Kadang-kadang bila ada keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita, ini akan menjadi penyebab rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak menunaikan solat. Oleh itu, masalah keputihan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ianya perlu dirawat agar bahagian intim wanita rasa lebih bersih dan sihat.
Bagaimana caranya?
Selain dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor, tidak salah kiranya turut amalkan minum air herba ini. Nak tahu bagaimana cara penyediaannya, jom semak perkongsian ini.
Ramai sangat PM selalu buat meruang dan kesannya ada yang sampai luka, jangkitan, berbau,berdarah, keputihan melampau gara-gara posting #DahBuatPapSmearKe yang menentang amalan meruang
Rahsia Jaga Kesihatan Dalaman
Aku beri satu rahsia macam mana nak jaga aset korang baik-baik ya? Janji lepas amalkan korang bahagia di samping suami, dan share la dengan jiran sebelah korang. Anak dara yang aktif pun elok amalkan sebelum kawen.
Mula-mula sekali kalau teruk, jumpa doctor dulu, kenalpasti masalah utama, makan ubat ikot saranan doctor, lepas baik tu korang nak amal cara ni pun boleh.
Kakak ipar aku Ros Faezan ajar satu resepi rahsia dia. Jamu Kunyit Asam. Resepi dia ni memang buat masalah aset korang kering, rapat, memikat dan tersekat. Eh? Hahaha. Paling best, ramuan rahsia dia ni meningkatkan kesuburan, so jaga-jaga ya.
Ads
RESIPI JAMU KUNYIT ASAM
Bahan-bahan:
Kunyit hidup 6 ulas besar ibu jari
Halia sikit je (2 cm)
Asam jawa sengenggam (tapi aku malas aku pakai Asam Adabi ni ha)
Ads
Blend barang di atas, masuk dalam periuk.
Gula Melaka (tapi aku suka Gula Perang ni lagi.. Haha)
Manjakani 5 kapsul, buka siap-siap.
Cara buat :
Kisar semua hingga halus.
2. Masak semua ni dalam periuk selama 30 minit or sesedap rasa korang.
Ads
Cara pengambilan :
Minum sehari 2 kali, pagi dan malam, sikit ja dalam 3 sudu, jangan lelebih, kang ketat macam pakai solex, aku tak jamin.
Seminggu kemudian korang dan suami boleh rasa kelainannya. Nak solat pun tak ada keraguan dah ok dengan keputihan.
Bermacam-macam petua boleh kita amalkan untuk menurunkan atau mengawal berat badan. Selain tujuannya untuk menjaga kesihatan, memiliki berat badan ideal juga dapat menjadikan diri terlihat lebih menarik.
Jadi buat anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dan mempunyai misi untuk langsing di Hari Raya nanti, masih tidak terlambat untuk anda amalkan petua yang dikongsikan oleh Halinarbi Abdullah ini.
Menurutnya, setelah amalkan seminggu minum air rendaman bawang putih, berat badannya berkurangan hingga 3kg! Sesuatu yang mengujakan dan bolehlah anda mencuba petua yang diamalkan.
Mana tahu rezeki anda serasi dengan petua ini dan dapatlah anda memiliki berat badan ideal yang diidamkan. Ini perkongsiannya.
Di sebab kan sis dah berjaya turun kan berat badan seminggu 3kg lebih sis share kan petua ni ye
Cara Penyediaan Air Rendaman Bawang Putih
-Ambil 3,4 ulas bawang putih di ketuk
-Masuk kan dalam air suam tutup dengan penutup biar udara dalam tak keluar udara luar pun tak masuk biar kan semalaman, minimun 6jam.
-Pagi bangun dengan perut kosong kita minum air rendaman bawang putih
Selain turun kan berat badan boleh jugak membantu menghilangkan Diabetes kalau selalu di menguna kan cara macam ini.
Sebab mama Lina pun tiap pagi minum air rendaman bawang putih dengan cara ini
banyak lagi kebaikan rendaman bawang putih selain DIABETES,Penyakit jantung,tekanan darah,flu dan sebagainya boleh research di YouTube dan Google.
Berkongsi idea kreatif dengan menggunakan kotak, seorang ibu ini telah menghasilkan lampu hiasan untuk bilik anaknya. Nampak cukup menarik dan berseni. Jadi bolehlah dibuat untuk memberi gaya dekorasi pada ruang bilik tidur anak-anak agar nampak lebih ceria.
Barang-barang yang digunakan pun mudah didapati dan untuk lebih detail ini perkongsiannya.
Bahan-bahan:
Kotak tebal dan keras
Glue gun
Warna
Cutter
Lampu LED
Foam sheet
Langkah 1 : Setelah dilukis kena potong, saya guna cutter biasa tapi kena betul-betul sharp, buat base 2 keping sebab permukaan besar kena bagi tebal, lepastu letak tulang sikit bagi gap antara lampu dengan dinding. Saya guna glue gun untuk gam bod.
Depan kita tmbh bod ice cream cair dan kena gigit bg nmpk sedap
Ni comot sikit sebab guna pakai lampu led strip light yang lama kat rumah ni, kalau nak beli boleh cari di shopee macam-macam size ada, guna yang pendek ja, lekat keliling belakang bod na.
Lepas itu colorkan, saya guna poster color tu ja yang ada, campur juga dengan foam sheet warna warni. Model tu umur 8 tahun sama besar dengan ice cream tu
Tada..Dah siap boleh gantung
Seterusnya anak mintak tambah lampu aiskrim haha umi layan ja, sama jugak macam tadi base 2 keping potong dan gamkan dengan glue gun.
Lepastu masukkan lampu dr mr diy ni , tebuk lubng dulu dan masukkan, gam bulb lampu tu di kedudukannya.
Warnakan lampu guna buncho ja apa yang ada di rumah, dari bahagian depan ginila kejadian lampu tu. Ok dah sip boleh gantung.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Tidak dinafikan cabaran didik anak millennia di zaman sekarang boleh buat ibu ayah jadi migrain. Salah pendekatan boleh menjadikan si kecil lebih agresif . Malah ia juga akan beri kesan kepada perkembangan anak itu.
Lebih merisaukan apabila mempunyai anak lelaki. Sudah tentu ada cabarannya tersendiri. Ini yang ditegaskan oleh penceramah motivasi oleh Akhi Fairuz yang berkongsi 22 cara untuk didik anak lelaki pada usia 9 hingga 12 tahun.
Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:
1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.
2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam/ KAFA. Namun, ada anak-anak kita yang tak dapat relate dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.
3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar memahami bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah berlakunya mimpi basah. Mimpi basah pula sering dinisbahkan sebagai mimpi yang menyeronokkan, malam pertama dan lain-lain.
4. Oleh yang demikian, ada kalangan remaja lelaki sekolah menengah mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani. Puncanya, beliau hanya ‘beriman’ perlu mandi wajib bila air mani keluar melalui mimpi basah sahaja.
5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Ada dikalangan anak-anak kita ‘akil baligh’ sebelum akil baligh yang sebenar. Bukan sebab mimpi basah, tetapi mengeluarkan air maninya sendiri.
6. Setakat pengalaman saya bersama pelajar sekolah, adik-adik ini telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah terjebak dengan pornografi.
7. Istilah melancap, toceng, bukan lagi asing dalam kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perkataan itu melucukan hingga dijadikan bahan gurauan. Mereka tahu ada dikalangan rakan-rakannya yang sudah buat benda itu.
8. Kesian mereka, sungguh naif sekali! Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah dan melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu yang dirinya telah akil baligh!
9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Pornografi sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau melalui kawan sekolah atau juga video lucah yang disimpan dalam handphone ayahnya sendiri.
10. Mak ayah, please ingatkan anak-anak akan hal ini. Anak-anak perlu tahu kesan dari menonton pornografi. Ia akan mendorong individu merangsang diri sendiri dengan melakukan onani. Mereka juga perlu tahu air mani itu anugerah yang Tuhan berikan kepada lelaki, penerus generasi ke generasi. Ia amanah dan tanggungjawab! Ajar mereka secara praktikal cara mandi wajib yang sebenar.
11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Yang saya cerita ni kes budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Melakukan onani dan menonton pornografi berkait antara satu sama lain. Bermula dari ingin tahu, akhirnya ketagih. Akhirnya, anak-anak ini memahami seks dari sumber yang salah dan bakal merosakkan dirinya dan orang lain.
12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, saya nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.
13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.
14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.
15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Seterusnya, kena pantau.
16. Untuk pengetahuan Tuan Puan, ramai budak lelaki di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting, leceh dan menyusahkan.
17. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa, bulu tumbuh serta rasa tertarik kepada lain jantina.
18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang salah!
19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh diletakkan pomade? Huhu
20. Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.
21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.
22. Sebab itu Islam menyarankan mak ayah mengajar anak solat ketika umurnya 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Cara paling mudah mendidik anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.