Sekiranya bercadang untuk menyediakan hidangan nasi special untuk berbuka nanti ada baiknya memilih untuk menggunakan beras basmati.
Diakui harganya memanglah mahal, namun bila dimasak dengan menggunakan beras ini memang puas hati. Nasi yang dimasak lebih nampak menyelerakan dan enak rasanya.
Pun begitu, memasak beras basmati ini ada caranya. Jika salah gayanya, tekstur nasi yang dimasak tidak sempurna.
Oleh itu ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmati ini. Barulah hasil masakan anda nampak macam seorang profesional yang menyediakannya. Jom semak!
1. Cuci beras
Ads
Beras Basmati perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Ads
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan sudip
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Ads
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perancangan asal pasangan ini sepatutnya bernikah pada 20 November tahun lalu, iaitu sehari selepas Risteena genap 30 tahun. Namun kerana situasi semasa pandemik, majlis itu dianjak ke tahun ini.
Pagi tadi, pasangan ini selamat diijabkabulkan. Risteena Munim selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Isa Khan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kira kira jam 10.30 pagi tadi.
Pasangan sama padan sama cantik yang memilih busana sentuhan Ezuwan Ismail itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin
Majlis serba ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu dihadiri keluarga dan teman rapat.
Majlis berkenaan turut menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000. Bagaimana jumlah wang hantaran tidak dimaklumkan.
“Tadi sebelum nikah jantung berdegup laju. Tapi selepas selesai majlis lega sikit. Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.
“Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin.
“Selain kesungguhan diri, kejujuran hatinya buat saya yakin… dialah yang akan sama sama membina kehidupan mendatang bersama sama,” kata Risteena.
Dalam pada itu, Isa turut merakamkan sebuah lagu berjudul Karunia Terhebat sebagai meraikan simbolik kisah cinta mereka.
Pemilik nama penuh Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan ini berharap dapat terus membahagiakan isterinya sampai bila bila.
“Dia wanita hebat. Cinta dan kebahagiaan yang dia berikan kepada saya selama ini sangat luar sangat biasa. Saya tidak mahu mempersiakannya.
“Saya menghargai apa yang dia lakukan selama ini,” katanya.
Risteena dan Isa berkenalan kira-kira pada tahun 2019 ketika menerajui drama Bulan Di Kota Langit yang disiarkan TV Okey.
Mereka mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 selepas lima bulan berkenalan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ini hangat diperkatakan mengenai penggunaan peranti ‘android box’ di media sosial.
Ini ekoran penjelasan dibuat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-649: Hukum membeli dan menggunakan android box yang dikeluarkan, hari ini adalah harus selagi mana ia tidak akses kepada siaran berbayar dan hak cipta lain.
Bagaimana pun, jika mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah, maka ia adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.
Pelbagai pandangan mengenai pengumuman ini di media sosial.
Untuk makluman, android box adalah alat atau peranti yang digunakan untuk membolehkan televisyen mendapat siaran-siaran dari seluruh dunia.
Dalam pada itu, perkongsian oleh saudara, Khairul Abdullah atau juga dikenali sebagai Super Daddy mendapat pelbagai komen daripada netizen. Pastinya ramai yang bersetuju dengan hukum berkenaan.
Apa yang pasti, jadilah pengguna yang berhemah dan jujur.
Tadi mufti keluarkan fatwa yang hukum membeli Android Box yang di dalamnya ada kandungan atau mengakses content tv berbayar seperti Astro adalah haram. Yer ramai orang beli Android Box sebab nak tengok movie dan Astro free.
Bila mufti keluarkan hukum maka ramailah melenting. Orang melayu Islam sendiri bukan main melenting, katanya mufti berat sebelah, katanya mufti sokong Astro sedangkan Astro itu menindas pelanggan.
Sedih baca komen orang islam kita ni. Dah kau tak nak dengar cakap mufti kau nak dengar cakap siapa?
Astro adalah siaran berbayar, tak kiralah dia ulang cerita beratus kali, dia mahal ke dia apa ke tapi content dia itu hak dia. Dia beli dari pengeluar konten dan dia tayangkan.
Kita ada pilihan untuk tidak langgan dan tidak tengok kalau kita rasa Astro menganiaya kita. Tapi sebab kita nak juga tengok Astro maka kita beli android box yang didalamnya sudah ada apps astro yang di”hack” untuk kita akses siarannya.
Jadi sebab itulah hukumnya haram. Haram sebab siaran itu dicuri. Siaran itu hakmilik Astro, kita pi tengok free tak berbayar semua channel dia, semua movie dia.
Walaupun Astro tu pencuri dan penyangak, tindakan kita pergi curi pula dari penyangak itu tidak menjadikan perbuatan kita tadi harus. Ianya tetap haram, sebab mengambil atau menoton yang bukan hak kita. Hukumnya berdosa.
So, kalau kau rasa nak sangat tengok Astro maka langganlah. kalau rasa mahal kau langgan Netflix, atau Iflix, atau Unifi Tv atau apa sahaja? Tapi yang lain tak best macam Astro kan? So kau nak jugak Astro sebab ada Maharaja Lawak Mega? Kau kalau jadi pengeluar konten, atau conten creator ni dan kau mengharap hasil langganan orang atau bayaran orang untuk tonton konten kau tapi orang pakat copy paste dan pakat tonton free. Sedih kau, kecewa wehh.
Ada pulak tukang download movie dan share untuk orang ramai dalam facebook dan telegram khas. Dah mencuri dan share pulak hasil curian dengan orang lain. Alasannya alahhh depa dah kaya, tak heran aihh dengan yang kita download ni. Memang depa dah kaya, mungkin depa tak kisah pun. Tapi kita kisah tak dengan perbuatan kita?
Kisah tak kita dengan perbuatan “mencuri” itu? Berkat tak hidup kita alau kita asyik mencuri? Ada yang tak curi movie, tapi curi wifi pun ada. Guna untuk buat kerja, buat bisnes dan cari makan untuk anak dan keluarga.
Gais, benda kecik-kecik ginilah yang kita selalu terlepas pandang. Alah depa dah download penuh movie dalam Telegram tu, aku tumpang tengok jer. Semua cerita ada, KDrama banyak gila dalam tu wehh best. Bukan aku curi pun, depa download, aku tengok jer.
Kita tak rasa berdosa pun kan? Aku pasti ramai yang tak setuju jugak dengan aku ni. Tapi takpelah. Aku bersetuju dengan mufti dan aku nyatakan pendirian aku sebagai seorang jahil dan muftilah sumber rujukan aku.
Aku dulu pun pernah jugak download lagu, software dan movie pirate ni. Tapi aku insaf waktu aku duduk Jerman.
Aku tanya kawan dan jiran aku orang Jerman ni kenapa dia ni “ikut buku” (patuh undang-undang) sangat? Kenapa dia beli semua software, kenapa tak download jer lagu-lagu atau movie, kenapa nak beli dan langgan bagai, boleh dapat free kan?
Dia jawab ringkas, “God knows.” Fuhh terus macam kena pelempang kejap. Orang bukan islam pun takut dengan tuhan. Aku?
Aku tak pernah anggap pun download movie atau software pirate tu berdosa. Aku tak pernah rasa aku mencuri. Tapi memang benar aku mencuri hasil usaha orang atau syarikat yang keluarkan software atau movie atau lagu dan sebagainya.
Jadi, aku tak download movie dah, aku bayar semua software yang aku guna untuk cari makan, tak download pirate dah, aku terminate Astro dah 11 tahun dan langgan Netflix. Aku tak download lagu dah, aku langgan jer Spotify. Bila rasa tak berguna bila jarang guna maka aku stop. Settle.
Benda undang kata tak boleh, aku tak buat. Benda yang kena bayar aku bayar. Tak mampu bayar aku tak beli, aku tak tengok. Duduk diam sudah. Apa yang aku dapat?
Peace of mind. Tak mahu ada rasa bersalah dan berdosa mencuri itu lagi. Sekian.
Meninjau di ruangan komen, netizen teruja memberi komen.
Tercari-cari apa aktiviti yang paling bermanfaat untuk memenuhi jadual hujung minggu anak? Ada baiknya mak ayah memilih Edutainment Fest 2024 yang bakal berlangsung pada 24 hingga 25 Ogos ini di Datum Jelatek Kuala Lumpur.
Datum Jelatek Kuala Lumpur pastinya akan menjadi tumpuan utama kanak-kanak dan keluarga apabila Edutainment Fest 2024 berlangsung dengan penuh keceriaan. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama tiga jenama terkemuka dalam pendidikan dan hiburan kanak-kanak, iaitu Pa&Ma, Bintang Kecil, dan diinspirasikan oleh PTPTN.
Platform Pembelajaran dan Hiburan untuk Kanak-Kanak
Edutainment Fest bertujuan menyediakan platform unik di mana kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti interaktif dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang ditawarkan adalah pertandingan mewarna, peragaan catwalk, serta pameran bakat yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menonjolkan keupayaan dan kreativiti mereka.
Dengan penyertaan lebih daripada 1,000 kanak-kanak dan 50 tadika dari seluruh negara, festival ini dijangka menjadi salah satu acara terbesar dan paling meriah dalam kalendar pendidikan dan hiburan kanak-kanak pada tahun ini.
Kerjasama Strategik
Kerjasama antara Pa&Ma, Bintang Kecil, dan Simpan SSPN memastikan bahawa Edutainment Fest bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik. Pa&Ma dan Bintang Kecil, yang dikenali dengan program-program dan kandungan berkualiti untuk keluarga dan kanak-kanak, akan memastikan festival ini menawarkan pengalaman yang bermakna. Simpan SSPN pula akan memberikan penerangan dan maklumat berkenaan kepentingan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak.
Lokasi Strategik di Datum Jelatek KL
Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, Datum Jelatek KL merupakan lokasi yang sempurna untuk mengumpulkan kanak-kanak dan keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat. Reka bentuk moden dan fasiliti yang lengkap menjadikan Datum KL lokasi yang ideal untuk acara berskala besar seperti ini. Tidak hanya lengkap dengan aktiviti bahkan disedia segala kemudahan untuk membawa anak-anak beriadah.
Sarat aktiviti menarik
Sebagai panduan untuk mak ayah, ini merupakan senarai aktiviti penuh sepanjang dua hari berlangsung. Antara program yang bakal berlangsung pada hari Sabtu adalah Himpunan Merdeka, Pertandingan Mewarna, Playdate With Didi & Friends, Merdeka Catwalk Marathon dan Meet & Greet Catsfluencer.
Ahad pula dihidangkan dengan aktiviti Saya Anak Malaysia, Borak Pa&Ma, Baby Marathon, BK Fantastic Pre School dan persembahan Squad Bintang Kecil.
Edutainment Fest 2024 adalah satu acara yang tidak boleh dilepaskan oleh ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka berkembang dalam suasana yang positif dan menyeronokkan. Sertai kami di Datum Jelatek KL pada 24 dan 25 Ogos ini dan jadikan hujung minggu anda penuh dengan kegembiraan dan pembelajaran!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...