Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah bercerai sejak 9 Julai lalu, namun hubungan mereka dilihat sangat baik sehingga menerima pujian warganet.

Apa tidaknya, walaupun sebelum berpisah lagi mereka dilihat tetap profesional. Malah, Nabila juga dilihat tidak kisah untuk Sahrnaaz menghabiskan masa dengan anak mereka bersama. Semuanya demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden.
“Nampak Dia Lebih Ayah Ayah, Senyum & Tenang.” Bercuti Bersama, Warganet Puji Hubungan Baik Sharnaaz & Nabila!Terbaru, menerusi perkongsian di instagram Jebat Ayden, Sharnaaz dan Nabila dilihat bercuti bersama di Langkawi. turut menyertai percutian tersebut adalah ahli keluarga Nabila. Nampak mereka bertiga cukup gembira dan bahagia menghabiskan masa bersama.

Siapa kata sudah berpisah tidak boleh duduk bersama dan berbaik seperti kawan.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersbeut tumpang gembira dengan kerjasama mereka dalam membesarkan anak-anak.

IKLAN

Malah, ada yang mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih dan bersatu kembali.
“Nampak Dia Lebih Ayah Ayah, Senyum & Tenang.” Bercuti Bersama, Warganet Puji Hubungan Baik Sharnaaz & Nabila!Sebelum ini, Nabila pernah memberitahu hubungan mereka kini lebih tenang dan matang. Malah mereka berdua sangat baik demi anak-anak.

IKLAN

“Saya dan Sharnaaz menangani masalah ini. Alhamdulillah makin lama, makin elok. Kita berkerjasama apa terbaik untuk Jayden. Saya banyak berkomunikasi dengan Sharnaaz . Kebelakangan ini lebih baik dan tenang berbanding sebelum ini banyak ketegangan.
“Nampak Dia Lebih Ayah Ayah, Senyum & Tenang.” Bercuti Bersama, Warganet Puji Hubungan Baik Sharnaaz & Nabila!Nabila dalam pada itu tidak menafikan pada awal perkahwina,n hubungannya dengan Sharnaaz agak tegang. Namun demi anak dia berdua mencapai kata sepakat berdamai. Dan kini hubungan mereka semakin baik.

IKLAN

“Kita lebih betulkan di minda dan dekat hati. Kita buang yang lepas. I taknak gaduh, taknak berdendam dengan Sharnaaz. I taknak Jebat dibesarkan dalam suasana macam itu, vibe itu. So far now, tiada lagi perkara yang menimbulkan ketegangan. I nak Jebat luangkan masa dengan ayah dia. I nampak dia lebih ayah ayah, senyum dan tenang.
“Nampak Dia Lebih Ayah Ayah, Senyum & Tenang.” Bercuti Bersama, Warganet Puji Hubungan Baik Sharnaaz & Nabila!Nabila turut mendoakan kebahagiaan Sharnaaz memandangkan Sharnaaz seorang yang manja. Dia turut meminta agar orang ramai mendoakan kebahagian dia dan juga bekas suaminya.

Sumber : TV9MALAYSIA OfficialJebat Jayden

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI