Ulser mulut merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Ulser mulut biasanya berbentuk bulat, berwarna putih atau kelabu dan bengkak.
Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit ketika hendak makan dan minum ataupun semasa memberus gigi. Dalam keadaaan ulser yang teruk, pertuturan seseorang juga mungkin dipengaruhi.
Ulser mulut boleh terjadi apabila terdapat kecederaan tergigit mulut dengan tidak sengaja atau dengan penggunaan gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna. Selain daripada itu, tabiat pemakanan juga boleh mempengaruhi kejadian ulser mulut. Makan makanan yang terlalu pedas, panas ataupun keras dan kurang minum air boleh menyebabkan tisu lembut di dalam mulut mudah mengalami kecederaan dan akhirnya menyebabkan ulser mulut.
Sebab-sebab ulser mulut yang lain ialah kekurangan vitamin B, C dan E, penggunaan sesetengah ubat-ubatan, jangkitan virus, bakteria atau infeksi kulat, penyakit sistemik dan sebagainya.
Ulser mulut bukan suatu penyakit, tetapi ia boleh menjadi petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada. Oleh itu, punca penyebab ulser mulut perlu dikenal pasti supaya rawatan dan pengendalian yang sewajarkan dapat dilakukan.
Sekiranya ulser mulut tidak sembuh atau berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi atau doktor perubatan dengan segera untuk mengenal pasti penyebab ulser.
Ads
RAWATAN ULSER MULUT
Secara umumnya, tanpa rawatan, ulser mulut akan pulih sendiri dalam masa 1-2 minggu. Cara yang biasa digunakan ialah berkumur dengan air garam.
.
Namun ada beberapa ubat yang boleh digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ulser mulut ini. Ubat-ubat ni boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor. Antaranya ialah ubat gel seperti Muco Aid, Oral Aid, Bonjela dan Gingival Gel. Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik (tahan sakit).
Ads
Terdapat juga beberapa jenis ubat dalam bentuk pes & spray ini yang mengandungi tambahan ubat anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Ubat-ubatan ini boleh mempercepatkan penyembuhan, terutamanya jika digunakan secepat mungkin pada ketika ulser dalam mulut baru bermula. Contoh ubat adalah Oralon dan Difflam Forte. Ia akan membentuk satu lapisan pelindung dan memberi kesan melegakan ke atas ulser di dalam mulut.
Selain itu, ubat kumur juga boleh didapati. Contohnya ialah Oradex, Hexidine dan Bactidol Mouthwash. Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan pertumbuhan dan bakteria adalam mulut. Ia juga memeudahkan proses pembersihan mulut ketika kehadiran ulser.
TIPS UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA ULSER MULUT
Ads
Penyembuhan ulser mulut boleh dipercepatkan dengan pengambilan makanan diet yang lembut dan pengambilan air yang mencukupi, serta mengelakkan pengambilan alkohol, tembakau dan makanan yang bergoreng atau rangup.
Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan ulser mulut daripada berlaku. Makan dan kunyah secara perlahan dapat mengelakkan kecederaan pada mulut. Penjagaan kebersihan mulut yang baik adalah penting untuk mengurangkan risiko ulser mulut.
Sekiranya anda sering mengalami ulser mulut dan keadaan ini berlarutan sehingga lebih daripada dua minggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat statistik terbaru WHO dikemaskini (6pm 13 Mac). Kes di Itali melebihi 12,000 dengan kematian lebih 1,000 dan kadar kematian lebih 8%. Greece, Cyprus, Austria, Panama – negara yang mula berlaku kematian. Manakala di Malaysia, 197 kes dengan 33 telah pulih.
Disarankan orang ramai mesti terus mengamalkan langkah-langkah penjagaan kebersihan untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19.
Semoga kita semua mampu mencegah jangkitan ini dan melalui perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir turut berpesan dan menyenaraikan antara benda-benda yang perlu dielakkan daripada dipegang untuk mengurangkan risiko jangkitan covid-19.
Ini perkongsiannya.
Sama-sama kita jaga diri dan keluarga. Elakkan dari memegang semua benda yang saya senaraikan ini.
Bakteria dan virus COVID-19 boleh tersebar dengan sentuhan terutamanya pada alatan dan benda yang digunakan oleh ramai orang. Kebarangkalian itu menjadi lebih tinggi.
Ini adalah PANDEMIK. Sila ambil peduli. Sila berjaga-jaga. Jangan dah terlambat nanti baru nak kelam-kabut.
Gunakan sarung tangan atau terus basuh tangan atau guna hand sanitizer. Kurangkan aktiviti di luar dan di tempat orang ramai. Elakkan bersalaman buat masa ini.
Elakkan dari memegang semua benda yang saya senaraikan ini.
– Pemegang dalam bas
– Pemegang besi dalam lif
– Butang vending machine
– Butang di lampu isyarat
– Duit
– Playground equipment
– Meja makan awam
– Pintu mesin dobi awam
– Tempat duduk di perhentian bas dan teksi
– Tempat duduk di dalam bas dan teksi atau Grab.
– Kerusi urut berbayar
Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini. Kongsikan post ini supaya lebih ramai orang buka mata dan ambil perhatian.
Kerap buang air kecil! Pastinya satu pengalaman baru bagi bakal ibu yang baru hamil anak pertama. Apa sebabnya kerap buang air kecil ini ketika hamil?
Bagi yang pernah hamil beberapa kali sebelum ini mungkin sudah tidak terkejut namun bagi mommy yang pertama kali dalam situasi ini, pastinya risau! Ini merupakan beberapa punca kenapa mommy kerap kencing.
1.Hormon
Semasa mengandung, beberapa hormon anda akan meningkat. Progesteron (hormon daripada ovari) dan hormon gonadotropin korionik manusia, juga dikenali sebagai HCG atau hormon kehamilan, menjadikan darah mengalir lebih kerap ke otot pelvis anda. Hormon mungkin melonggarkan otot lantai pelvis anda, menjadikannya sukar untuk menahan kencing.
2.Pertumbuhan rahim
Semasa trimester ketiga (enam hingga sembilan bulan), rahim anda menjadi cukup besar sehingga ia mungkin mula menekan pundi kencing. Ini mungkin menyebabkan anda mengalami keinginan yang kerap untuk pergi ke tandas. Tekanan tambahan pada pundi kencing membuatkan anda berasa seperti perlu sentiasa membuang air kecil.
3.Otot lantai pelvis yang lemah
Dalam sesetengah kes, otot yang menyokong pundi kencing, usus, dan rahim mungkin menjadi lebih lemah semasa kehamilan. Ini boleh mengakibatkan peningkatan kencing semasa kehamilan.
4.Cecair badan bertambah
Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan lebih banyak cecair berbanding sebelum kehamilan.
5.Kecekapan fungsi buah pinggang
Buah pinggang anda biasanya akan meningkatkan kecekapannya apabila anda mula membawa bayi. Ini, ditambah dengan pengeluaran cecair yang lebih banyak, menyebabkan kekerapan dan jumlah kencing anda meningkat.
6.Kebocoran Kencing
Kadang-kadang anda mungkin berasa keinginan untuk kencing, tetapi apabila anda sampai ke tandas, jumlah air kencing yang keluar adalah sedikit berbanding dengan keinginan yang anda rasakan. Kadangkala anda mungkin mengalami sedikit kebocoran air kencing apabila:
-Bersin
-Ketawa
-Batuk
-Bersenam
Cara untuk kurangkan kekerapan buang air kecil:
1.Mengurangkan pengambilan kafein.
2.Senaman yang sesuai, tidak terlampau berat dan untuk menguatkan otot pelvis.
Ada baiknya ibu ayah mempunyai kesedaran dalam pemilihan makanan dan minuman yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak. Ini penting dengan tujuan untuk memastikan kesihatan anak berada di tahap yang baik.
Ini kerana sebagai sedia maklum, melalui pemakanan yang diambil setiap hari boleh menjadi cerminan atau kayu pengukur kepada tahap kesihatan seseorang itu.
Bahkan menurut Dr Mazliana Mazlan ada makanan atau minuman yang perlu dielakkan seperti sebagai contohnya minuman bergas. Ujarnya tidak ada baiknya seseorang itu minum air bergas meskipun dilabel sebagai ‘pilihan lebih sihat’ dan dia sangat-sangat merayu agar ibu ayah prihatin tentang itu.
Tolong jauhkan anak-anak kita dari air gula bergas macam ni.
Tak ada yang baik pun, walau ia berlabel ‘pilihan lebih sihat’.
Yang banyak, hanyalah gula. Walaupun ditulis zero kalori tanpa gula, dan diganti dengan pemanis tiruan, tetap ianya bukan untuk kita jadikan sebagai minuman anak-anak.
Gula ni, ketagih dia lebih teruk dari ambil dadah kokain. Anak akan tak suka pada rasa tawar dan kurang manis, jika lidah mereka dah terlalu biasa dengan makan minum manis.
Anak akan mudah nak reject nasi, tak nak makan buah, tak pandang langsung sayur. Sebab deria rasa mereka hanya suka yang manis-manis saja.
Sebab tu kita kena elakkan ajar anak makan yang manis-manis sangat, terutama di awal usia anak kenal makanan. Biar anak kenal manis dari buah, sayur dan makanan segar je.
5 sebab kena elakkan anak-anak dari air bergas tinggi gula, tinggi pemanis, tinggi pewarna dan perasa tiruan.
Tambah berat badan anak, jadikan anak di tahap obesiti.
Anak tak dapat nak appreciate rasa manis asli dari makanan manis semulajadi contohnya buah-buahan.
Asis fosforik dari air bergas hakiskan kalsium dari tulang, yang akan buatkan tulang anak tak kuat dan mudah patah.
Aspartame, pemanis tiruan yang banyak digunakan, beri kesan neurotoxin dan boleh rosakkan otak anak-anak.
Pewarna tiruan, contohnya pewarna karamel, sebagai salah satu bahan yang bersifat karsinogen, membawa kepada risiko kanser.
Sama-sama kita cuba ya, supaya anak tak pandang langsung air macam ni. Sebab bila mereka tahu betapa bahayanya kalau mereka dah mula minum, sampai ke hujung usia pun mereka akan cari.
Janganlah terpedaya walaupun ditulis label ada ekstrak stevia.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.