Anak-anak ini banyak ragamnya. Tentu ia cabaran buat ibu ayah untuk mengendalikan anak-anak sebegini.
Salah satu cabaran adalah anak-anak yang sukar bangun pagi.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian ini.
5 Perkara Ini Kena Buat Setiap Kali Anak Nak Tidur.
Tak nak anak meragam atau mengamuk ketika kejut dia bangun ke sekolah buat 5 benda ni :
Ads
1. Jangan biarkan dia tidur dalam keadaan penuh gelora emosi di hatinya. Tenangkan dahulu sebelum suruh dia tidur.
2. Peluk, cium dan beri kata-kata yang baik sahaja sebelum nak tidur supaya anak tenang dan dapat tidur yang kualiti.
Ads
3. Buat sesi storytelling, bedtime story khususnya. Tapi bukan cerita yang seram-seram atau tak ada manfaat ya, sebaiknya cerita yang beri inzar. Kesedaran dan keinsafan. Bagus sebab bantu brain growth dia yang berlaku ketika tidur.
4. Minta anak berehat dan tidak terlalu aktif bermain sebelum tidur. Fizikal yang over tired boleh ganggu kualiti tidur juga. Tu yang dia mengingau atau mudah terjaga malam-malam.
5. Sentiasa amalkan doa Al-Mu’awwidzaat sebelum tidur. Doa yang terdiri dari 3 surah pendek iaitu :
Ads
– Surah Al-Ikhlas
– Surah Al-Falaq
– Surah An-Nas
InsyaAllah, lepas baca doa ni syaiton pun tak dapat ganggu tidur anak kita.
Wallahu A’lam
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanggung jawab seorang suami yakni ketua keluarga bukan sahaja menyediakan keperluan untuk anak dan isteri, tetapi dalam masa yang sama membahagiakan mereka.
Rumah tangga lebih harmoni dan aman apabila ketua keluarga memainkan peranan dengan baik. Lebih-lebih lagi jika masih ada ibu bapa yang perlu di ambil berat.
Berkahwin tidak bermakna melupakan terus tanggung jawab sebagai anak. Begitu juga jika mentua tinggal bersama, ibaratnya ibu kita sendiri dan patut mendapat layanan yang sama.
Begitu juga jika ada ahli keluarga lain yang tinggal bersama, saling melengkapi dan saling membantu menambahkan berkat dan itulah salah satu daripada rahmat dan rezeki Allah swt.
Kisah yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh ini boleh dijadikan teladan kepada mereka yang bergelar anak, suami ,menantu dan juga bapa.
Bil sampai dua hari lepas. Aku lihat jumlah, aku senyum saja. RM452.92 jumlahnya.
Belum pernah bil elektrik aku cecah sampai macam ni. Biasanya sekitar RM250-RM350 sahaja. Namun aku tidak mengeluh. Aku tahu cuaca sekarang panas.
Rumah aku pula ada 3 biji aircond. Bila panas, memang aku suruh mak mertua, adik ipar, puan isteri dan anak-anak buka sahaja aircond. Aku pasang aircond untuk keselesaan keluarga. Tak perlu takut-takut nak guna.
Soal bil letrik itu, usah risau. Aku ni ketua keluarga. Pandai la aku ikhtiar cari duit dan bayar.
Aku tak nak keluarga aku menahan diri untuk keselesaan hanya kerana risau bil melambung. Risau aku yang kena bayar mahal. Tak perlu risau bab tu. Bahkan aku cakap kat mak mertua,
“Mak. Pasanglah aircond kalau panas. Pasang je, tak apa.”
Aku risau juga mak menahan diri hanya tak nak menantu dia terbeban dengan bil.
Bil itu bukan beban mak. Bukan!
Itu apa yang aku sediakan untuk keselesaan keluarga termasuk mak dan sesiapa sahaja yang tinggal dalam rumah aku. Aku tak pernah anggap ia satu beban. Bahkan gembira apa yang kita sediakan mereka guna.
Mak memilih tinggal dengan aku ini sudah satu rahmat tidak terkira besarnya. Setiap hari ada alunan bacaan Quran dari bilik mak. Setiap hari ada doa untuk anak cucunya. Dua benda itu sahaja tidak ternilai dengan segala harta dan isi dunia.
Maka cukup bangsatlah aku jika berkira untuk sedikit keselesaan mak.
Anak-anak demam, mak jagakan. Mak tak benar hantar pengasuh kalau anak demam. Dia nak jaga. Anak aku yang sulung dan kedua pun mak yang siapkan untuk ke sekolah.
Begitu banyak jasa mak pada aku dan keluarga. Tidak terkira.
Sama juga dengan adik ipar aku. Beruntung besar aku dia nak tinggal sama. Padahal boleh saja dia tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Tapi dia memilih untuk tinggal dengan kami.
Setiap hari, dialah yang akan hantar anak sulung aku ke sekolah dan ambil anak kedua aku pulang rumah. Setiap kali aku keluar, aku rasa anak isteri selamat sebab mak dan adik ipar aku ada menemani puan isteri dan anak-anak.
Maka, apa sangat setakat kenaikan bil elektrik setakat seratus dua?
Aku ketua keluarga. Aku suami. Aku seorang ayah. Dan aku juga seorang menantu.
Itu tanggungjawab aku untuk menjaga mereka. Untuk menyediakan segala keperluan asas untuk mereka. Untuk keselesaan mereka.
Jika kau pun sama ditempat aku, janganlah kita mengeluh. Kita hadap saja dengan senyuman.
Duit boleh dicari. Kegembiraan dan keselesaan anak isteri serta keluarga itulah yang utama.
Apa yang kita belanjakan untuk anak isteri dan keluarga kita, InsyaAllah Tuhan ganti berlipat kali ganda. Percayalah!
#MFS – Kisah musim panas – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi anda yang biasa makan di luar bersama keluarga, mungkin menu ini antara yang menjadi pilihan ketika membuat pesanan.
Selain hidangannya yang ringkas, menu Telur Bungkus ini sangat membuka selera. Tetapi ada tak ibu-ibu yang cuba membuatnya sendiri di rumah tetapi tidak berjaya.
Nah, admin sertakan resipi dan cara membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Puan Azrina Ien. Inilah lauk kegemaran suaminya. Memang cukup menyelerakan. Tak payah masak lauk lain lagi pun dah cukup sedap dimakan dengan nasi.
Moga bermanfaat untuk semua. Tak payah nak order di kedai lepas ni ye.
Sebenarnya, cara buat lauk telur bungkus ini tidaklah susah. Bahan yang digunakan selalunya memang dah tersedia, terutamanya bagi anda yang kerap memasak di rumah.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN
2 biji telur
Ayam – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
Bawang besar – cincang
3 batang cilipadi
Carrot – potong dadu
Tomato – potong dadu
Bunga kobis – potong dadu
Kacang panjang
Cendawan shitake
Sos tiram
Sos tomato
*Jenis sayuran yang digunakan boleh ditambah, dikurangkan atau dipilih mengikut citarasa masing-masing.
Cara Buat Inti Telur Bungkus
1. Tumis
Mula-mula, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan Ayam & Sos
Kemudian, masukkan ayam yang telah dicincang halus. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.
3. Masukkan Semua Sayuran & Cili
Akhir sekali, masukkan semua sayuran sehingga masak. Bila dah siap, ketepikan dalam sebuah bekas lain.
Cara Bungkus Dengan Telur
MUDAHNYA!
Wah, mudah betul cara membuatnya. Rasanya tak sampai 15 minit boleh siap ni. Part bungkus telur tu mungkin kenalah hati-hati sikit kalau tak biasa. Apapun, anda di rumah kenalah mencubanya ya. Sedap tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.