Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan tenaga yang cukup luar biasa. Sementelah terpaksa melakukan dua kerja yang bukan mudah. Kena siapkan keperluan rumah tangga dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan tugasan di pejabat dengan sempurna.
Justeru, soal kesihatan cukup penting dan harus dititikberatkan baik dalam kesihatan dalaman mahupun luaran. Barulah suami bertambah sayang.
Bagi ibu-ibu di luar sana, Noor Mila menerusi laman facebooknya berkongsi petua yang cukup mudah dalam memastikan kesihatan terpelihara. Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita jika mahu badan berbau wangi, wajah putih berseri kemerahan dan menyegarkan badan. Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
10 Batang Serai
Halia dibakar lalu dibersihkan
Gula Melaka
Air 4 gelas
Sedikit Garam
CARA MEMBUAT:
Ads
10 batang serai di ketuk dan halia di bakar terlebih dahulu. Kemudian, bersihkan halia tersebut
Kesemua bahan di masukkan ke dalam periuk dan direbus dengan air 4 gelas air hingga masak.
Antara Kelebihannya:
1.Mencegah perut buncit
2. Membuang angin dalam badan.
Ads
3. Resdung
4. Masalah berat badan.
Ads
5. Buang kotoran dalam badan
6. Mencegah penggumpalan darah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap rezeki yang kita peroleh adalah pemberian dari Allah SWT. Sebagai manusia kita tidak mampu untuk menilai seberapa banyak yang mampu Allah anugerah untuk kita melainkan berdoa moga diberikan rezeki melimpah ruah.
Mungkin ada antara kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang lain. Tak perlu bersediah jauh sekali kecewa kerana kerana rezeki itu luas pandangannya.
Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.
Itu antara perkongsian dari pelakon, pengacara dan juga pengarah bernama Afdlin Shauki ada mengenai REZEKI di laman instagramnya.
Rezeki.
“kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan..”
“belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni..”
“gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni..”
“kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan..”
“aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke..” .
.
Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?
Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.
Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.
Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.
Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.
Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.
Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.
Berdepan dengan masalah anak lemah dalam subjek Matematik, sering membuatkan ibu dan ayah berasa bimbang. Oleh itu, apa kata kita bantu anak-anak kita dengan menggunakan teknik dan tip yang diajar oleh Cikgu Shaza ini. Diharapkan dengan cara ini anak-anak dapat menguasai subjek matematik dengan baik dan sekali gus dapat melonjakkan pencapaiannya di masa akan datang.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1-6 (terutama anak anak yang lemah)
Di sini saya kongsikan tips tips ringkas yang saya gunakan selama saya mengajar kelas matematik kepada anak didik tuisyen saya dahulu. Saya nampak perbezaan,dari gagal,upsrnya boleh dapat A dan B. Mungkin ramai dah buat,tapi mungkin ada yang masih tak guna cara ini.
Cara saya bukanlah cara mudah,bukanlah menjanjikan formula formula menarik seperti teknik menambah,atau menolak atau mendarab dengan mudah.
Banyak kelas atau kursus yang menawarkan teknik teknik mudah menjawab soalan.
Tapi pada saya, setiap anak keperluannya berbeza. Apa yang dia tidak faham juga berbeza. Jadi ini langkah langkah saya. Saya namakan teknik saya ini “DRILLING WITH COACHING”
1. BELIKAN BANYAK BUKU LATIHAN MATEMATIK (SET KERTAS 1 & 2)
Jangan kedekut duit untuk laburkan membeli buku latihan. Sekurang kurangnya sebagai permulaan belilah 3 buah buku berlainan.
2. MINTA ANAK BUAT SATU SET KERTAS PEPERIKSAAN ATAU SET YANG ADA SEMUA TOPIK.
Minta anak jawab soalan macam mereka sedang duduki peperiksaan. Ikut masa dan pastikan tiada rujukan. Kemudian semak dan bagi markah. (ini bertujuan untuk menilai secara kasar mana yang dia lemah)
3. BUAT SATU REKOD UNTUK SETIAP LATIHAN YANG DIBUAT
Sediakan satu buku rekod, ada tarikh, jenis latihan yang dibuat, markah dan komen.
4. KENAL PASTI SOALAN MANA ANAK SALAH
Bila dah tengok soalan mana anak salah, tunjuk soalan tersebut kepadanya semula. Tanya dia samada dia tak tahu jawab atau dia cuma cuai. Kalau cuai, take note yang dia cuai, kalau tak tahu take note yang dia tak tahu.
5. SEKARANG KENAL PASTI ANAK LEMAH TAJUK APA DAN SOALAN APA
Ini penting untuk kita kenal pasti titik punca anak lemah matematik dan kenapa dia jadi tak suka matematik. Ada anak anak dah darjah 4, rupanya dia masih tak pandai membuat operasi darab dan bahagi, malah tambah dan tolak.
Jadi soalan lain pun mereka tak dapat jawab. Kadang kadang kita tak perasan anak anak tersebut tak mahir yang asas lagi.
(Boleh join Kelas Fasih Matematik di centre saya di Semenyih dan Setapak, memang kami latih untuk jadi fasih buat matematik dari asas).
6. SEKARANG, MULA BUAT LATIHAN IKUT TOPIK
Kalau nak segera atau intensif, bagi topik yang dia lemah dulu. Tapi kalau nak lagi berkesan, mula dari topik permulaan tahun itu.
Contoh, bab 1. Bagi dia buat kertas 1 dengan masa yang ditetapkan. Bila dah siap,tanda dan bagi markah.
Untuk setiap soalan yang salah, ajar dia teknik yang betul. Untuk setiap soalan yang salah itu juga, bina soalan yang sama tapi nombor berlainan,ulang sampai dia faham dan tahu cara buat.
Kalau ada buku latihan lain, ambil soalan soalan sama jenis dari buku lain. Part ini mak ayah kena rajin. Biar mereka jawab soalan yang sama dengan teknik kita ajar tadi sampai dia berjaya.
Sebab bila dia dapat buat,dia akan konfiden. Part ini perlukan kesabaran. Kali pertama mungkin anak tak dapat buat,tapi cuba buat sampai 10 soalan yang sama,berlainan nombor,insyaallah dia boleh dah lepas tu.
7.ULANG DENGAN SET KERTAS 2
Bagi anak jawab dengan masa yang ditetapkan juga. Semak dan bagi markah. Setiap soalan yang salah,ajar cara yang betul.
Ulang teknik di atas,iaitu buat soalan yang sama,berlainan nombor sehingga dia mahir.
Untuk kertas 2 agak mencabar sebab soalan dalam penyelesaian masalah. Saya perasan anak anak yang lemah kebanyakannya tak tahu operasi apa nak buat.
Teknik yang berkesan adalah ajar mereka gariskan kata kunci yang menentukan operasi apa perlu dibuat.
Juga ajar mereka transfer maklumat penting ke kertas conteng dan ajar mereka lukis apa yang mereka baca dari soalan tersebut. Cara melukis ini sangat berkesan bagi mereka faham. Perlu diulang soalan yang sama jenis banyak kali supaya mereka mahir.
8.ULANG UNTUK SETIAP TOPIK
Ulang semua teknik di atas untuk setiap topik.
9. SELEPAS BEBERAPA TOPIK, BAGI MEREKA JAWAB SET PEPERIKSAAN GABUNGAN TOPIK-TOPIK TERSEBUT.
Dari situ kita akan jumpa beberapa soalan lagi yang mereka tak betul2 mahir walaupun dalam latihan sebelum ini kita rasa mereka sudah mahir. Jadi, latih mereka lagi dengan soalan-soalan yang sama.
10. JANGAN MARAH-MARAH ATAU PERLI ANAK
Janganlah kita merendah rendahkan mereka jika perkara mudah pun mereka tak tahu. Kita suatu masa dulu pun sama, tak tahu.
Bukan sebab bodoh, tapi sebab tak faham atau tak tahu cara sebenar nak jawab soalan tersebut. Mereka akan kurang keyakinan jika selalu dimarah dan diherdik.
Beri pujian setiap kali dia berjaya buat soalan yang dia lemah sebelum ini.
11. ULANG,ULANG DAN ULANG
Ini part paling penting. Matematik ini perlukan latihan yang banyak. Bila anak dah mahir jawab soalan insyaallah dia akan jadi minat bila dah skor nanti
Teknik teknik saya kongsikan di atas sesuai untuk personal coaching.
Teknik ini,mak ayah yang kena rajin dan kena pandai jawab soalan matematik juga. Dan perlukan kesabaran yang tinggi.
Setiap kali nak buat teknik ini,peruntukkan masa duduk sebelah dia. Bukan bagi dia buat seorang diri. Kalau tak,macam mana nak ajar.
Dan buat step by step tau. Saya tahu ramai parents jenis belikan je banyak buku latihan,suruh anak buat,tapi anak buat sorang sorang,sendiri.
Takde coaching. Macam mana dia nak maju?
Selamat mencuba
Yang ikhlas
Teacher Shaza
Founder Genius Library Learning House
Pengasas kelas Fasih Matematik
Speaker motivasi matematik A-Math-Zing
Soal anak memang cukup sensitif, nak nak lagi pada wanita yang sudah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan rezeki yang satu ini. Sudah pelbagai cara dan rawatan dicuba namun belum menampakkan hasil. jiwa makin sensitif bila asyik diajukan pertanyaan tentang hal ini.
Bgai wanita yang memiliki badan berisi, hal ini sedikit menyukarkan untuk mendapat anak. Tambahan lagi jika disahkan ada sejarah PCOS. Ia juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit.
Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol.
Tetapi tidak bermakna PCOS menyebabkan anda tidak boleh mengandung. Cuba baca kisah Pnut Syafinaz yang pernah mengalami masalah sama. Tetapi dia tidak mudah give up dan terus berusaha.
Kuncinya adalah diet dengan serius dan berusaha turunkan berat badan dan bersenam dengan kerap untuk meningkatkan kesuburan. Usah terus mendapatkan rawatan kesuburan tanpa berusaha menjaga kesihatan badan dahulu. Jom baca kisah ibu anak dua ini!
Terlintas video viral seorang isteri surprise husband dia dengan love box berisi pregnant test kit dan sarung tangan baby, setelah menunggu zuriat 5 tahun. Saya stalk #hashtag dia dan lihat dia ada sejarah PCOS (google kalau nak tau)
Selepas Najmi berusia 4 tahun, saya cuba untuk hamil lagi, sehingga dia berumur 5 tahun pun belum ada tanda nak pregnant, so terus buat treatment. Doktor check both of us. Kesimpulannya dua-dua takde masalah (ye la dah ada satu anak sebelum tu pun kan), tetapi doktor kata saya ada PCOS.
Gemuk dan lemak halang telur
Penerangan doktor yang mudah saya faham ialah kegemukan. Kegemukan dan lemak tu menghalang telur. Doktor kata kena diet. Masa tu serius saya diet, masa tu takde ilmu diet, redah je diet. Dekat setahun rasanya saya tak makan nasi, yang betul-betul makanlah maksudnya. Kalau makan pun minta husband suapkan sesuap dua, cukup. Memang turun berat, dari 115kg tu, turun sampai 89kg. (November 2007).
Hamil tapi keguguran
Benar teori doktor dan dengan izin Allah jua.. masa 2006, saya tak sedar pregnant, tetapi keguguran. Awal tahun 2007 pregnant lagi, kali ini siap buat buku merah dah, dan dua kali check up, baby ok. Check up kali ketiga, denyutan jantung lah kata doktor dan size baby kecil dari usia kandungan. Seminggu lepas tu bleeding, dua minggu kemudian itu gugur lagi.
Habis pantang keguguran tu, sambung diet, turun lagi berat. December 2007, saya turun sehingga berat jadi 85kg dari 115kg. Dan masa ni saya disahkan pregnant lagi kali ke empat, iaitu Alesya.
Diet dan jangan putus asa
Tujuan saya share cerita sebab nak bagi sangat pada adik-adik yang badan berisi dan ada masalah PCOS ni, jangan putus asa, diet la dengan serius dan disiplin, usaha, selebihnya serah pada Allah, teori doktor itu teori ilmu perubatan, dan Allah juga mengizinkan.
Cuba turunkan berat bersungguh-sungguh.
P/s hehe masa tu desperate nak pregnant maka ada misi kena kurus cepat, sebab kejar usia meningkat masa tu, target bak pregnant sebelum umur 35, hehe dan tercapai juga. Sekarang diet asyik ke laut dalam.