Benar apabila bergelar suami isteri ini, banyak cabarannya. Jika aturannya dilakukan dengan sempurna pastinya bahagia menjelma. Pastinya, kehidupan rumah tangga merupakan medan untuk kita suami isteri belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat.

Perkongsian oleh Firdaus Shakirin penuh tersirat. Agar rumahtangga bahagia, perlu ada tolak ansur dalam perkahwinan. Jom semak


“Nanti Kita Sakit, Siapa Yang Akan Jaga Kita.” Suami Kongsi Cerita Supaya Lebih Hargai Isteri

“Salah isteri, walau sekecil-kecil salah, kita perbesarkan…salah diri sendiri, walau sebesar-besar salah pun, kita buat tak nampak, buat tak tahu…”

Dalam rumahtangga, kenapa setiap kali bergaduh, setiap kali berbalah, isteri selalu yg kena mengalah…?

Nak kata ego, dua-dua ada ego, tapi kenapa isteri yg selalu turunkan egonya dulu lalu memilih utk mengalah?

Kadang-kadang bagi seorang isteri, lebih baik dia mengalah, walaupun dia tak salah, sebab dengan mengalahlah dia tak kehilangan org yg dia cinta, org yg dia sayang….

Kita yg dah jadi suami ni ja yg tak sedar. Yg kita tahu, kita selalu betul…teguran isteri tak nak dgr, nasihat isteri tak nak terima…

IKLAN

Isteri tu sapa nak tegur kita? Isteri tu sapa nk nasihat kita? Kita ni suami, S.U.A.M.I…ketua keluarga, cukup-cukup sempurna dah, takde cacat cela, langsung tak buat salah, langsung tak buat dosa…

Perfect!

Jangan salahkan isteri 

“Nanti Kita Sakit, Siapa Yang Akan Jaga Kita.” Suami Kongsi Cerita Supaya Lebih Hargai Isteri

IKLAN

Semua salah isteri…semua dia berdosa…

Hebat sgt ke kita ni tuan-tuan? Kita ni, kuman seberang laut kita nampak, gajah depan mata kita tak nampak tuan-tuan…Isteri cakap sikit, kita balas,

“Aah, kau tahu apa…aku tahu la apa aku buat”

Sombongnya kita, takabburnya kita…sampai isteri xbleh nak kata apa langsung, xbleh nak bersuara…itu tanda kita suami yg baik ke tuan-tuan?

IKLAN

Nanti kita sakit, siapa yg akan jaga kita? Jadi apa-apa kat kita, siapa yg akan membesarkan anak-anak kita? Kita hilang upaya, cacat, tak bleh keje, lumpuh, xbleh bangun, siapa nak cuci kencing berak kita? Siapa nak suap kita makan? Siapa nak kluar berkerja sara kita? Cari duit utk keluarga?

Tu pompuan yg selalu kita sakiti tu, yg selalu kita buat bagi menangis tu…isteri kita tu la…siapa lagi…

Time tu baru nak nangis? Nak bersyukur? Nak berterima kasih? Nak rasa menyesal? Itu pun kalau isteri masih ada lagi disisi…kalau dia dah pergi, jaga la diri sendiri.

Sumber: Firdaus Shakirin 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI