Baju berbau hapak boleh menyebabkan anda kurang selesa terutama apabila berada di tempat ramai orang. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan baju tersebut disimpan terlalu lama atau tidak kering dengan betul sebelum anda menyimpannya di dalam almari.
Berikut tiga tip untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
1. Serbuk kopi – Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.
Ads
2. Sabun buku – Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.
Ads
3. Uncang herba – Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.
Semua wanita yang melalui pengalaman pertama bergelar ibu pasti akan ada rasa bimbang atau tidak berkeyakinan untuk menguruskan bayi baharu lahir.
Walaupun sepanjang mengandung sudah belajar pelbagai ilmu persediaan tetapi hakikatnya bila anak sudah lahir, ia tak semudah macam teori yang dipelajari.
Pelakon cantik Elisya Sandha yang baharu bergelar ibu turut sama melalui fasa tersebut. Adik kepada pelakon popular Fasha Sandha ini baharu masuk hari ke-6 melahirkan bayi.
Justeru sebagai salah satu cara untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu baharu, Elisya telah meminta peminatnya berkongsi tip cara urus bayi baharu lahir di Instastorynya.
Menghargai apa yang dikongsi oleh pengikut Instagramnya, Elisya berkongsi segala tip yang telah diberikan.
Malahan menantu sulung pelakon dan juga penerbit drama terkenal Sheila Rusly ini turut menyatakan perasaannya jadi lebih tenang apabila membaca pelbagai tip dan panduan yang dikongsi.
“Bestnya baca replies korang, makes me feel better”
Sebagai menantu sulung Sheila Rusly yang pakar memasak sudah tentu Elisya dipastikan makan makanan berpantang yang berkhasiat sahaja.
Air tangan ibu mentua menjadi pilihan Elisya ketika menjalani tempoh berpantang dan pelakon drama Ratu Ten Pin ini sangat menghargai masakan yang dihidangkan oleh ibu mentuanya.
Elisya berkongsi gambar menu berpantang hari pertamanya yang disediakan oleh Sheila Rusly dengan kapsyen yang sangat sweet.
“Bubur ni mak mentua kita masak sebab kita sayang mak mentua kita, kita makan yang dia masak”
Walaupun makanan berpantangnya disediakan oleh ibu mentua tetapi dalam soal penjagaan ibu dan bayi, Elisya bertuah kerana suami tersayang telah mengupan Confinement Lady (CL) terkenal daripada Natalis Mother Care untuk menguruskan rutin berpantangnya.
Perkongsian foto oleh Uzair Haqimy di Instastorynya kerana berterima kasih pada CL yang mengambil alih tanggungjawabnya menjaga Elisya berpantang ketika dia ada urusan.
Elisya menghargai inisiatif yang dilakukan oleh suaminya dan membalas insta story Uzair dengan ucapan penghargaan.
“Suami yang baik akan mengambil CL, jadi anda tidak akan stress @natalismothercare”
Dalam masa yang sama, Elisya juga lega dan bersyukur kerana urusan pendaftaran nama anak sulungnya telah selesai dilakukan oleh suami.
Kepada mama-mama yang tengah pregnant, masih sempat lagi nak join webinar Aku Tak Serik Bersalin yang akan berlangsung hari Ahad ni (26hb Jun 2022) secara online.
Peluang untuk mengerjakan umrah dan menjejakkan kaki ke Tanah Suci bukan datang selalu. Jadi peluang inilah digunakan sebaiknya untuk beribadah.
Keadaan diri yang batuk-batuk tanpa henti membuatkan ibadah kita terganggu. Apa nak buat?
Menurut perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, mengunyah sejenis herba sepanjang masa ketika umrah dapat membantu masalah batuk berpanjangan lega. Jom cuba!
Ni saya kongsi tips nak elak atau hilangkan batuk masa tunaikan haji atau umrah. Terutama batuk yang kering tu. Yang tak ada kahak.
Batuk jenis ni yang selalu ganggu jemaah. Masa solat batuk, masa berjalan batuk, masa tidur pun batuk.
Kalau dah kena batuk jenis ni, guna lozenges pun tak jadi apa. Ambil ubat batuk sama. Dok batuk macam tu jugalah.
Masa saya pergi haji tahun 2019, majoriti jemaah batuk. Saling sambung menyambung batuk tu. Ada pergi klinik minta antibiotik. Sampai doktor kata tak boleh dah.
Tips dia mudah saja. Ambil bunga cengkih dan gigit. Ala ala macam ada chewing gum dalam mulut.
Biar jus bunga cengkih masuk ke kerongkong. Kalau tak sanggup bolehlah masukkan dalam air panas. Tapi kena tumbuk tumbuk sikit. Biar bunga cengkih pecah.
Kalau tak sanggup juga, masukkan madu. Kot boleh telan sikit. Kalau rasa susah juga boleh guna spray pati bunga cengkih.
Cara pun mudah saja. Spray masuk dalam kerongkong. Dua kali sehari.
Kalau cuba tips ni Insyaa Allah kita selamat dari batuk. Tapi kalau lepas solat pergi bantai aiskrim tok Arab tu, selamat berdamping dengan batuk dan sakit lain.
Boleh cuba. Yang belum terbang ke Makkah sempat lagi bekal cengkih untuk standby di sana.
Pernah tak terjadi pada ibu-ibu bila memotong, menggunting, atau menumbuk cili yang memang kuat pedasnya sampai membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih. Inilah yang dikatakan pijar.
Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Petua ini dikongsikan oleh saudari Dila Mubarak dengan menggunakan garam. Jom baca ni.
Ibu2 jika tangan rasa pijar kesan cili tak hilang2. Lepas pegang cili ke maklumlah duk masak hari2. Lepas makan sambal belacan ke…lepas makan budu ke eheee. Berjam2 tangan rasa panas cili..Tunggu hilang tak hilang jugak.
Ini petuanya ya insyaAllah hilang. Basahkan tangan & sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan. Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.
Ok itu saja.. Dalam 15 minit insyaAllah hilanglah rasa tak selesa tu. Save ok..mana la tau kot esok2 kan kena..lupa pulak😘
Selain penggunaan garam, ada tip lain bagi membantu menghilangkan pijar pada tangan ibu-ibu.
1. GULA
Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan gula pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa.
2. GENGGAM BERAS
Satu lagi petua hilangkan pijar yang diajarkan oleh Mak Ayah kita adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.
Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.
3. SAPU SUSU PEKAT
Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.
Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.
4. SAPU MINYAK MASAK
Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama, iaitu dengan menggunakan minyak masak.
Mudah saja. Ambil sedikit minyak masak, dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pedas tadi.
5. RENDAMAN AIR ASAM JAWA
Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.
6. GUNA HAMPAS KELAPA
Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.
7. GOSOK TANGAN PADA KELULI
Petua yang akhir ini mungkin kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya berkesan. Anda boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega.
Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.