Hakikatnya nak jadi pasangan yang memahami antara satu sama lain bukanlah susah mana pun.
Jika dari awal kita boleh menerima pasangan seadanya, kenapa nak ubah selepas berkahwin.
Dapat pasangan yang suka membebel, pasti ada yang tak tahan kan. Tapi berbeza dengan Dr Say Shazril Shaharuddin.
Menurut suami kepada Dr Azura ini, dia mengakui bebelan isteri adalah tip kebahagiaan rumah tangga. Ini yang dikongsikan nya di dalam instagramnya. Topik : Biniku Rakanku
Ads
Sy habis medical school kt India umur 25. Mase tu tgh kapel ngn @azuraabas dekat 4 tahun. Kebanyakan yg kapel2 mase stdy oversea ni bile balik Msia ape lg kahwin lor. Tp sy pikir “aku baru 25, xkn nk kawin dh, laju sgt game over, x test market Msia lg ni”. Tp Azura ni geliga orgnya, masih sy ingat ayat die “kalau u xnk kawin ngn i xpe, i xnk tunggu, ramai lg laki nak kt i”. Suuuper menusuk ayatnya. Tp sy akurkan & menamatkan hajat test market Msia sy. Maka berkahwin lah kami masa sy berumur 26. Sy propose tak fancy, over whatsapp je (style dak2 wechat & Da’i). Fast foward dh 5 tahun kami berkahwin. Kalau tny sy menyesal tak kahwin awal & tak test market Msia? jawapan sy “lg menyesal kalau sy xmakan ugutan Azura & bernaung di bawah pemerintahannya” Gaduh? Xyh ckp, lepas ade Ace ni setiap langkah sy buat salah. Bernafas pun salah. Geram? Xyh ckp, wlpn sy mengaku sy bnyk cuai handle Ace tp bile turn die cuai, as if nothing happened ralit2 pusing sy yg dipersalahkan. Tp despite all this, i know she is d best person for me & for Ace cz sgala pekik-an & bebel-annya adlh tuk kesejahteraan & kebahagiaan kami as a family. I’m sorry u kena jaga 2 babies (Ace & I) hun. Maka dekat2 hujung tahun ni, sy menyeru kpd suami2 di luar sane hargailah bini anda & kebisingan mrk krn jika satu hari mrk tersenyap nescaya gelaplah masa depan anda. Benarlah pepatah “Behind every great man is not a woman. She is beside him, she is with him, not behind him”
Begitu besar pengorbanan seorang ibu, mengandung dan melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Kerana itulah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Keyakinan dan doa seorang ibu menyaksikan lelaki ini mampu lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya.
Dr. Kamilin Jamilin telah dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research).
Berkongsi cerita bersama penulis, akui Dr Kamilin banyak kekurangan jika mahu dicari aibnya, namun dia percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.
Dengan prinsip yang selalu dibisikkan pada diri: “Buat yang terbaik Kamilin!” beliau berjaya tamatkan pengajian sarjana selama 4 tahun di sana tanpa sebarang penangguhan.
“Tesis hadis saya yang sebanyak 4 jilid, 1800 halaman itu juga dinilai cemerlang tanpa sebarang pembetulan dalam suasana ‘viva’ yang sangat mencemaskan, sehingga saya dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang tahun 2013 oleh pihak Universiti.
“Berkat tawfiq dari Allah, dalam tempoh setahun setengah saya telah berjaya menyiapkan tesis saya yang setebal 1500 halaman (tinggal edit sahaja). Saya masih ingat lagi kali terakhir saya ‘menyentuh’ tesis saya di laptop ialah ketika malam hari ketika ‘contraction’ isteri menanti detik kelahiran anak kedua saya.
“Saya tidak merasakan apa-apa kerunsingan kerana ada ibu yang mendoakan saya. Setiap pagi, ibu akan bangun solat dhuha sejam lamanya. Dengan adanya doa dari ibu dan ayah, membuatkan saya yakin.
“Ada yang tanya tak risau exam esok, saya kata buat apa risau, saya ada mak yang mendoakan dan saya tahu mak saya sanggup berdoa dan berpuasa demi kejayaan anak-anaknya. Ibu kata insyAllah dia doakan saya lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan,”ujar suami kesayangan Nur Aisyah Binti Zakaria.
Nak anak-anak jadi ‘manusia’
Tatkala ditemu bual penulis Zaiton Binti Ibrahim, bonda tercinta kepada Dr Kamilin ini mengakui apa yang dilakukan olehnya adalah atas dasar tanggung jawab sebagai seorang ibu.
“Sebagai seorang ibu, saya sangat bersyukur jauh sekali nak bangga atau riak. Segala-galanya diberikan oleh Allah. Sejak kecil, suami, Dr Jamilin Bin Jais memang sudah tanamkan dalam diri anak-anak dia mahu salah seorang menghafal al-Quran. Dengan kata lain, nak jadikan anak-anak sebagai ‘manusia’.
“Sebagai ibu, saya jenis yang prihatin dan mahu anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Sebenarnya saya buat apa yang Allah suruh, bukan kerana nak anak berjaya. Saya buat hanya Allah. Saya yakin pada hadis dan al-quran. Dalam al-quran banyak menyebut tentang berdoa nescaya Allah perkenan.
“Bukan sahaja doa saya, malah doa dari orang lain juga. Kerana itu saya selalu bersandarkan (doa) pada Allah. Bukan hanya ketika anak-anak periksa, sebaliknya sepanjang masa.
“Cuma bila waktu anak tengah periksa, kami suami isteri, buat solat hajat dan satu yang saya buat, setiap kali mereka periksa, saya akan solat, berdoa dan membaca al-Quran sepanjang masa mereka periksa.
“Memandangkan ada anak-anak ada yang belajar di United Kingdom dan di Arab Saudi. Waktu peperiksaan mereka tentu berbeza. Jadi saya akan ambil waktu itu untuk bersolat dan amalan lain. Saya takkan buat benda lain sebaliknya fokus pada hal ini sahaja.
“Dengan cara itu seolah-olah saya membantu mereka supaya Allah permudah anak-anak menjawab,” ujar Puan Zaiton yang memberitahu jika kita mahu Allah berikan sesuatu, maka kita kena bersungguh-sungguh.
Mahu anak hafal al–quran
Tambah Puan Zaiton, dia mahu semua anak-anaknya masuk universiti dan berjaya. Kini, impian tersebut sudah tercapai.
“Ibu sangat penting dan merekalah tonggak kehidupan anak. Nakkan sesuatu kena usaha, dulu waktu anak kecil, saya dan suami terapkan al-Quran sedari umur 3 tahun. Ajar baca iqra dan alhamdulillah konsisten, lebih kurang 4 tahun lebih sudah khatam al-quran.
“Apabila Quran dan masuk dalam diri, secara automatik akademi menjadi mudah. Saya percaya 80 peratus datangnya dari rumah. Saya percaya pengaruh rumah cukup kuat. Jadi sebelum saya hantar anak-anak ke tadika, saya pastikan anak-anak tidak dihantar ‘kosong’,”ujar Puan Zaiton lagi.
Allah tutup aib
Biarpun ibunya cukup yakin namun Dr Kamilin mengakui awalnya dia berasa sangat mustahil untuk lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan.
“Saya kata mak mustahil tak ada. Memadai mak doakan minor correction pun sudah memadai kerana tesis saya besar. Tapi mak kata dia tetap nak doa Tesis saya lulus tanpa pembetulan.
“Alhamdulillah Allah tutup aib dan mudahkan urusan. Doa ibu dimakbulkan,” cerita Dr Kamilin yang mengakui bimbang suatu hari nanti kalau Allah ambil mereka darinya, ketika itu adakah dia masih lagi boleh berjaya atau kejayaan akan terbang entah ke mana.
Hargai ibu bapa
Dalam menempuh perjalanan PhD dengan penuh duri dan pancaroba serta pelbagai komitmen, akui Dr Kamilin, beliau berjaya menyiapkan 4 buah buku selain turut dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa termuda negeri dan pelbagai lagi komitmen mustahil untuk berjaya dalam tesis atau proses PhD.
“Pesanan saya kepada diri dan semua, hargai ibu bapa. Mereka rahsia kejayaan kita selama ini. jangan sangka kita berjaya kerana usaha dan kepandaian kita.
“Sebaliknya kita lupa ada insan yang mengalirkan air mata mendoakan kejayaan kita,” ujar Dr Kamilin yang mendapat Anugerah Karya Asli Terbaik (Kategori Bahasa Arab) oleh badan penerbitan USIM, kemudian berjaya menerbitkan 4 lagi buku serta menghasilkan beberapa jurnal.
Setahun ‘struggle’
Mengimbau kenangan lalu, beliau mengakui pernah melalui kehidupan ‘0 markah’ selama 6 tahun berpindah randah sekolah sehinggalah kembali fokus belajar selama sekitar 3 bulan untuk mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah (SPM).
“Allah telah mengatur hidup saya dengan ‘memadamkan’ impian karier saya untuk menjadi arkitek ternama dunia dengan menerima tawaran belajar di Universiti Islam Madinah semasa masih di tahun pertama matrikulasi UIA. Tidak pernah saya impikan untuk menceburi bidang Hadis atau Pengajian Islam, bahkan dahulunya saya sungguh tidak meminatinya.
“Di Madinah, setahun saya terpaksa ‘struggle’ belajar bahasa arab di Pusat Pengajian Bahasa Universiti sebelum memilih jurusan Hadis, suatu bidang yang ketika itu saya langsung tiada idea mengenainya. Kemudian saya menempuhi 4 tahun pengajian di Fakulti Hadis dan Pengajian Islam tanpa pernah ponteng.
“Ketika peringkat Sarjana Muda, saya mendapat Anugerah Khas Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Konsul Pendidikan Jeddah Arab Saudi atas kecemerlangan pengajian.
“Saya yang ‘kehabisan bateri’ ketika itu mengambil keputusan untuk pulang berehat seketika di tanah air mencari rezeki. Saya percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.
“Ini hanyalah kejayaan dunia, sedangkan kejayaan akhirat jualah yang dicari dan kekal abadi. Namun, andai kejayaan dunia ini saya tidak manfaatkan untuk mencapai kejayaan akhirat, hakikatnya saya hanyalah orang yang sangat rugi,” ulas bapa kepada Durar Saniyyah (9), Khattab Sayyah (4) dan Qutuz Mughlatay (1).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekarang ni musim hujan, tentu anak-anak seronok main hujan. Malah ada yang demam dikatakan akibat hujan. Namun, menurut Doktor Erna Nadia tindakan itu tidak betul lantaran keadaan cuaca dunia kini tercemar dan tidak selamat untuk digunakan.
Betul ke bila kena hujan sure akan demam? Hurmm macam mana nak jawab ye.
Ok macam ni.
Pendedahan kepada hujan tidaklah akan terus menyebabkan demam.
Demam berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman, tak kiralah bakteria ka virus ka parasit ka fungal ka atau apa sahaja jenis kuman yang wujud di dunia.
Jadi, apa kaitan bila kena hujan je ada sesetengah orang demam selsema batuk yada yada?
Macam ni. Bila hujan, suhu menjadi rendah aka sejuk. Bila suhu rendah atau keadaan sejuk, imun dalam badan kita jadi kurang bagus. Bila imun dalam badan jadi kurang bagus, kita mudah untuk jatuh sakit. Tapi kalau imun badan kita hebat, biaqlah suhu rendah pun, badan kita masih tetap utuh melawan kuman kuman yang menyerang.
Begitulah dengan ibadah dan iman. Jika hebat iman kita, datanglah dugaan lagha, kita tetap hebat menangkis segala hasutan syaiton. (Saja selingan hikhik)
Ok, berbalik kepada soalan tadi.
Ada yang tanya, ada petua mana tah dapat kata ayaq hujan ni bagus untuk kesihatan badan. Jawapannya adalah tidak. Nehi. Nyet. No.
Ada yang tanya lagi, di tempat depa tiada pencemaran, kawasan sekeliling di penuhi pokok pokok yang masih hijau. Jadi kalau hujan sure tak kotor. Jawapannya tetap tidak.
Anda kena faham yang mana atmosfera kita tak seperti dulu kala. Atmosfera kita sudah banyak dicemari oleh asap asap kotor. Contoh asap dari kilang kilang yang makin melata, asap dari kenderaan yang makin berlambak, asap dari rokok vape dan bahan tembakau lain, asap dari pembakaran secara terbuka dan asap dari hati yang marah. Ok tak lawak, saja cuba.
Sebab tu, dulu dulu bolehlah anda nak jemur bayi anda, tapi tidak lagi sekarang. Atmosfera yang kotor dan makin menipis menyebabkan kulit kita mudah terdedah dengan sinaran uv yang tinggi juga. Jadi, gunalah sunblock ya jika ada aktiviti luar.
Ok berbalik pada soalan hujan. Bila terdedah kepada hujan, kita tidaklah secara langsung akan dapat demam atau selesema. Namun, jika imun badan kita lemah, kita boleh dapat demam dan selesema akibat perubahan cuaca dan penurunan suhu badan.
Harap harap menjawab soalan ya?
Nota kaki : Biar badan basah kuyup dek hujan, dari hidup lencun dengan lagha dan dosa✌?
Dr. Erna Nadia Nak kuatkan imun badan, makanlah makanan yang sihat (yang fresh ye tak perlu supplemen) dan bersenam?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayur brokoli banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh baik untuk kanak-kanak mahupu orang dewasa. Antaranya adalah sebagai agen melawan kanser, mengurangkan kadar kolestrol dan membantu menguatkan tulang.
Namun, pasti ramai yang tak tahu sayur ini memerlukan ketelitian ketika membersihkannya. Melalui perkongsian di laman Facebook Puan Fieza Nelson, beliau berkongsi cara yang sangat teliti dan mudah untuk membersihkan sayur brokoli. Jom kita sama-sama rujuk langkah demi langkah.
Assalammualaikum.. Dah lama nak share benda ni. Tapi hari ni baru ada peluang untuk share hal ni.. untuk penggemar sayur brokoli.. Semua dah sedia maklum brokoli ni tinggi khasiatnye kan.. & sayur yang sedap sangat kan.. kan..kan.. & bagus buat puri brokoli utk baby kan..
Taaaaapiiiiiiii… Eh jap.. jap.. ni kita bukan nak kondem psl sayur ni yer.. kang keluar lak komen ingat kita nak suruh black list sayur ni lak dalam menu harian u all..
Ni kita nak highlight pada yang ambik cara mudah pembersihan & basuh sayur tu.. Tengok betul2 dalam gambar tu apa yang ada di celah2 brokoli tu. Ada ulat rupa seakan kutu banyak sgt2.. ulat bulu? pun ado.. ? dorg berjemaah bersama lak dalam brokoli tu.. ish.. geram sebab buat tokak den kombang.. ?????Kita dah rendam dengan air garam dalam 30mnt -1 jam.. Memang banyak ulat yang mati & keluar dari celah2 sayur tu.. tapi.. tapi.. bukan semua ulat yanag keluar yer.. masih banyak lagi ulat2 melekat kuat kt celah2 sayur tu.. Nak tak nak kena lah belek setiap bahagian sayur tu dengan teliti sebelum nak masak.
Jadi pada mama/mommy chef tu yang nak masak untuk family or buat bubur baby.. sila / tolong / mohon cuci dengan betul2 bersih.. sebelum bagi orang tersayang makan masakan yang kita masak yer.. Atau pun ada tip lain rendam pakai cuka.. jom kita cuba…
Berikut adalah langkah paling berkesan untuk membuang ulat pada brokoli yang perlu dilakukan sebelum memasak sayur ini.
1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit.
Selepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.
2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas.
Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini barulah sayur ini boleh dimasak. Cuba bayangkan sekiranya kita tidak membasuh bersih sayur ini sebaliknya terus menyajikannya pada anak kecil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di