Sekiranya keluarga anda suka menikmati keenakan rasa mangga yang masam-masam manis, pastinya hidangan pencuci mulut nan satu ini akan digemari oleh anda sekeluarga.
Mango Float, mempunyai rasa yang cukup menyelerakan apatah lagi dimakan ketika sejuk seakan aiskrim yang cukup menyegarkan.Selain itu, apa yang lebih menarik tentang menu ini adalah ia begitu mudah disediakan. jadi jom kita sediakan sekarang jadi bolehlah dinikmati ketika berbuka nanti.
“Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk mlm ni. Nak puasa ni selera mcm2. Siapa yang suka masam2 lemak manis, cair dimulit, sejuk diperut, ke nak tambah lemak boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa. Nah resepinya.”–Puteri Bungsu
Ads
Bahan-bahan :
1 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
200 gm cream cheese
1/2 peket biskut cream cracker
4 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
Aluminium foil
Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)
2. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi.
Ads
Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :
1. Rendam biskut di dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut di dalam loyang.
2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
3. Kemudian aturkan hirisan mangga di atasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.
4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.
INFO : mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar di dalam suhu bilik. Macam ais cream.
Rumahku syurgaku, begitulah ibarat yang boleh dilihat kepada sebuah rumah daif yang agak kekurangan ini. Hanya berdindingkan batu bata dan berlantaikan simen biasa, sudah cukup menjelaskan keluarga ini menjalani kehidupan seadanya.
Tapi sikap pembersih dan kemas menjadikan rumah ini selesa dan sedap mata memandang. Begitulah perkongsian beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Febby Ridwan F. Bue telah menarik perhatian warganet.
Siapa sangka, biarpun miskinharta, rumah tetap ditata hias kemas dan tersusun seadanya, sedap mata memandang. Sungguhpun kisah ini disebuah kediaman negara Indonesia namun ia tetap memberi inspirasi global bahawa semua golongan inginkan sebuah rumah yang tenang dan damai serta bersih.
Biarpun tidak mewah tapi boleh ditata hias seadanya mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang pasti, sikap diri sendiri yang menjadikan rumah itu kekal bersih dan tenang.
Ruang dapur
Meninjau di ruang dapur jelas mengambarkan pemilik seorang yang displin dan teratur. Segala kelengkapan tersusun dengan kemas. Kuali walaupun di gantung tetapi diletakkan sebaris mengikut jenisnya. Manakala bekas lain digantung di tempat lain. Begitu juga dengan sudip yang disusun secara teratur.
Rak pinggan tidak dibiarkan berselerak. Pinggan diletakkan dengan kemas. Lebih menarik rak pinggan diletakkan bersebelahan dengan meja makan.
Bekas di rak dapur tersusun dengan kemas.
Tema hijau
Sebahagian barang-barang didapati berwarna hijau.
Sungguh inspirasi! Apa yang pasti, kita harus mengurus rumah supaya isirumah sentiasa selesa dan gembira duduk dirumah. Syukur seadanya!
Sejak tular mengenai video yang didakwa seorang ahli perniagaan mengeluarkan kata yang kurang enak didengar kepada seorang lelaki tua, ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati.
Lelaki tua yang dikenali sebagai Pakcik Hadi kini menjadi trending di media sosial sejak video berkenaan tersebar. Ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila dia diperlakukan demikian biarpun merupakan gelandangan.
Dalam pada itu, di media sosial segelintir artis juga turut menyuaran pendapat yang sama terhadap layanan yang kurang berada. Malah ada juga artis membuat kutipan untuk diberikan kepada Pakcik Hadi.
Namun, secara umumnya ramai yang tahu bahawa gelandangan ini adalah golongan kelompok masyarakat yang tiada rumah dan mereka biasanya ada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Kewujudan golongan ini adalah disebabkan pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak, antaranya kemiskinan bandar, disisih keluarga, bekas banduan, gangguan mental, dan penagih arak atau dadah.
Namun tahukah anda, bahawa Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menggelarkan gelandangan sebagai Hijrah Warriors.
Menarik perkongsian saudara Nazirul Roselan menerusi facebooknya yang menujukkan bagaimana Tan Sri Annuar Musa menyantuni golongan ‘Hijrah Warriors’. Biarpun golongan ini telah ‘tersasar’ dalam kehidupannya namun telah memberi peluang kedua untuk mereka berjaya dalam hidup termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelompok ini. TPendekatan Tan Sri Annuar Musa sunguh inspirasi
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Saya bukanlah orang yang sesuai untuk menulis dan bukan la orang yang bagus dalam menulis. Tapi mengenai isu gelandangan dan seorang ‘Public Figures’ yang hangat diceritakan beberapa hari ini saya tersentuh untuk cuba menulis.
Saya hanyalah seorang jurugambar yang hanya berada di belakang camera dan gambar yang dikeluarkan adalah menjadi bukti untuk diceritakan semula selepas hampir dua tahun saya merakamkan nya.
Saya hanya mampu meceritakan melalui gambar apa yang telah dilakukan oleh seorang Figura yang bernama Tan Sri TPr Annuar Musa yang diberi tanggung jawab untuk menjaga Wilayah Persekutuan.
Saya boleh ibarat kan beliau sebagai “Bapa” kepada gelandangan kerana beliau menjadikan gelandangan di Kuala Lumpur ini sebagai anak-anaknya dan menatang mereka seperti minyak yang penuh.
Lebih 1000 telah dibantu
Dari bermulanya Wabak Covid-19 di PKP fasa satu hingga lah sekarang, gelandangan tidak pernah beliau abaikan sehingga berjuta telah dibelajakan untuk membela nasib gelandangan yang digelar ” Hijrah Worior”.
Dari menyelamat mereka di Jalanan, dibuat saringan Covid , diberi tempat tinggal, pakaian, makan, diberi pekerjaan sehingga mereka divaksinkan.
Sehinggakan kakitangan pejabatnya dilihat diminta berbuka puasa Malah menyambut lebaran bersama gelandangan ini kerana mereka juga ingin merasakan kebahagian seperti kita semua.
Malah selepas hampir 1000 gelandangan yang telah dibela kini bilangannya dilihat semakin bertabah apabila ada sesetengah gelandangan datang dari negeri berhampiran kerana kata mereka di Kuala Lumpur mereka akan dibela dan dijaga.
Peluang pekerjaan
Kini Hijrah Worior telah mula mengubah hidup mereka dimana mereka diajar bercucuk tanam dan telah ada di antara mereka telah mendapat pekerjaan di salah sebuah ladang di Bentong hasil pembelajaran mereka di Urban Farming Di Anjung Kelana.
Namun apa yang saya lihat, Annuar Musa tidak pernah jemu untuk membantu gelandangan di Kuala Lumpur dan saya yakin pasti akan ada lagi berkara baru yang akan dilaksanakan olehnya untuk keluar dari kehidupan gelap mereka dan menjadikan Hijrah Worior.
Teringin nak bina rumah impian di atas tanah sendiri yang ada di kampung sebagai persiapan sebelum pencen, memang menarik direalisasikan.
Apatah lagi dikatakan bila membina rumah di tanah sendiri, kita akan boleh memiliki kediaman jauh lebih besar dan luas bahkan lebih murah kosnya berbanding membeli rumah sedia ada yang ditawarkan kepada pengguna.
Hal ini membuatkan kita akan rasa teruja untuk segera membina rumah di tanah sendiri. Pun begitu, fahami dahulu langkah-langkah dan aturannya untuk melancarkan lagi proses untuk anda membina rumah idaman keluarga seperti mana yang dikongsikan ini.
“Puan, kalau bajet saya RM300ribu, berapa bilik tidur saya boleh dapat.”
Ini jawapan untuk mereka yang tidak pernah terlibat dalam proses bina rumah.
Amaran, ini bukanlah keterangan teknikal dan detail. Hanya bantu beri gambaran sahaja.
1. Nak bina rumah, syarat wajib adalah mesti ada tanah, yang gerannya atas nama sendiri dan status tanahnya adalah untuk bina bangunan. Jika ada masalah dengan nama dan status geran, selesaikan dahulu di pejabat tanah tempat geran itu dikeluarkan.
2. Dapatkan ukuran tanah yang tertera dari geran tanah tersebut.
3. Dari keluasan tanah itu, buat anjakan 20 kaki ke hadapan, 10 kaki ke kiri, kanan dan belakang. Kira keluasan sebenar setelah dianjak dan itulah keluasan maksima rumah boleh didirikan.
4. Contoh penggiraan seperti dalam gambar.
Jika lebar tanah 60 kaki, anjakan 10 kaki di kiri dan kanan, maka lebar rumah yang boleh dibina adalah 40 kaki.
Dan jika panjang tanah 80 kaki pula, anjakan 20 kaki di depan dan 10 kaki di belakang, maka baki panjang rumah adalah 50 kaki.
Maka besar rumah yang dibenarkan untuk dibina adalah 40′ x 50′ = 2000 kaki persegi.
Gambar hiasan
5. Mengenai bajet pula, kena ingat, untuk bina rumah sempurna, ada tiga bajet yang harus diketepikan.
– bajet pre binaan untuk kos penyiasatan tanah, batu sempadan, pelan lukisan, yuran profesional arkitek dan jurutera, proses memohon kebenaran membina bangunan di pejabat tanah. Kosnya boleh anggarkan jadi 5% dari bajet sedia ada.
– kos keseluruhan membina lengkap dengan lekapan dan aksesori biasa. Itu saja boleh cecah 90% dari bajet dengan syarat tiada kerja tambahan atau pertukaran semasa rumah sedang dibina.
– bajet selepas binaan seperti deposit air, lektrik, kumbahan, permohonan sijil perakuan siap dan selamat diduduki, deco dan aksesori lain. Ini ambillah 5%.
6. Dengan keluasan dan bajet yang owner ada, owner ada dua pilihan. Samada membina mengikut keluasan yang dia mahu ATAU membina mengikut bajet yang dia ada.
Gambar hiasan
7. Cara pertama, untuk membina mengikut keluasan yang dia mahu, owner bolehlah mendesain secara kasar pelan rumah idamannya mengikut besar ruang yang dia mahu.
Ada beberapa ruang utama yang perlu ada iaitu ruang tamu, ruang makan, dapur, 1 bilik tidur kelamin, dan 2 bilik tidur biasa termasuk dua bilik air.
Ruang lain seperti surau, ruang menonton tv, ofis kecil, stor dan lain lain tu terpulang pada owner.
8. Kemudian, kiralah jumlah keluasan pelan yang dibuat itu. Jika muat dengan keluasan binaan atas tanah yang dibenarkan, tiada masalah. Jika tidak muat, owner boleh fikirkan pilihan membina rumah dua atau tiga tingkat.
9. Kemudian, owner boleh mula mereiki harga binaan dari kontraktor tempatan. Jika owner nak buat rumah di Johor Bharu atau Kuala Lumpur, tanya kontraktor di situ. Jangan tanya harga kontraktor di Sg Petani pula. Jauh bezanya. Kos berbeza mengikut harga buruh.
Gambar hiasan
10. Selalunya pertanyaan biasa adalah “berapa harga bina per sq ft?”. Jika jawapan yang diberi adalah RM180/sqft, maka owner boleh buat anggaran kiraan dengan pelan keluasan kasar yang dibuatnya tadi.
Katalah pelan lakaranya seluas 4500 kaki persegi, kiralah 4500kaki/segi x RM180 = RM810ribu. Inilah anggaran bajet binaan.
Ingat, ini hanyalah 90% dari keseluruhan bajet. Jika dikira semula, owner perlu sediakan jumlah keseluruhan 100% atau RM900ribu.
11. Cara kedua adalah, jika owner ada bajet RM300ribu, bajet binaan pula adalah 90% sahaja iaitu RM240ribu.
Katalah harga binaan kontraktor adalah RM130/sqft.
Maka, kiralah RM240ribu/RM130sqft = 1846 kaki persegi.
Bermakna, itulah luas keseluruhan rumah yang boleh dibina.
12. Selepas buat anggaran bajet, maka owner bolehlah berjumpa arkitek dan mulakan proses pre binaan. Tempoh proses ini dalam 3 hingga 6 bulan. Sudah dapat kelulusan membina pula, barulah cari kontraktor yang ada lesen CIDB.
13. Alternatif, owner juga boleh minta kontraktor, berbincang secara jujur mengenai bajetnya dan minta kontraktor uruskan segala pelan dengan arkitek dan kelulusan membina.
14. Ingat ni, jangan mudah terpedaya dengan harga paling murah dalam pasaran. Sudah banyak kes, harga yang paling murah itulah akhirnya rumah rosak, tidak selamat dan terbengkalai.
15. Buat kenduri masuk rumah baru nanti, jangan lupa ajak saya.
Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.