Jika sebelum ini kita semua lega dan bersyukur dengan penurunan kes jangkitan covid-19 sehingga kerajaan membenarkan sektor pelancongan seperti taman tema buka untuk orang ramai dengan syarat patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Namun sedang kita meraikan tiada jangkitan terbaru, kini kita semua dikejutkan dengan berita yang menyedihkan apabila pula peningkatan kes jangkitan Covid-19. Susulan situasi ini juga telah Perdana Menteri petang tadi membuat pengumuman peringatan agar kita tetap kawal SOP.

Melalui perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia memberi maklumat bahawa wujud kluster baru dan peningkatan kes covid 19. Take Note semua! Jangan berulang kembali Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP).

Covid 19, Kes Baharu Harian Dalam Tempoh Seminggu Kini Trend Meningkat. Take Note!

IKLAN

Kes baharu harian dalam tempoh seminggu menunjukkan trend meningkat.

Orang ramai dinasihat tidak ambil mudah bagi mengelak tindakan lebih tegas termasuk melaksana kembali Perintah Berkurung.

KLUSTER RUMAH WARGA EMAS KLUANG

IKLAN

Sebuah kluster baharu telah dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor. Kes pertama kluster ini merupakan kes kematian COVID-19 yang telah dilaporkan pada 19 Julai 2020 (iaitu kes ke-8770), di mana ujian saringan COVID-19 didapati positif. Susulan itu,

siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah dijalankan.Sehingga 20 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 39 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada:
14 kes positif COVID-19; 18 adalah negatif; dan 7 masih menunggu keputusan.Daripada jumlah kes positif ini, 13 kes adalah warganegara Malaysia dan 1 warga Indonesia.

IKLAN

Kes positif kluster ini melibatkan 11 warga emas (iaitu penghuni rumah jagaan tersebut), 1 pekerja dan 1 ahli keluarga.

Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan telah dijalankan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar di pusat penjagaan tersebut. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

Nyata, dengan maklumat ini, jangan ambil mudah. Kita kena tetap menjaga SOP. Marilah kita semua ambil peduli tentang jangkitan ini agar tidak berlaku penularan supaya kita kekal selamat dari jangkitan virus ini.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI