Mencipta gaya di laman rumah apabila digayakan bersama basikal lama, juga mampu memberi tarikannya yang tersendiri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Adha Arffain. Basikal lama dicat semula dan disaratkan dengan pokok bunga petunia yang merimbun. Nyata nampak begitu memukau.
Untuk anda yang ingin menghias taman rumah, apa kata kita baca perkongsian daripadanya.
DIY BICYCLE PLANTER
Basikal buruk kat rumah jangan buang ye, boleh DIY untuk jadikan hiasan kat laman rumah.
Ads
Kat sini saya kongsi kan sedikit deco laman tepi rumah saya guna basikal jepun terpakai.
Ads
Saya beli basikal tu RM 100 kat kawan sebab dia dah tak pakai dan beli spray warna putih 5 tin.
Ads
Jadi saya just spray warna putih semua, dan tak perlu lah spray perfect sangat pon, asal sedap mata memandang je. Hias dengan bunga-bunga sikit then siap.
Dalam melayari alam rumah tangga kena ada ‘give and take’. Sering kali soal nafkah menjadi isu dalam rumah tangga. lebih-lebih lagi buat isteri yang tidak bekerja. Konon tidak perlu duit kerana segala keperluan sudah disediakan.
Jika suami yang memahami kosep perkahwinan yang sebenar pasti tahu pemberian nafkah yang sebenarnya. Tidak hairanlah jika ada antara suami yang banyak duit nanti tidak pernah lekat di tangan. Ada sahaja keperluan yang tidak mencukupi.
Biarpun sedikit, tidak mengapa kerana pemberian itu lebih bermakna kepada isteri. Yang pentingnya isteri redha dengan pemberian nafkah suami. Jika isteri tidak redha, bimbang sempit rezeki suami.
Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua.
HUTANG KEPADA ISTERI
Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri..
perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri..
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat..
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu untuk minum petang.. Popia ikan dengan cheese. Menggunakan isi ikan kembung.
Memang sedap. Ikuti perkongsian resipi ini.
Bahan-bahan:
Rebus ikan , ambil isi dan hancurkan.
Bawang kecik dan bawang putih, tumbuk..
Cili padi – 2-3 biji .. kalau nak pedas lebihkan.
Carrot cincang halus
Daun sup cincang halus
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam, aji n maggi cukup rasa
Telur sebiji
Cara penyediaan:
Gaul semua. ambil kulit popia, cheese. Letak semua bahan tadi dan gulung.
Goreng dan nikmatilah minum petang ada bersama popia.
Selamat mencuba!
Sumber: PapaDanish Bob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adakah anda perasan, perangai kita sebagai ibu bapa dalam sedar atau tidak mesti lebih kurang sama dengan perangai anak-anak kita. Mana tidaknya, sepanjang hari mereka bersama kita. Baik tindak tanduk kita, baiklah jadinya anak-anak kita.
Begitu juga halnya dalam bangun di awal pagi, jika ibu ayah jenis sambung tidur atau bangun lewat tidak hairanlah anak-anak pun liat bangun pagi. Alangkah ruginya andai seisi keluarga berbuat demikian.
Ini kerana menjadi morning person terlalu banyak kebaikkannya, selain apa yang semua sedia maklum bagus dari aspek kesihatan tubuh badan, bangun awal juga adalah satu cara untuk membuka pintu rezeki malah ada kaintannya juga dalam membentuk anak-anak yang hebat.
Ini sebagaimana perkongsian yang ditulis oleh Najmi Nawawi di akaun facebooknya. Menurutnya ibu ayah perlu bangun pagi menjadi morning person untuk jadi orang yang hebat dan dalam masa yang sama memberi contoh terbaik buat anak-anak.
KITA PERLU JADI MORNING PERSON
Ya betul. Orang yang bangun di awal pagi ialah morning person. Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik University of Leipzig, setiap manusia yang mahu melakukan sesuatu yang benar-benar memberi impak kepada diri sendiri harus bangun awal di awal pagi.
Banyak contoh orang hebat dunia seperti CEO Disney, Bob Iger, dan CEO Twitter, Jack Dorsey sudah terjaga pada pukul 5.30 pagi setiap hari. Atau lihat sahaja kepada icon parenting tempatan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau sentiasa memanfaatkan waktu pagi sebaik-baiknya untuk pastikan anak-anak mendapat yang terbaik.
Kita perlu bangun di awal pagi, untuk jadi orang yang hebat dan mampu memberi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Malulah, kalau anak-anak yang bangun terlebih dahulu dari kita. Anak yang hebat kebiasaannya datang dari ibu bapa yang hebat.
Sekiranya kita tahu diri kita ialah orang yang susah bangun pagi, maka kita perlu ubah rutin harian kita agar dapat bangun di awal pagi. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga kita abaikan yang lain. Pastinya kita tidak mahu terlepas kebaikan untuk bangun di awal pagi.
Solat subuh ialah perkara yang paling utama dan umpama kunci kejayaan sesebuah keluarga. Kita wajib didik anak kita untuk bangun pagi bukan untuk pergi kerja (mencari rezeki) tetapi untuk sujud beribadah kepada (pemberi rezeki) terlebih dahulu.
Sekiranya perkara asas seperti ini sudah gagal, definisi kejayaan kehidupan pasti diletakkan pada wang ringgit semata-mata bukan keredhaan Allah yang menjadi paksi utama.
Selain itu, faktor kesihatan juga menjadi tuntutan. Ianya bermula dengan sarapan pagi. Kerana jika kita dan anak-anak tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.
Dengan bersarapan, fikiran akan lebih segar dan dapat kurangkan tekanan, ini sangat penting untuk pastikan tenaga yang positif sepanjang hari.
Dibantu juga dengan hormon-hormon kortisol yang mula meningkat dalam badan untuk menyediakan badan kita bekerja dengan baik. Seterusnya menjadikan kita manusia yang berkualiti kepada pasangan, anak-anak dan juga kerjaya.
Begitu juga dari sudut memberi contoh ikutan yang baik untuk anak-anak. Khususnya seorang ketua keluarga (ayah), perlu sentiasa ingat bahawa anak-anak lebih cenderung untuk ikut sifat dan perwatakan si ayah meskipun mereka rapat dengan si ibu. Setiap perbuatan kita akan sentiasa diperhatikan anak-anak.
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.