cara-menebalkan-rambut-secara-alami (1)

Cara bagaimana hendak dipilih sama ada menggunakan kaedah moden atau mengamalkan cara tradisional sekali pun, kedua-duanya dapat memberi kesan yang diharapkan.

Untuk itu, bagi yang ingin mencuba kaedah menggunakan bahan alami, di sini dihimpunkan untuk memudahkan anda mencubanya. Jom semak.



UNTUK RAMBUT
Bahan semula jadi rawat rambut gugur. Ia bukan hanya boleh dilakukan golongan berusia, namun juga sesuai dibuat golongan remaja sekerap yang mungkin kerana semua kaedah ini tidak mempunyai kesan sampingan memudaratkan.

Lidah buaya

Penjagaan rambut menggunakan pati lidah buaya sebagai bahan utama.

Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.


Minyak kelapa

Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak.

Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.

Minyak zaitun

Mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.

Sebaiknya gunakan minyak zaitun asli. Caranya campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur.

Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu yang lembut.

IKLAN

Avokado

Membaiki kerosakan rambut. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun.

Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.


Daun inai

Khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes.

IKLAN

Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.

CUBA INI: Selain dijadikan minuman, daun teh juga boleh diaplikasikan dalam kamus cantik untuk menghaluskan kulit serta mencantikkan rambut.

Caranya; cuci bersih daun teh, masukkan ke dalam gelas berisi air putih. Tutup gelas dan biarkan semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rendaman daun teh yang sudah ditapis dengan perahan limau nipis. Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali selepas bersyampu. Hasil rambut sihat bermaya pasti jadi milik anda.

CUBA INI: Pandan sering digunakan dalam masakan bagi mencipta aroma harum pada setiap hidangan. Selain itu, ia juga digunakan untuk tujuan kecantikan. Bagi yang ingin menghitamkan rambut, hiris halus daun pandan muda, rebus sehingga air berwarna hijau, lalu diembunkan semalaman.

Pada keesokan hari, campurkan air rebusan daun pandan tadi bersama perahan biji buah mengkudu. Sapu air tersebut pada rambut dan ramas perlahan-lahan selama 10 – 15 minit, kemudian bilas. Lakukan tiga atau empat kali seminggu.

Sumber : Ana Mahabu