahwinan itu. Lagipun, perkahwinan kami baru sebulan dan menjaga orang sakit bukanlah sesuatu yang dikehendakinya. Saya tidak tahu sama ada saya akan sembuh,” katanya.
Tanpa berlengah, suaminya berjanji akan terus bersamanya.
Ini bukan satu-satunya perbualan yang sukar bagi pasangan itu. Memandangkan kemoterapi diketahui menjejaskan kesuburan, mereka turut berbincang tentang pilihan untuk membuat kaedah rawatan pembekuan telur.
Bagaimanapun, berpandukan kepercayaan Katolik mereka dan tidak mahu menangguhkan lagi rawatan, pasangan itu akhirnya memutuskan untuk tidak melakukannya. “Kami memutuskan untuk membiarkan perkara berjalan secara semula jadi dan mempertimbangkan mengambil anak angkat jika saya benar-benar tidak dapat melahirkan bayi,” kata Soh.
Malah, Soh menerima diagnosis dan rancangan perawatannya. Dia berkata: “Saya sangat tenang. Saya fikir baik-baik saja, berserah saja. Saya hanya akan buat yang terbaik.”
Saban hari, Soh sentiasa berfikir secara positif sehinggalah hari dia dihantar ke wad barah.
“Saya berkongsi wad saya dengan tiga orang pesakit lain. Mereka tidak lagi mempunyai rambut. Seorang mengerang kesakitan sepanjang hari dan malam. Seorang lagi benar-benar kembung kerana dimasukkan air – kakinya bengkak sehingga dia sukar berjalan.
“Melihat bagaimana pesakit lain menderita seolah-olah cermin bagi masa depan saya sendiri,” katanya.
“Sepanjang hidup saya sehingga ke tahap ini, saya tidak pernah dimasukkan ke hospital. Apabila jururawat memberi saya bekas air kencing dan membersihkan saya kerana saya mempunyai beberapa tiub dimasukkan dan ia bukan satu idea yang bagus untuk saya berjalan ke tandas, saya berasa sangat malu. Saya berasa teruk. Itulah kali pertama saya benar-benar putus asa,” katanya.
PERJALANAN MELAWAN BARAH
Sepanjang empat bulan berikutnya, Soh menjalani enam kitaran kemoterapi intensif. Dia menghabiskan seminggu di hospital, menjalani kemoterapi sepanjang masa, berehat di rumah selama dua minggu, dan kemudian kembali ke hospital untuk mengulangi kitaran itu.
“Ubat itu dimasukkan melalui titisan (drip), diikuti dengan titis salius di antara setiap pusingan ubat itu. Saya hanya terlantar sepanjang minggu itu sementara jururawat datang untuk menukarkan ‘drip’ untuk saya. Walaupun saya pergi ke tandas, saya akan menarik ‘drip’ itu bersama, “katanya.
Talian kateter pusat (PICC) yang dimasukkan secara periferi, yang pada asasnya adalah tiub panjang, dimasukkan ke dalam lengannya yang menuju ke jantungnya di mana ubat kemoterapi dihantar terus.
Soh juga dimasukkan sejenis alat untuk memasukkan ubat kemoterapi pada lengannya, dikenali ‘peripherally inserted central catheter’ (PICC). PICC adalah sejenis alat yang berfungsi sebagai ‘port’ kemoterapi bagi pesakit barah. Alat itu kekal dalam tubuh Soh selama empat bulan.
“Minggu pertama selepas setiap kitaran kemoterapi adalah yang paling sukar. Saya berasa sangat lemah sehinggakan walaupun saya berjalan dari bilik tidur ke tandas, saya akan rasa tercungap-cungap seolah-olah saya baru selepas berlari. Saya hilang selera makan, mulut dan tekak saya dipenuhi dengan ulser. Saya makan makanan bayi, puri dan jus,” katanya.
“Oleh kerana kemoterapi berfungsi dengan membunuh sel-sel yang merebak cepat dalam badan – sel-sel barah serta sel-sel baik, ia menyebabkan keguguran rambut dan memusnahkan sel darah putih (yang membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit lain).
“Saya terpaksa menyuntik perut saya setiap hari untuk meningkatkan sel darah putih saya. Saya juga menjalani dua transfusi selama empat bulan apabila jumlah darah saya tidak normal,” tambahnya.
Ketidakpastian itu lebih sukar ditanggungnya berbanding kesakitan fizikal. “Oleh kerana kemoterapi memusnahkan sel anda, saya berasa lebih teruk semasa kemoterapi berbanding ketika saya hanya mengalami simptom barah sahaja. Saya tidak tahu sama ada rawatan itu berkesan,” katanya.
“Saya pernah menjadi seorang yang merancang segala-galanya tetapi tiba-tiba, saya rasa seperti tidak dapat mengawal apa-apa yang berlaku kepada tubuh badan saya. Saya tidak tahu bagaimana saya akan bertahan. Ini membuatkan saya berjaga sepanjang malam,” katanya.
DUGAAN HEBAT
Soh juga terpaksa akur dengan kesan rawatan barah yang menyebabkan rambutnya gugur. “Dahulu saya ada rambut yang sangat panjang dan ia amat menakutkan apabila melihatnya terbang bergumpal-gumpal apabila ditiup angin. Saya memutuskan untuk mencukurnya. Saya rasa ia seperti satu cara untuk mengambil semula kawalan ke atas tubuh saya,” katanya.
Perubahan fizikal ini menjejaskan imej dirinya. “Saya rasa saya kelihatan seperti makhluk asing tanpa rambut dan kening. Saya berasa hodoh dan tidak disayangi, walaupun suami saya memulakan sebarang sentuhan keintiman, saya berasa sangat tidak selesa,” katanya sambil menambah bahawa suaminya sangat memahami.
Emosi Soh juga terjejas dengan kemungkinan dia tidak akan mempunyai anak. “Apabila saya menonton video bayi perempuan dengan lesung pipit membuat reaksi comel, saya berasa sangat terharu. Saya terfikir sama ada saya akan mempunyai anak yang mungkin secomel itu?” ceritanya.
Walaupun Soh mengambil cuti sakit daripada kerja sepenuh masanya, sebagai pengurus kandungan sebuah aplikasi berita, dia masih masih meneruskan kerja sampingan pada masa itu, iaitu dengan sebuah majalah kecantikan digital, Daily Vanity. Dia menulis tiga hingga empat rencana mengenai topik kecantikan setiap minggu.
Ia mungkin sesuatu yang amat tidak menyelesakan untuk menulis tentang produk kecantikan seperti maskara dan syampu sedang rambut sendiri mengalami keguguran. Namun, Soh berkata bahawa menulis membantunya mengalihkan fikirannya kepada perkara-perkara lain. Ia membuatkan dirinya berasa produktif dan tidak ubah seperti dirinya sebelum ini.
Apa pun pada akhirnya, kasih sayang dan sokongan daripada ibu bapa, suami, abang dan rakan-rakannya yang membantu Soh tabah dengan ujian itu. “Mereka mengambil giliran untuk membawa saya ke hospital dan membuat jadual untuk memastikan bahawa seboleh-bolehnya, seseorang akan berada di hospital bersama saya,” tambahnya.
BERJUANG LAWAN BARAH
Masih kuat dalam ingatan Soh pada hari dimana dia akan menjalani keputusan imbasan dengan doktornya, lima bulan selepas dia mula batuk darah. “Saya berasa lebih gementar berbanding saat saya mengambil keputusan (peperiksaan peringkat) O,” katanya sambil ketawa.
“Ada juga sedikit keterujaan. Saya tahu jika tiada apa-apa, saya tidak perlu lagi menjalani kemoterapi.”
“Saya masih ingat ketika melangkah masuk ke pejabat doktor dan melihat senyuman besar di wajahnya. Ini adalah kali pertama saya melihat dia tersenyum lebar kepada saya; dia selalu mempunyai kerutan di wajahnya sebelum ini.
Sebaik sahaja saya melihat wajahnya, saya melepaskan rasa beban itu ke dalam hati saya,” katanya.
Soh mendengar penjelasan daripada doktornya. barahnya secara rasmi berada pada tahap mereda.
Ia adalah satu perjalanan yang mengerikan. Tetapi, seperti banyak pengalaman yang telah merubah hidupnya, hubungannya dengan kematian mengubah perspektif dan keutamaan yang harus dikejar.
Soh meninggalkan kerjanya sebagai pengurus kandungan. Dia dan suaminya kini mengendalikan Daily Vanity, di mana dia menjadi pengarah editorial.
Menyedari betapa dia ingin menjadi seorang ibu, dia mula mencuba untuk hamil dua tahun selepas pengalamannya dengan barah. Selepas mengalami keguguran, dia berjaya melahirkan anak sulungnya setahun kemudian.
Hari ini, Soh yang berusia 37 tahun menjadi ibu kepada dua anak lelaki, berusia empat dan satu tahun. Walaupun pengalamannya sebagai ibu sangat memuaskan, rasa takut bahawa barahnya akan berulang lagi masih menyelubungi dirinya.
“Baru-baru ini, saya mula berkongsi dengan anak sulung saya tentang kematian,” katanya.
“Dan apabila mereka lebih tua, saya pasti akan berkongsi perjalanan saya dengan penyakit barah bersama anak-anak saya.”
Pengalaman melawan barah juga membuatkan dia lebih menghargai keluarga dan rakan-rakan.
“Saya tidak pernah menjangkakannya, tetapi rakan-rakan (boleh) meninggalkan kita apabila kita menghidap barah, walaupun kita tidak (pernah) meminjam wang daripada mereka. Sebahagian daripada mereka hilang begitu sahaja.
Yang lain hanya menghantar mesej sokongan kepada saya hanya untuk mengucapkan:
‘Semoga cepat sembuh’.
Menurut Soh lagi: “Hanya segelintir rakan yang setia bersama saya, dan melakukan yang terbaik untuk memudahkan kehidupan saya dan penjaga saya”.
“Sebelum menghidapi barah, saya suka menyibukkan diri di tempat kerja, melepak dengan rakan-rakan dan mengisi kalendar sosial saya. Tetapi saya kini sedar bahawa memandangkan kehidupan hanya singkat, apa yang penting adalah orang yang benar-benar menyayangi kita,” kongsinya.
“Walaupun saya pernah terlalu merancang hidup saya, saya juga kini menyedari bahawa walaupun saya boleh merancang apa yang akan kita mahu buat untuk 10 tahun akan datang, saya mungkin sudah tiada dalam 10 tahun lagi.
“Episod ini mengajar saya untuk tidak terlalu berpegang kepada apa yang kita rancangkan. Sebaliknya biarlah kita menjadi lebih spontan, memberi diri kita sedikit kelonggaran, dan cuba untuk lebih menikmati kehidupan pada saat ini,” jelasnya lagi.