Baru-baru ini kecoh blogger ‘Mat Salleh Cari Makan’ dilaporkan hilang ketika bercuti di sekitar Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Sebelum itu, pada 24 September, lelaki itu berkongsi keterujaaannya menerima kunjungan daripada keluarga tercinta yang telah tiba di Malaysia.
Pada 25 September, Rhys William dan ahli keluarganya, Siaw Woodfield, 25 tahun, Owen Woodfield, 22 tahun, serta ibu bapanya James Woodfield, 62 tahun, dan Rachel Anne Woodfield 60 tahun, selamat tiba dan menginap di sebuah resort di Kuala Tahan, dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada petang 27 September.
Disebabkan gagal dihubungi, isterinya, haigbrown Woodfield disahkan membuat laporan polis pada jam 1.30 pagi gara-gara risau.
Ads
Pakar motivasi, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah pernah berkongsi kelebihan gerak hati yang kuat terhadap suami sememangnya dikurniakan kepada wanita.
Wanita berkenaan juga yakin bahawa lokasi terakhir 4 beranak itu berada adalah di kawasan Hutan Kampung Pagi, Ulu Tembeling. Setelah menerima laporan, pihak polis termasuklah Pengusaha Eco Rimba Taman Negara Kuala Tahan memulakan rondaan pada jam 2.30 pagi meliputi Kampung Bantal sampailah ke Kampung Pagi.
Ads
Kemudian, operasi menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 8 pagi yang turut disertai agensi lain. Akhirnya pada jam 1:10 tengah hari, 28 September, semua warga Britain itu ditemui dalam keadaan selamat.
Melihat di sosial media Rhys, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa atas usaha keras yang dilakukan. Malah, dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan mereka.
Terusik jiwa apabila mem baca bait-bait puisi buat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang telah kembali ke ramtullah pada 9.41 malam semalam. Allahyarham yang parah akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, sebelum itu hampir tiga minggu bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN).
Puisi ini dihaslikan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Azmi Hamid, didedikasikan khas buat Allahyarham Muhammad Adib. Penuh tersurat dan tersirat buat hati yang duka dengan pemergiannya wira negara ini.
Curahan perasaan melalui puisi yang bertajuk ‘Maafkan kami, Adib, membuatkan hati terkesan. Hati mana yang tak sebak, plot yang bermula dengan kesedihan kemudiannya dirai dengan kesyukuran namun diakhiri pula dengan kesedihan setelah setelah pemergiaannya.
Benar, emosi ibu, ayah dan ahli keluarga pastinya yang lebih terkesan ketika ini.
Buat rakyat Malaysia, hayati sepenuh hati bait-bait puisi ini.
Maafkan Kami, Adib Adib, Namamu tak pernah disebut-sebut, Hanya ayah, ibu, saudara dan tunangmu yang menyambut, Tiap kali engkau pulang setelah bertugas, Tunangmu mungkin terasa ingin mengikut, Berjanji satu hari nanti kamu bersamanya akan hidup sehingga tibanya maut
Adib, Kamu tidak sesekali menyangka, Terperangkap dalam sengketa, Yang kamu tahu hanya menyahut panggilan untuk bertugas tanpa bertanya, Apakah tugas biasa ataukah merbahaya
Adib, Seluruh negara tiba-tiba tersentak mendengar berita, Engkau bergelut untuk menyelamatkan nyawa, Rupanya bila manusia hilang timbang rasa, Engkau pula yang menjadi mangsa
Adib, Negara ini telah ditatang untuk anak muda seperti kamu, Agar diwarisi sehingga ke anak cucu, Yang berlain kaum, agama dan hidup berukun damai, itulah pesan ibu, Jangan sekali-kali engkau sia-siakan tanah air ini milik bangsamu
Adib, Air mata kami mengalir mengenangkan derita yang kamu lalui, Kenapa nyawamu tidak dihargai, Bukankah kita berjanji hidup bersama di tanah pertiwi ini, Bumi bertuah tempat lahirmu menjadi saksi,
Adib, Kamu hanyalah seorang warga yang mahu hidup biasa, Negara yang makmur ingin dinikmati bersama, Tidak ada yang harus berprasangka dan mencuriga, Si Mamat, si Ah Chong, si Ramasami, bukankah rakan kita belaka
Adib, Engkau dipaksa membayar harga dari sebuah pertelingkahan, Mereka tidak kisah untuk apa harus berbunuhan, Peduli apa kepada negara dan warga yang akan berberontakan, Asal puas mendapat upah yang hanya seratus dua yang memalukan
Adib, Kami semua bersalah dari sebuah kealpaan, Saling mencuriga dan tidak mahu bermaafan, Lalu engkau berada di tengah-tengah persengketaan, Inilah natijah dari keegoaan yang tidak kenal sempadan
Adib, Aku terkelu dan sukar mencari kata-kata, Berita pemergianmu, tidak disangka, Aku masih mengharap, engkau boleh berbicara, Mengkisahkan pesan kepada anak cucu kita, Jangan berulang lagi babak yang meluka, Negara ini bakal kita wariskan kepada seluruh anak bangsa
Adib, Damailah kamu di pusara, yang akan tercatat dalam sejarah, Aku mengharap seluruh warga turut mengambil ibrah, Bahawa Tuhan berpesan, hiduplah dengan pasrah, Dalam rasa keinsanan dibina ukhwah, Kami berazam tidak akan mengulangi permusuhan yang membawa belah Sesungguhnya negara ini terlalu mahal dan terlalu indah untuk dibiar punah.
Jika Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Tok Gajah, Hang Tuah adalah antara pahlawan negara zaman sebelum kemerdekaan mempunya cerita tersendiri. Begitu juga dengan Allahyarham Muhammad Adib. Dek kerakusan manusia, anak kelahirana kedah ini menjadi mangsa. Tanggungjawab yang digalas dengan amanah menjadi sandaran utama akhirnya meragut nyawa. Moga kisah ini akan menjadi teladan dan diceritakan kepada anak cucu kita nanti bahawa pentingnya kemakmuran sesebuah negara pelbagai bangsa.
Bukan semua pasangan yang baru berkahwin dimurahkan rezeki dengan dikurniakan anak sebagai penyambung zuriat dan pengikat kasih sayang antara suami isteri. Setiap ujian dan dugaan yang diberikan Allah itu menjadi satu rahsia dan di sebalik kejadian itu pasti ada hikmahnya.
Bercerita tentang lewat dikurniakan zuriat ini, admin terbaca satu posting fb daripada Nurul Balqis tentang usaha dan ikhtiar yang dilakukan sebelum dikurniakan anak. Diharapkan perkongsian ini, dapat membantu pasangan suami isteri yang senasib dengannya untuk mengamalkan apa yang telah dilakukan.
Menurut Qis, sebelum ini dengan perkahwinan pertama diatelah dikurniakan seorang anak dan apabila berkahwin buat kali kedua pada tahun 2015, agak sukar baginya mendapatkan zuriat. Ayuh ikuti perkongsian daripada Nurul Balqis atau lebih mesra disapa Qis ini.
PETUA YANG QIS AMALKAN SEHINGGA BERJAYA HAMIL.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2 tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.
Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah.
Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis. Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah.
Lakukan Perbagai Usaha
Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil.
Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah. Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar.
Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.
Saranan Dari Kawan
Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat.
Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama.
Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana.
Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya dan selamat melahirkan pada tanggal 3 Mac 2018 yang lalu.
Ini cara menyediakan air rebusan buah zuriat
Cara Penyediaan :
2. Buat sehingga keluar tempurungnya. Tempurung buah zuriat ni, sangat keras tau. Tempurungnya sama dangan tempurung kelapa, tapi ni lagi keras dari tempurung kelapa.
3. Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
4. Inilah buat zuriat
5. Kemudian di belah dua
6. Kemudian dipotong kecil
7. Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh. Rebus sampai agak-agak kita akan dapat dua cawan air.
Buah tu jangan buang, kita simpan je dalam periuk tu dan guna lagi untuk esok dan esok dan esok sampailah air die dah jernih. Nanti baru ganti dengan buah yang baru. Tapi qis dapat guna dua biji ni sehingga sebulan tau.
8. Haaa dah siap, dah boleh minum.
Dan inilah permata hati pengarang jantung pasangan Nurul Balqis dan suaminya Mohd Zhafirul Sabri, anak comel ini diberi nama Fakhira Delisha Binti Mohd Zhafirul Sabri secantik namanya begitu juga wajah si kecil ini.
Ekstra Info :
*Waktu bila kita patut minum. Sebenarnya tak kisah pon waktu bila-bila. Yang penting mesti konsisten minum setiap hari pada waktu yang sama.
*Suami isteri dua-dua kena minum. Macam Qis, qis minum selepas isyak tiap-tiap malam sehingga sebulan.
*Satu lagi sebelom qis terlupa, minum pada hari pertama period ye.
Apa buah zuriat ni? Apa kelebihannya?
Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-
-Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
-Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
-Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.
Sumber : Nurul Balqis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki tak pernah salah alamat, berkat doa dan usaha tanpa putus asa, Abby Abadi sekali lagi disahkan mengandung.
Menerusi perkongsiannya di intagram, isteri kesayangan Jai Ezzany memuat naik dua keping gambar dengan kapsyen seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua.
Klinik favourite skrg ?@klinik_anda_wangsa_melawati ❤️ Alhamdullillah terima kasih Dr2 muda yg cantik menawan ni layan pesakit dgn sangat baik sekali. Sangat suka dpt kenal dgn Dr2 yg baik budi ni. Dahlah baik, cantik comel berbudi bahasa pulak tu ?
Menurut pelakon berusia 42 tahun itu, suaminya membawanya ke klinik bagi melakukan imbasan namun masih terlalu awal untuk dikongsi lebih lanjut kepada umum.
Suami @jaiezzany bawak Sy pergi scan tadi. Alhamdullillah syukur. Nantilah Sy cerita ye, segan nak cerita skrg. Awal lagi hihi… . Utk Dr2 & Adik2 di klinik anda: Jangan serik jumpa Sy setiap bulan mulai bulan ni ye hehe.. ?
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendirikan rumah tangga bersama Jai Ezzany atau nama sebenarnya Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Bekas anggota Kumpulan Elite ini pernah keguguran pada 2017 ketika kandungannya 5 bulan.
Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pelakon Gerak Khas ini.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.