Majlis perkahwinan merupakan momen terindah yang dimiliki oleh setiap pasangan yang berkahwin. Kerana itulah yang akan mengingatkan kita pada hari bersejarah.

Hari di mana bermula detik memasuki fasa baharu dan foto-foto itulah nanti yang akan ditunjukkan kepada anak cucu sebagai mengingati detik manis sebuah keluarga.

Namun berbeza dengan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi, baru-baru ini mereka telah bersanding sekali lagi dengan lengkap berpakaian pengantin selepas 15 tahun melayari bahtera rumah tangga kerana mahukan foto perkahwinannya dalam keadaan menutup aurat.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

Memetik Kosmo, Lisdawati mengakui terkilan apabila foto pernikahannya yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana ketika itu masih belum berhijab.

“Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan.

IKLAN

“Jadi hari ini (semalam), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan. Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan,” katanya.

Mesti Baca :

Menurut Lisdawati lagi, untuk persandingan mereka kali kedua ini dia memilih busana berona biru untuk ‘majlis nikah’ dan songket putih untuk resepsi serta majlis diadakan secara ringkas sahaja.

“Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” katanya.

IKLAN

Mahu Gambar Tutup Aurat. ‘Kalau Nak Guna Gambar Perkahwinan Saya, Guna Yang Terkini.’  Lisdawati

Ditanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangganya yang dibina selama 15 tahun, Lisdawati berkata dia dan suami turut melalui fasa pasang surut dalam perkahwinan.

“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah.

“Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.

IKLAN

“Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka,” katanya.

Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi, 50, pada 9 September 2007. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata. Lisdawati turut mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi.

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mahu Gambar Tutup Aurat. ‘Kalau Nak Guna Gambar Perkahwinan Saya, Guna Yang Terkini.’  Lisdawati

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI