Cuti sekolah bakal tiba. Tentu ada keluarga bercadang bercuti sama ada dalam negara atau luar negara, tentu pelbagai persiapan kena dilakukan. Jom kita ikuti perkongsian ini yang sungguh bermanfaat . Jom lihat tip dari Puan Cahaya Norhaini Sulaiman

Nak Pergi Bercuti Bukan Soal Bajet Je Tetapi Fizikal Dan Mental. Ibu Ini Kongsi Tip Sebelum Bawa Anak Bercuti

Bismillah;

Tips travel long distance (13-14hrs flight) bersama anak-anak syurga kecil comel dan ramai (10 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan baby 1 year plus)

1. Ibubapa banyakkan Solat Taubat

2. Ibubapa banyakkan Solat Tahajud mohon dipermudahkan urusan musafir

3. Niat musafir kerana ALLAH! Niat ini sangat penting.

Perlu diingatkan, apabila travel membawa anak-anak syurga yang kecil dan comel, mental dan fizikal ibubapa perlu bersedia.

Travel dengan anak kecil adalah masa ibubapa “infaqkan” harta, kasih sayang, emosi, jiwa raga dan wang ringgit kepada mereka.

Niatkan pengorbanan kepada anak-anak syurga Allahlah selayaknya membalasnya.

Jika nak enjoy, pergi travel berdua sahaja! (Suami & Isteri) tak perlu bawa anak-anak.

Membawa anak-anak syurga adalah ladang pahala andai niat dan matlamat yang betul dengan izin Allah.

Dan jangan berkira wang yang telah dilaburkan, ingat wang yang diinfaqkan kepada kaum keluarga terdekat Allah akan ganti segera mungkin, InsyaAllah.

Lagipula, salah satu saham selepas mati, anak yang soleh/ solehah. Salah satu cara mohon anak menjadi anak soleh/ solehah, doa ibubapa dan didik mereka dengan kasih sayang kerana Allah InsyaAllah.

Sewaktu kecil, create memories with them. Kita tak tahu usia kita berbaki berapa lama lagi untuk bersama.

4. Infaq, infaq, infaq

Sebelum travel infaq kepada beberapa individu atau pertubuhan atau anak yatim orang miskin dengan doa Allah permudahkan pemusafiran. Jangan malu jangan segan, mohon doa dari mereka. Kita tak tahu antara kita siapa doanya dimaqbulkan Allah.

5. Sedekah Subuh

Waktu hari nak travel, waktu Subuh sedekah dan niat lagi Allah mudahkan urusan musafir

6. Hadiahkan doa sewaktu pemusafiran kepada yang berhajat

Antara doa yang baik adalah doa orang musafir. Infaqkan masa dan tenaga doakan sahabat, kaum keluarga atau sesiapa sahaja yang berhajat

7. Mohon doa terutama dari ibubapa, keluarga, sahabat dan kenalan rapat keselamatan kita sewaktu musafir

Nak Pergi Bercuti Bukan Soal Bajet Je Tetapi Fizikal Dan Mental. Ibu Ini Kongsi Tip Sebelum Bawa Anak Bercuti

8. Bawa Al-Quran! Wajib! Boleh tidak bawa seandainya 30 juzuk Alquran ada dalam minda ? beserta fahami makna dan tadabbur ayat-ayatnya. Jika masih belum ada dalam minda wajib bawa tiada alasan.

Untuk anak kecil yang sudah pandai baca Alquran, wajibkan juga mereka bawa beg & alquran senaskah masing-masing. Tidak berkongsi. Kenalkan kepada anak kecil kepentingan Alquran dan jaga hak Eksklusif. Kita jaga ‘dia’ InsyaAllah Allah jaga kita.

Yang kecil mohon mereka bawa iqro’ atau seumpama dengannya.

Letakkan Alquran no 1.

9. Beli family travel insurans.

10. Splitkan long distance journey kepada 2. Contoh jika travel mengambil masa 14 jam, cari flight 7 jam, berhenti tidur satu malam di
Hotel dan esoknya sambung travel 7 jam kembali.

Again its depends on your kids. Anak syurga saya, 7 hours are the maximum they can tolerate to be inside the flight.

11. Sebelum terus bawa long distance, cuba praktis bawa mereka travel dalam kereta 5-7jam non stop few times. Alhamdulillah, hari raya tempoh hari beberapa kali dapat praktis. InsyaAllah, practise makes perfect.

12. Cari flight yang kids friendly. Dalam kes saya, emirates flight sangat-sangat membantu. Anak-anak gembira dan juga ibubapa, Alhamdulillah.

Emirates flight mahal?

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah, Allah hadiahkan kami sekeluarga mendapat tiket sewaktu tempoh promosi dengan harga yang sangat rendah.

13. Buat checklist. Ada anak kecil, checklist sangat-sangat penting.

14. Bawa plastik sampah yang bergulung kecil, lebih kecil dari tapak tangan yang ada dalam 10-15 helai. Boleh beli di Mr DIY hanya dalam RM2.++ sahaja.

Plastik ini sangat multi purpose, boleh digunakan untuk anak-anak kecil jika muntah, boleh digunakan untuk buang pampers, bersihkan kawasan dan emergency digunakan untuk bawa barang etc.

15. Bawa set gunting, benang travel kit. Again, beli di Mr DIY tak sampai RM5.

16. Banyakkan bawa makanan dari Malaysia. Alhamdulillah airport Dubai dan London berdasarkan pengalaman tempoh hari, membenarkan makanan dibawa masuk seandainya mempunyai packaging yang baik.

17. Buat wristlet atau neckless yang ada nama, contact no, alamat hotel tentang anak-anak kita. Beri pada mereka setiap seorang sebagai simpanan.

18. Jika anda mengaku sebagai #pecintaalquran. Dalam flight perlu berjihad untuk mendengar/ membaca Alquran berbanding menonton Movie yang ada ratusan disediakan dalam Flight. Ingat, kita buat apa yang Allah suka, InsyaAllah mudah Allah bantu kita.

19. DOA DOA DOA!

Setelah berusaha sehabis baik, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Saat ini kita akan diuji emosi anak-anak yang keletihan, kelaparan, full of energy.

Hanya kepada Allah tempat kita meminta dan bergantung.

Doa yang senantiasa basah dibibir seorang ibu sewaktu travel tempoh hari, Robbi Yassir Wala tuassir Robbi Tammim bil khair.

Dan sungguh Allah permudahkan semudah-mudahnya.

Wallahu Alam.

Nota ini hanyalah sebagai panduan. Boleh diubah suai mengikut kesesuaian masing-masing. InsyaAllah.

Astagfirullahal azim wa atubu ilaih
Allahu Akbar, Alahummasoliala Muhammad

“To be continued…”

Update: Baca tips travel ke Dubai https://www.facebook.com/690496924/posts/10155894409226925/

Next, tips ke UK. Doakan diberikan ilham dan masa untuk berkongsi.

Nota: Dengan izin Allah, walaupun terdapat beberapa cabaran, Allah permudahkan dan mendapat rezki yang tidak disangka-sangka sewaktu pemusafiran ini. Alhamdulillah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI