Mudah & tak banyak bahan, itu antara pilihan ibu-ibu tatkala memilih resipi biskut mahupun kek untuk dibuat sempena raya nanti. Dengan situasi PKP sekarang, pasti dua kriteria ini di ambil kira kan, lebih-lebih lagi semua nak berjimat.
Melihat cara Hafiy Altamis Haniffa menguruskan adik kecil nya dan kerja rumah tanpa rasa kekok membuatkan ramai kagum.
Tidak dinafikan, setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam didik anak-anak. Demikian juga cara yang dipraktikkan pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, bagi memastikan anak sulungnya ini mampu melakukan kerja rumah termasuk memasak.
Tular video di tiktok yang mana Hafiy bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang. Kebolehannya kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu membuatkan ramai melahirkan rasa kagum dan memuji kerajinannya menguruskan rumah walaupun masih kecil.
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.
“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.
“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.
“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya. Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.
“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.
“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.
“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.
“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun. Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.
“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.
“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.
Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.
Lumrah dalam rumah tangga, ada masanya tak sependapat. Namun bagaimana cara suami isteri menangani situasi tersebut itu yang lebih penting. Usah menyalahkan pasangan sebaliknya cari jalan penyelesaian terbaik.
Perkongsian oleh Puan Adlil Rajiah ini patut dijadikan contoh buat pasangan di luar sana.
So recently, we had a fight.
A typical husband-wife fight.
Cuma kali ni lebih intense.
Bila keadaan kembali tenang,
suami ajak sit down berdua untuk re-audit and re-align our relationship.
Ye lah kan.
Dah 10 tahun kawen, banyak benda berubah.
Cinta dah tak semekar dulu.
Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni hahah.
But apparently, semua yang dirasakan best masa awal2 kawen dulu, semakin hambar.
Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semuaaaa benda yang kitorang tak puas hati with each other dan semua benda yang kitorang harap pasangan dapat improve lepas ni.
Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis2 ni–
tangan jadi machine gun terus. 😂
Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim pompuannn 😑
Settle senaraikan semuanya,
tiba lah masa untuk duduk berbincang hati ke hati.
He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote.
I read it point by point.
Page by page.
He gave 100% attention and didn’t say a word.
Habis je aku baca semua, suami jawab–
“Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya.”
Dan dia diam semula.
“Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?”
I urged him to read his list.
Dia senyum je.
Sambil geleng, dia cakap–
“Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je.”
Aku terus menyirap, tak puas hati dengan jawapan suami.
“Tipu lah. Takkan takde apa2. Tak payah la nak ambik hati. Cakap je.”
He smiled and replied,
“10 tahun papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa taknak.”
“Kenapa taknak?”
“Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalaupun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama.”
I cried,
and we hugged each other.
Sekian perbincangan hati ke hati.
Penat tangan aku transform jadi machine gun dan tulis panjang2. 😆
Tapi ada 5 perkara yang aku belajar:
1. As a wife, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami.
2. Makin lama kawen, makin banyak lah kekurangan masing2 terbongkar, dan makin banyak lah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa– pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.
3. Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri– adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.
4. Kadang2 kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.
5. Ada banyak benda yang we can never develop alone. Even our own growth needs someone to respond– someone very intimate yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it’s a friendship.