Hendak seribu daya tak nak seribu dalih, peribahasa ini begitu dekat dengan usaha yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang juga bergelar ibu kepada seorang anak yang masih kecil dalam usahanya membina sendiri rumahnya dengan keluasan 1,200 kaki persegi.
Apa yang lebih mengkagumkan meskipun tiada pengalaman dalam pertukangan dan seni bina bangunan sekali pun, ia tidak menjadi penghalang buat Auni Haswani Faizun yang juga merupakan pemegang Diploma Dakwah & Pengurusan dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) untuk mendirikan rumah dari hasil sentuhan tangannya sendiri.
Kisah ini tular apabila Auni berkongsi video di aplikasi TikTok. Wargamaya terpegun apabila melihat dia tidak sedikit pun kekok dalam melakukan kerja-kerja pertukangan yang lasak. Lagaknya seperti seorang yang profesional dan menyebabkan video tersebut mendapat tontonan hingga 1.8 juta tontonan.
Apatah lagi menurutnya, keputusan dibuat selepas dia dimaklumkan kos untuk membuat kendang kambing sahaja sudah hampir mencecah RM10,000.
Apabila mengenangkan harga barangan binaan yang semakin melambong naik dan ditambah pula kos khidmat tukang rumah juga meningkat, sekali gus dia nekad untuk membina rumah impian daripada usaha kerja tangannya sendiri.
“Saya tak pernah tanya tukang rumah berapa jumlah keseluruhan kalau nak buat rumah, tapi yang pasti kos bahan mentah semua mahal kerana harga barang naik. Kalau upah lagi la (mahal).
“Sebab sebelum ini ada juga tanya kawan berapa upah kalau nak buat kendang kambing dan dia cakap hampir RM10,000.
“Disebabkan itu saya ambil keputusan untuk buat sendiri,” kongsinya.
Ads
Tambahnya lagi memetik perkongsiannya di mStar difahamkan disebabkan kesukaran membuat pinjaman bank turut menjadi asbab pembinaan rumah tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.
“Dah lama saya rancang nak buat rumah ni iaitu selepas mak bahagikan tanah kepada anak-anaknya. Saya ada enam beradik yang mana empat orang menerima tanah di tempat lain manakala tanah rumah mak dibahagaikan kepada saya dan adik. Jadi saya ambil tapak yang ada garaj.
“Disebabkan tak dapat buat pinjaman bank, saya guna sepenuhnya duit gaji yang diperolehi daripada mengajar al-Quran dan fardu ain di asrama.
“Waktu pagi saya berkerja sebagai tukang kayu,” ujarnya yang mengutip pengalaman awal daripada bapanya ketika melakukan kerja ubah suai dapur rumah mereka.
Meninjau di ruangan komen, warganet memuji skill yang dimiliki oleh wanita ini dalam membina rumah. Tidak terkecuali ada juga yang berkongsi pengalaman gunakan keringat sendiri untuk membina rumah impian.
“Alamakkkk…lagi cantik dia ikat batu daripada aku ikat.. 😂😂😂 Btw, saya pun buat rumah sendiri je. 0 pengalaman. Sumua belajar dekat youtube je.😂😂,” komen salah seorang warganet.
“Aku hari-hari guna mesin kerja kayu kak. Tapi sampai sekarang tak berani guna grinder😂. hebak do k,” puji yang lainnya.
Ads
“Ni baru betul hantaran 20k..hahaha,” usik netizen.
“Kemas dan teratur ikat batu macam pekerja mahir 👍👍👍👍,” tulis yang lain.
Bawang putih semenangnya banyak kegunaannya dalam pelbagai rutin harian kita. Malah dalam kebanyakkan petua nenek-nenek kita turut sama menggunakan bawang putih.
Petua yang diamalkan oleh mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu bukanlah hanya cakap kosong. Ada baiknya dalam merawat beberapa penyakit ringan.
Petua nenek menggunakan bawang putih antara yang wajib kita cuba. Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sebilangan besar masakan Cina. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin.
Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh. Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakkan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumorkerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja. Jom semak sama-sama.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji epal hijau
-2 biji kurma
-1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
-1 gelas susu
Cara menyediakan:
– Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
– Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
– Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
– Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pokok cili yang berbuah lebat dengan buah yang ‘gemuk-gemuk’ pasti membuatkan kita rasa puas hati. Menanam cili dan sayur-sayuran di kawasan rumah adalah antara inisiatif yang boleh kita lakukan dalam mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat terutamanya di kawasan bandar.
Pokok Cili Berbuah Lebat & ‘Gemuk-gemuk’
Tidak semua orang bernasib baik dapat menuai hasil dari pokok yang ditanam. Sebenarnya bagi mendapatkan pokok yang lebat berbuah kena ada usaha lebih bukan dengan berharap tangan ‘sejuk’.
Bagi yang mahukan hasil pokok cili yang ditanam di rumah berbuah banyak dan sihat, boleh ikut tip seperti yang dikongsikan oleh Harun Arun ini.
Ini Tip Boleh Cuba
Tip penjagaan pokok cili supaya berbuah lebat dan elok ‘gemuk’ Ramai yang bertanya tentang pokok cili ini. Inilah jawapannya:
1. Pokok cili ini ditanam dalam polibeg saiz 16×16, ada yg tanam 1 pokok ada yang 2 pokok.
2. Medium yang guna tanah sawit sisa boiler 80% dan cocopeat 20%. Baja asas yang digunakan adalah baja kopi 888, lebih murah. Seminggu letak 1 sudu besar, bergantung pada usia dan besar pokok.
3. Selain itu buat juga foliar feeding dengan Calcium boron dan hormone ikan seminggu 1 kali. Apabila pokok dah mula berbunga & berbuah seminggu 2 kali.
Calcium ini penting untuk pembentukan sel buah dan pucuk baru. Selalunya dalam perebutan ini buah akan kalah, jadi timbul simptom buah jadi busuk pada bhgian hujung cili, mengerekot, pendek.
Boron pula fungsinya adalah untuk mudahkan pergerakan calcium ke buah. Calsium boron ini boleh dibeli secara online juga.
4.Untuk kawalan serangga cuma guna cuka kayu saja seminggu 2 atau 3 kali bergantung pada keadaan cuaca.
5.Tip pokok rendang: kena rajin cubit pucuk atau buang bahagian hujung pucuk supaya tumbuh dahan baru.
Ini contoh foliar calcium boron dan hormon ikan yang digunakan.
Tiada istilah tangan sejuk atau tangan panas. Kunci utamanya ialah gunakan medium yang sesuai, benih berkualiti dan penjagaan yang konsisten. Selamat bercucuk tanam, semoga dengan tip ini pokok cili anda membuahkan hasil yang banyak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehebatan RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan peneraju utamanya, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang banyak merubah kejayaan dan masa depan ramai sememangnya tidak perlu disangkal lagi.