Jerawat memang buat wanita rasa ‘down’ seharian. Boleh jadi murung satu hari jika tiba-tiba jerawat muncul di pipi. Lebih-lebih lagi kalau suami atau kawan pejabat mula menegur. Bertambah down rasa. Itu kisahnya di muka, macam mana pula kalau timbul di belakang badan.

Walaupun tak nampak tapi jerawat dibelakang badan sebenarnya mengganggu dan buat kita rasa tidak selesa. Secara automatik terus rasa tak yakin pada sendiri dan adakalanya rasa rendah diri kala bersama dengan suami. Maklumlah badan tak berapa nak rata dan jerawat yang timbul pula adakalanya menyakitkan badan.

Bagaimana nak atasi masalah ini? Tidak perlulah terus berasa runsing. Masih ada cara yang mudah dan murah untuk anda menghilangkan jerawat ini. Masker dengan skrub daripada bahan semulajadi adalah pilihan tepat. Mungkin anda boleh mencuba dua petua ini.

Masker Putih Telur
Selalunya kita dengar mencuba masker putih telur untuk kulit muka sahaja. Kalau nak tahu, jerawat yang timbul di belakang badan juga sebenarnya boleh diatasi dengan cara ini. Ambil putih telur dan sapukan pada kulit belakang badan. Ratakan dan berikan penekanan lebih pada kawasan berjerawat. Biarkan seketika dan kemudian barulah dibilas.

Panik Bila Jerawat Timbul Dibelakang Badan, Guna Cara Ini, Confirm Boleh Hilang!

Skrub Timun
Timun bukan hanya baik pada kulit wajah tetapi juga menjadi penenang pada masalah jerawat. Jerawat yang sedang mekar, mantap dan sakit membuak-buak ini menjadi lebih lega dengan skrub timun. Parut atau lecekkan timun dan letakkan pada jerawat. Hasilnya jerawat akan kurang sakit dan bengkak.

IKLAN

Skrub Kunyit
Kunyit paling mujarab. Buat skrub kunyit sendiri dengan menumbuk halus bersama garam kasar. Tumbuk lumat dan tampalkan pada tempat jerawat. Sedikit pedih pada permukaan kulit belakang tetapi ia meredakan. Kunyit yang bersifat ‘panas’ akan mengecutkan jerawat dan bila dilakukan dengan kerap, masalah jerawat akan hilang. Hebat!

Panik Bila Jerawat Timbul Dibelakang Badan, Guna Cara Ini, Confirm Boleh Hilang!

Cara Sihat Hilangkan Jerawat Belakang Badan
Mengamalkan penggunaan masker dari putih telur dan timun tidak akan berhasil andai anda sendiri gagal menerapkan gaya hidup yang sihat dan bersih. Jangan lupa amalkan juga tip seperti di bawah:

Kerap mandi bagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.

IKLAN

• Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.

Kerap menukar pakaian dalam, minimum sehari sekali agar tubuh bebas dari kesan peluh, kotoran dan bakteria.

• Jika badan kerap berpeluh, pastikan juga baju kerap ditukar.

Panik Bila Jerawat Timbul Dibelakang Badan, Guna Cara Ini, Confirm Boleh Hilang!

IKLAN

• Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik terutama apabila anda memiliki jerawat baru yang sedang merebak di belakang badan.

• Apabila mencuci rambut, sebaiknya halakan rambut ke depan terutama ketika membersihkan sisa syampu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu dibimbangi boleh memburukkan lagi masalah jerawat di belakang badan anda.

• Ketika jerawat di belakang badan telah kering dan bersih, amalkan juga skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit secara teratur. Hal ini bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada pada belakang badan dan punggung.

• Pastikan juga jika anda menggunakan perapi rambut selepas bersyampu dilakukan seperti cara yang sama seperti bersyampu.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI