Penangan drama Cemburu Seorang Perempuan yang viral tahun lepas benar-benar mengubah kehidupan Amyra Rosli dan suaminya Amar Baharin.

Kedua-duanya memegang watak suami isteri di dalam drama adaptasi tersebut. Sementelah, Amyra sedang mengandungkan anak kedua. Begitu pun dia mengakui tidak menghadapi sebarang masalah.

Nampak Moden Tapi Amar & Amyra Sepakat Ikut Amalan Tradisional Ketika Berpantang

“Sepatutnya watak yang dipegang oleh Emma tu adalah untuk saya, tetapi waktu dapat tawaran sebelum mengandung. Jadi, saya berbincang dengan suami dan juga produksi. Jadi pihak sana setuju untuk tukar watak.

“Walaupun karekter walaupun nampak berat tapi pihak produksi tak ‘pressure’ cuma ada satu scene saya kena jerit dan menangis, sehinggakan baby dalam kandungan jadi ‘keras’.

“Semua agak panik termasuk Amar. Jadi saya diberi rehat seketika. Selepas tenang baru kembali shooting. Alhamdulillah, pengarah faham memandangkan dia seorang perempuan,” ujar Amyra ketika di temu bual ketika sesi penggambaran bersama Majalah Keluarga bertempat di Santuari Park Pantai, sebuah kediaman yang cukup menarik dengan reka bentuk moden.

Pandai seimbangkan masa

Ditanya mengenai alahan ketika mengandungkan anak kedua, jelas Amyra pengalaman terdahulu banyak mengajarnya untuk lebih kuat berbanding anak sulung dahulu.

Nampak Moden Tapi Amar & Amyra Sepakat Ikut Amalan Tradisional Ketika Berpantang

IKLAN

“Alhamdulilah kalau diikutkan ini memang kami rancang untuk menimang anak kedua untuk tahun 2020. Kebetulan pula due date saya bulan februari, kira cantik tarikh yang Tuhan kurniakan. Amar yang plan, alhamdulillah rezeki kerana memang sebelum ini kami kalau boleh nak anak sulung umur dua tahun baru rancang nak tambah anak.

“Soal teruskan lakonan tak jadi masalah kerana tahu rezeki memang ada lagi-lagi anak dah bertambah. Yang penting tanggung jawab jangan tinggal, niat dan betul serta tahu apa yang kita nak buat. Kalau kita pandai seimbangkan takkan jadi masalah,” ungkap Amyra lagi.

Beauty is pain

Mengulas mengenai kandungan kedua ini, Amyra jujur mengakui sangat menitikberatkan soal berpantang bagi menjaga kecantikan dan kesihatan.

Nampak Moden Tapi Amar & Amyra Sepakat Ikut Amalan Tradisional Ketika Berpantang

“Sebagai isteri kita kena sentiasa cantik untuk suami. Dalam masa yang sama, sebagai public figure, takkan saya nak abaikan tubuh saya tak terjaga. Jadi, saya memang mengamalkan amalan tradisional sewaktu berpantang. Mungkin orang nampak saya moden tapi saya rasa petua orang lama hasilnya menjadi.

IKLAN

“Malah lagi ramping berbanding zaman anak dara. Memang berhasil bila ikut cakap mak seperti tak minum ais, pakai bengkung, tak keluar rumah dan sebagainya. Alhamdulillah hasil memang terbaik.

“Semua orang tahu ‘beauty is pain’ tapi kalau rasa nak dapat hasil cepat dan menjaga kesihatan dan kecantikan, janganlah melanggar pantang,” seloroh Amyra yang sudah tahu jantina anaknya, manakala Amar memilih untuk tidak ambil tahu sehinggalah ‘baby shower’ nanti.

Amal pantang dan petua tradisional

Menjadi ibu muda tak susah yang penting kena bersedia dan matang. Jujur mengakui banyak ambil ilmu dari ibunya.

 

IKLAN

“Saya berkahwin pada usia 25 tahun dan dapat anak umur 26 tahun. Kini umur 28 tahun bakal menimang anak kedua. Saya banyak ikut mama macam mana jaga anak, handle rumah tangga dan dalam masa yang sama bekerja.

“Kebetulan saya tak ada pembantu rumah, jadi kena bijak bahagi masa. Kalau tak boleh set semua dalam otak, setkan dalam diari setiap aktiviti kita. Kalau disiplin dan aktiviti tersusun tak akan timbul sebarang masalah. Yang penting kena tolak ansur dengan suami dan saling membantu antara satu sama lain.

Nampak Moden Tapi Amar & Amyra Sepakat Ikut Amalan Tradisional Ketika Berpantang

“Anak sulung dulu saya agak ‘manja’ tapi yang kedua ni saya terlebih aktif, dan memang alami pendarahan seperti kandungan pertama tapi sebab ada pengalaman jadi tak cepat gelabah.

“Selain itu, saya juga ada ambil makanan tambahan yang asas sahaja untuk ibu mengandung memandangkan saya tak suka ubat banyak-banyak kerana kurang minum air.

“Sejak anak pertama lagi, saya suka mengaji dan membaca surah-surah yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Malah, petua dan segala pantang untuk ibu mengandung juga saya praktikkan kerana saya tahu pada masa akan datang ia memudahkan untuk diri saya sendiri,” ungkap Amyra lagi yang akan berehat panjang selepas bersalin seperti mana yang dilakukannya waktu anak sulung dahulu.

 

Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2020

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI