Ulser mulut merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Ulser mulut biasanya berbentuk bulat, berwarna putih atau kelabu dan bengkak.

Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit ketika hendak makan dan minum ataupun semasa memberus gigi. Dalam keadaaan ulser yang teruk, pertuturan seseorang juga mungkin dipengaruhi.

Ulser mulut boleh terjadi apabila terdapat kecederaan tergigit mulut dengan tidak sengaja atau dengan penggunaan gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna. Selain daripada itu, tabiat pemakanan juga boleh mempengaruhi kejadian ulser mulut. Makan makanan yang terlalu pedas, panas ataupun keras dan kurang minum air boleh menyebabkan tisu lembut di dalam mulut mudah mengalami kecederaan dan akhirnya menyebabkan ulser mulut.

Sebab-sebab ulser mulut yang lain ialah kekurangan vitamin B, C dan E, penggunaan sesetengah ubat-ubatan, jangkitan virus, bakteria atau infeksi kulat, penyakit sistemik dan sebagainya.

Ulser mulut bukan suatu penyakit, tetapi ia boleh menjadi petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada. Oleh itu, punca penyebab ulser mulut perlu dikenal pasti supaya rawatan dan pengendalian yang sewajarkan dapat dilakukan.

Sekiranya ulser mulut tidak sembuh atau berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi atau doktor perubatan dengan segera untuk mengenal pasti penyebab ulser.

IKLAN

RAWATAN ULSER MULUT

Nampak Biasa Ajer Ulser Mulut Tapi Jika Dibiarkan Memang Sakit! Ini Tip Nak Legakan!

Secara umumnya, tanpa rawatan, ulser mulut akan pulih sendiri dalam masa 1-2 minggu. Cara yang biasa digunakan ialah berkumur dengan air garam.
.
Namun ada beberapa ubat yang boleh digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ulser mulut ini. Ubat-ubat ni boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor. Antaranya ialah ubat gel seperti Muco Aid, Oral Aid, Bonjela dan Gingival Gel. Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik (tahan sakit).

IKLAN

Terdapat juga beberapa jenis ubat dalam bentuk pes & spray ini yang mengandungi tambahan ubat anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Ubat-ubatan ini boleh mempercepatkan penyembuhan, terutamanya jika digunakan secepat mungkin pada ketika ulser dalam mulut baru bermula. Contoh ubat adalah Oralon dan Difflam Forte. Ia akan membentuk satu lapisan pelindung dan memberi kesan melegakan ke atas ulser di dalam mulut.

Selain itu, ubat kumur juga boleh didapati. Contohnya ialah Oradex, Hexidine dan Bactidol Mouthwash. Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan pertumbuhan dan bakteria adalam mulut. Ia juga memeudahkan proses pembersihan mulut ketika kehadiran ulser.

TIPS UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA ULSER MULUT

IKLAN

Nampak Biasa Ajer Ulser Mulut Tapi Jika Dibiarkan Memang Sakit! Ini Tip Nak Legakan!

Penyembuhan ulser mulut boleh dipercepatkan dengan pengambilan makanan diet yang lembut dan pengambilan air yang mencukupi, serta mengelakkan pengambilan alkohol, tembakau dan makanan yang bergoreng atau rangup.

Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan ulser mulut daripada berlaku. Makan dan kunyah secara perlahan dapat mengelakkan kecederaan pada mulut. Penjagaan kebersihan mulut yang baik adalah penting untuk mengurangkan risiko ulser mulut.

Sekiranya anda sering mengalami ulser mulut dan keadaan ini berlarutan sehingga lebih daripada dua minggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI