Biasa orang kaitkan serunding halia, bawang putih dan bawang merah ini dengan ibu dalam pantang. Sebenarnya orang yang tak berpantang pun boleh amalkan.
Lebih-lebih lagi yang ada masalah angin dalam badan. Nak tahu cara buatnya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rozita Daud.
Serunding halia, bawang putih n bawang merah. Bagus untuk buang angin dalam badan n orang bersalin, semua bahan saya hiris nipis2 jgn tny jual ke x.try lah buat.
Bahan yang diperlukan, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian diracik halus.Nak bagi garing dan tahan lama serta tak cepat lemau, letakkan 1 sudu kecil garam.
Daun pegaga umum mengetahui adalah tumbuhan herba yang banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kesihatan malah berkesan untuk penjagaan kecantikan wanita. Andai sebelum ini pegaga hanya dimakan sekadar menjadi menu ulam ketika menikmati hidangan di restoran.
Pun begitu alangkah baiknya, bila kita sendiri boleh menanam pegaga tersebut di laman rumah dan dapatlah bila-bila masa sahaja untuk menikmati khasiatnya.
Malah tidak dengan dijadikan ulam semata-mata, dapat juga kita sediakan air rebusan herba untuk dijadikan amalan untuk kekal awet muda dan cerdas pemikiran. Ini sebagai mana apa yang dilakukan oleh Suhaili Baharudin ini. Tanam sendiri untuk kegunaan sendiri!
KHASIAT TERSEMBUNYI DALAM PEGAGA
Semalam Mastura Rashid kongsi tentang air rebusan pegaga. Sungguh menganga Kak Eli kerana punyalah banyak khasiat pegaga ni rupanya untuk otak kita. WHO iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf pegaga sebagai makanan yang menjana kecerdasan otak.
Ia membantu membaiki fungsi minda dengan meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Jadi bukankah elok untuk kita yang selalu stress dan murung ini?
Dan kerana minat dan cinta Kak Eli pada aktiviti bercucuk tanam yang boleh menghilangkan kusut dikepala, maka hari ini Kak Eli nak kongsi cara tanam pegaga supaya subur dan gemuk.
Dalam pasu gantung pun boleh. Nanti bila terjuntai-juntai daunnya sungguh dapat menghiburkan hati.
No plants = No life and that cannot be healthy.
Kemudian alangkah baiknya bila kita dapat manfaat dari tanaman kita tadi. Rebus untuk minuman, memasak, buat ulam cicah budu ke kan?
Kajian kata mereka yang tinggal dekat dengan tanaman akan hidup lebih lama. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita mula menanam sekarang.
Step 1 : Cari bekas atau pasu kosong. Separuh tanah kompos yang Kak Eli pernah kongsi sebelum ni (kalau tak ada tanah beli di nursery pun boleh). Dan separuh lagi pasir.
Step 2 : Gaulkan semua sekali. Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.
Step 3 : Dengan lafaz bismillah, cucuklah pegaga sesuka hati. Siram dan letak dibawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.
Step 4 : Tadaaaaa!Selepas 2 minggu lihatlah dunia. Bukan main subur dan gemuk lagi pegaga Kak Eli ini. Anak daun dah mula tumbuh di sana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.
Pejam mata dan tarik lah pegaga yang kau tanam dan sayang tu dari akarnya. Khasiat pegaga paling optimum ialah bila kita merebus dari daun hingga ke akar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Andai tiba-tiba teringin hendak mengubah mood kediaman, selain mengubah susun atur perabot untuk memberi impak ruang berbeza. Ada satu lagi yang juga boleh dilakukan oleh ibu-ibu iaitu dengan melakukan upgrade pada bahagian langsir dengan cara yang mudah namun impaknya memang hebat.
Ini dikongsikan oleh Puan Rafiza Idayu, menjelaskan cara atau langkah-langkah untuk menghasilkannya. Jom semak.
Step by step buat langsir eyelet sendiri. Eyelet ring boleh dapatkan di kedai peralatan menjahit atau kedai kain langsir. Jika tak pandai jahit, boleh upgrade dari langsir sedia ada. Yang penting dah pasang kayu eyelet. Nampak kemas dan elegan bila pasang langsir jenis eyelet di rumah.
Bahan bahan nak buat eyelet curtain
1. Eyelet ring
– boleh dapatkan di kedai menjual peralatan menjahit atau kedai kain langsir.
2. Pensil penanda
– saya guna pensil warna anak jer.
3. Gunting kecil yang hujungnya tajam
– senang nak ‘hunus’ langsir semasa proses tebuk lubang
4. Pita pengukur
5. Langsir yang dah siap dijahit dengan tape.
Langkah seterusnya
Mula mula buat ukuran. Ukuran ini dia tak ada formula khusus. Boleh bagi average jarak lubang eyelet +- 7″.
Cara nak kira bilangan eyelet ring yang diperlukan adalah Panjang langsir bahagi 7″.
Katakan panjang langsir 124″ / 7″ = 17.77
Lebih kurang 18 ring eyelet diperlukan untuk sekeping langsir.
Tip : Cara nak ukur lubang eyelet adalah dari tengah tengah langsir.
Kemudian ‘hunus’ gunting kecil yang tajam ini pada kain langsir yang sudah dijahit tape. Perhatikan saya gunting di luar sedikit dari tanda yang telah dibuat. Jaraknya dalam 2 hun.
Guna gunting kecil yang tajam. Jika guna gunting besar sukar sedikit kerana kita potong membulat. Ini gunting khas untuk kerja kerja sulam. Boleh dapatkan di kedai menjual alat jahitan.
Alhamdulillah. Cantik dah tertebuk lubang eyelet. Gunting sulam ini bentuknya agak melenkung sedikit. Memudahkan kita membelok ketika menggunting. Maklumkan kona baring ni potong bulat.
Kemudian masukkan eyelet ring. Satu sebelah bawah dan satu lagi sebelah atas. Ring putih tu masukkan sekali. Ada eyelet ring yang tiada komponen tersebut. Tak mengapa. Dah set dia cenggitu.
Berkumur mungkin ada antara kita menjadikan kelaziman setiap kali sebelum menggosok gigi. Rutin harian ini menjadikan kita merasakan mulut lebih bersih dan nafas lebih segar. Namun adakah cara itu betul dan adakah ianya boleh dilakukan dengan kerap. Menjawab soalan ini, elok kiranya kita mendengar penjelasan daripada yang pakar. Jom semak perkongsian di page Kementerian Kesihatan Malaysia tentang ubat kumur. Semoga ianya memberi manfaay untuk anda sekeluarga.
.
Produk Penjagaan Kesihatan Mulut: Ubat Kumur
Apa itu ubat kumur?
Ubat kumur adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ubat kumur biasanya disyorkan oleh doktor gigi atau doktor untuk tujuan tertentu. Ubat kumur boleh didapati di hospital, farmasi atau pasaraya.
Bilakah pengunaan ubat kumur disyorkan?
Ubat kumur biasanya disyorkan atas sebab:
-Mengawal jangkitan bakteria atau kulat dalam mulut
-Sebagai tambahan kepada pemberusan gigi
-Menggantikan pemberusan gigi selepas pembedahan mulut atau tisu trauma
-Untuk kesan sementara kesegaran mulut dan mengurangkan bau mulut
-Mengurangkan sakit dan kekeringan tisu mulut
-Membantu penyembuhan tisu mulut
Apakah jenis jenis ubat kumur?
Ubat kumur mempunyai tindakan dan kesan yang berbeza bergantung pada bahan aktif yang terkandung di dalamnya. Di bawah ini disenaraikan contoh-contoh:
-Ubat kumur anti-plak mengandungi agen anti-plak (contoh: Chlorhexidine Gluconate, Cetylpyridinium Chloride)
-Ubat kumur anti-karies mengandungi fluorida
-Ubat kumur anti-sensitif mengandungi agen penyahpekaan (contoh: arginine, potassium nitrate)
-Ubat kumur mengurangkan sakit mengandungi anti-radang dan agen mengurangkan kesakitan ( contoh: benzydamine hydrochloride)
-Ubat kumur bertujuan melegakan dan mengurangkan kekeringan tisu mulut mengandungi perlindungan berasaskan enzim, biasanya diberi untuk pesakit yang mengalami keradangan tisu mulut selepas rawatan kanser
-Sesetengah ubat kumur mengandungi hyaluronan membantu mempercepatkan penyembuhan luka tisu mulut
-Penggunaan ubat kumur yang betul di bawah nasihat profesional pergigian adalah penting untuk mengelak komplikasi atau ketidaksesuaian penggunaannya.
.
Bagaimana menggunakan ubat kumur?
-Ubat kumur mungkin berbeza cara penggunaannya mengikut jenis dan tujuan penggunaannya, contohnya:
-Digunakan sekurang-kurangnya 30 saat untuk memastikan tindakan yang optima.
-Digunakan sebelum atau selepas memberus gigi.
-Digunakan selepas makan atau sebelum tidur kerana ia mengganggu deria rasa
-Tidak perlu dicairkan
-Penggunaan ubat kumur mestilah mengikut nasihat doktor atau arahan yang tertera pada label produk.
Tip-tip penggunaan ubat kumur.
Ubat kumur hanya digunakan jika perlu, atas arahan doktor gigi. Pemberusan gigi yang efektif adalah memadai bagi kebanyakan orang, untuk mencapai kebersihan mulut yang sempurna.
Penting mengetahui terdapat berbilang ubat kumur di pasaran dengan kesan yang berbeza bergantung pada kandungan bahan aktif, dan tujuan ia digunakan.
Pilihlah ubat kumur tanpa alkohol. Alkohol boleh memberi kesan tidak baik kepada tisu mulut. Sesetengah ubat kumur mengandungi lebih 10 peratus kandungan alkoholnya dikhuatiri boleh mencetus pengambilan alkohol pada mereka yang cuba hendak berhenti dari tabiat mengambil alkohol. Dapatkan nasihat daripada doktor gigi.
.
Adakah ubat kumur mempunyai kesan sampingan?
Kesan sampingan yang biasa dari penggunaan ubat kumur
-Rasa kurang menyenangkan seperti panas atau terbakar (burning sensation)
-Mengganggu deria rasa
-Penstainan gigi
-Kesan pengeringan tisu mulut
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.