Jika dulu, kuih ini mungkin boleh dilihat setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha, tetapi kini tidak lagi. Permintaan untuk Kuih Tart sentiasa ada. Tidak hairanlah jika ada yang membuat duit dengan kuih Tart ini.
Bagi ibu-ibu yang baru mahu membuat sendiri resipi Kuih Tart, boleh baca perkongsian dari Datin Anida Azmi di dalam page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mana tahu boleh hasilkan sendiri Kuih Tart untuk raya nanti. Tak perlu lagi nak tempah atau beli. Malah, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual Kuih Tart.
25 tahun dulu saya dpt Ilmu belajar buat kueh tart dgn yuran RM10…ilmu yg saya dpt manafaatkan utk tambah pendapatan saya.. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tp hg kini kuih ni mmg menjadi kegemaran tetamu dan biskut yg wajib ada setiap kali raya.
Dgn ikhlas hati saya kongsikan resipi ni utk teman2 disini. Mana tau bole dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.
Berfikir dahulu sebelum bertindak. Itu yang dilakukan oleh wanita yang bergelar doktor ini bila mana keretanya dihalang oleh kenderaan lain.
Tidak mengambil keputusan melulu, sebaliknya invidu yang dikenali sebagai Dr Aniah Azmi bertindak meninggalkan sekeping nota untuk pemilik kenderaan tersebut.
Tindakan doktor ini harus menjadi contoh buat kita semua. Beliau yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari tempat letak kereta akibat dihalang oleh kenderaan lain.
Pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan sebarang nota ataupun nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Doktor Aniah dalam perjalanan untuk pulang menjemput anak dari sekolah. Namun kenderaan yang menghalang itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon.
“Jika anda menghalang kereta lain dari keluar, anda hanya perlu meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Kelmarin ketika tiba di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan.”
“Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 kali pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya Lillie dari sekolah. Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.”
“Sebelum meninggalkan kenderaan saya, sekeping nota telah ditinggalkan kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap orang lain.”
Nota yang ditinggalkan bertulis:
Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.
“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.
Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.
“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”
“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya.
“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:
“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”
“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”
“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”
Kisah yang dikongsikan ini cukup baik untuk dijadikan teladan supaya tidak mengambil keputusan terburu-buru. Sebaliknya berfikir sebelum bertindak.
Sumber: Dr Aniah Azmi | Says via AllHeboh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Air rebusan serai dan halia sangat bermanfaat untuk kesihatan, lebih-lebih lagi untuk tujuan pencernaan.
Zat anti mikroba yang terdapat pada serai dapat membasmi parasit dan bakteria jahat serta mengembalikan fungsi bakteri baik di dalam usus. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Manakala halia pula mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, B dan C sert lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat membantu merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, asma, sakit perut, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan,sakit pinggang urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Fungsi lain air rebusan serai dan halia ini adalah seperti berikut:
Melegakan Senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum air serai dan halia setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan turut hilang.
Agen Pencegah Kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Menurunkan Tekanan Darah
Serai dan halia juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Sebagai Diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Meningkatkan Kadar Metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang pembakaran lemak dalam tubuh.
Sesuai dengan keenakan daging masak merah tentunya enak dimakan bersama nasi panas untuk santapan seisi keluarga. Malah tiap kali melayan selera di restoran Thai, menu nan satu ini juga tidak dinafikan menjadi antara pilihan popular yang dipesan.
Istimewanya bila menyentuh tentang menu Daging Masak Merah ini untuk memiliki yang enak standing restoran Thai, mungkin tidak semua dapat menyajikannya. Namun tidak salah kiranya anda mencuba resipi yang dikongsikan oleh Rozielawatie Ayunie yang mendapat perhatian wargamaya.
Bahan-bahan
1kg daging
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam
3 ulas bawang putih diketuk
10 biji cili padi diketuk
2 senduk cili kering dikisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sedikit sos ikan
Sedikit gula
1 Pokok Daun Ketumbar di hiris kasar
1 Biji Bawang Holland
Cara Membuat Daging Masak Merah Thai!
Langkah 1: Rebus daging sehingga empuk (simpan air rebusan daging untuk kuah)
Langkah 2: Hiris nipis daging dan goreng sedikit hingga garing. Angkat dan toskan.
Langkah 3: Tumis bawang putih menggunakan minyak menggoreng daging tadi.
Langkah 4: Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.
Langkah 5: Masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga pekat sedikit.
Langkah 6: Masukkan daging dan cili padi. Gaul sebati.
Langkah 7: Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya mahu daging masak merah berkuah sedikit.
Langkah 8: Tabur bawang holland dan daun ketumbar ke atas daging masak merah sebagai hiasan.
Mudah bukan? Semoga resepi ini dapat memberi manfaat kepada anda sekeluarga dan semoga resepi ini juga menjadi kegemaran anda. Selamat mencuba!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.