Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), satu dari empat orang di Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah, samada pre-hipertensi atau sudah mengalami hipertensi.
Kebanyakan mereka tidak didiagnosakan, tidak dirawat atau tidak mengetahui mereka mempunyai masalah ini.
Ada beberapa makanan yang dapat menurunkan tekanan darah, jika diambil bersama diet yang sihat. Antaranya air tembikai.
Air Tembikai adalah air yang manis berGI tinggi, tetapi mempunyai nilai karbohidrat yang rendah. Jadi secara keseluruhan, nilai Kandungan Glisemik (Glysemic Load, GL) adalah rendah.
Jika ingin minum air tembikai, saya cadangkan jangan ditambah gula kerana ia tidak memberikan kesan yang baik pada tubuh.
Air tembikai bagus untuk menurunkan tekanan darah kerana ia mengandungi tiga sebatian nutrien, iaitu L-citrulline, lycopene and potassium.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Hypertension, pengambilan air tembikai dapat menurunkan tekanan darah pesakit yang obese kerana kehadiran sebatian L-citrulline.

Nampak Biasa Ajer Tembikai Ni. Tapi Khasiatnya Bantu Rendahkan Tekanan Darah.
L-citrulline merangsangkan penghasilan sebatian nitric oxide, yang bertanggungjawab secara terus mengmbangkan saluran darah secara fleksibel.
Oleh itu bila tekanan dalam saluran darah menjadi tinggi, dengan kehadiran nitric oxide, saluran darah mengembang dan menyebabkan tekanan darah menurun. Ia menurunkan tekanan darah semasa jantung mengepam (tekanan sistolik) dan semasa jantung berehat (tekanan diastolik).
Air tembikai berwarna merah kerana mengandungi sebatian lycopene yang banyak. Lycopene bersifat antioksida dan dapat menurunkan tekanan darah bagi pesakit yang obese.
Persatuan Jantuang Amerika pula mencadangkan pengambilan mineral potassium yang mencukupi dalam pemakanan bagi merendahkan tekanan darah tinggi.
Seperti yang selalu saya bincangkan dalam Kelab Sihat dan Ceramah Kesihatan saya, untuk kita lebih sihat dan bertenaga, bebas dari ubat sintetik, amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat.
Bagi pesakit hipertensi saya cadangkan tinggalkan penambahan gula dan lemak trans, kurangkan pengambilan daging merah yang mengandungi banyak lemak tepu, dan kurangkan penambahan garam dalam makanan.
Banyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran penuh dan kekacang. Jangan lupa ambil minyak zaitun yang mengandungi lemak tidak tepu yang bagus untuk kesihatan kaediovaskular, termasuk untuk pesakit hipertensi.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI