Membeli rumah untuk dihuni oleh seisi keluarga diakui bukanlah perkara yang boleh dibuat sekelip mata, perlu perancangan agar aset yang dibeli tidak membebankan kewangan apatah lagi andai bergaji kecil.
Melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini diharapkan dapat membantu. Jom semak.
7 Panduan Membeli Rumah Untuk Golongan Yang Bergaji Kecil ******************************************
Memang diakui pendapatan sesetengah orang tidak cukup untuk membeli rumah. Banyak komitmen. Contohnya nak kena bayar pelbagai kos hidup, ansuran kereta, bil utiliti dan sebagainya.
Pihak bank pula semakin berhati-hati untuk memberikan pembiayaan perumahan. Mereka hanya berikan pembiayaan kepada orang yang betul-betul mampu sahaja. Orang kerja swasta pun susah nak dapatkan pembiayaan perumahan ni.
Jadi, antara perkara yang kau boleh buat ialah;
***
1. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan
Ilmu merupakan punca utama untuk kau berjaya. Mulakan dengan belajar ilmu hartanah yang asas. Jika kau ada ilmu pengurusan kewangan, dengan sendiri kau pandai menguruskan kewangan dan hasilnya kau ada wang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah.
.
2. Tabiat Menyimpan
Ramai yang tahu menyimpan itu penting. Tetapi tak ramai yang boleh ikut. Ya. Kalau dah gaji RM1400, nak makan pun susah, menyimpan apatah lagi kan. Itu kau kena ambil inisiatif sendiri. Takkan ada orang yang boleh bantu kau melainkan kau yang bantu diri kau sendiri.
.
3. Mulakan Pelaburan
Jika kau sudah ada tabiat menyimpan duit, kau boleh melangkah untuk instrumen pelaburan yang diyakini. Banyak pelaburan yang dijamin selamat. Kau kena tahu matlamat dan risiko serta pulangan pelaburan dengan jelas. Unit Amanah ataupun ASB Financing Islamik.
.
4. Bebaskan Diri Daripada Hutang Jahat
Kebanyakan anak muda suka berhutang apabila mula bekerja. Daripada berhutang beli telefon sampailah berhutang nak kahwin. Semua nak up-to-date. Biar mewah depan mata kawan. Padahal buka dompet pun serupa tumbuk bawang. Hutang keliling pinggang.
.
5. Tambahkan Pendapatan
Perkara paling senang nak tambah pendapatan ialah menjual barang ataupun berniaga secara online. Macam jual serunding ke, kain batik, buku dan lain-lain. Dapat untung RM5 satu pun okay dah.
.
6. Beli Rumah Murah Dulu
Jangan terus nak terkam beli rumah bertanah harga RM400K. Beli dulu rumah bawah RM150K. Apartmen contohnya. Ansuran bulanan pun murah. Harga rumah akan naik setiap tahun. Bila gaji dah naik, ada kemampuan, barulah boleh cuba cari rumah yang lagi selesa.
.
7. Baiki Profil Kewangan
Ramai yang tak dapat pembiayaan perumahan disebabkan profil kewangan yang lemah. Simpanan tiada, hutang kad kredit berlambak dan hutang piutang yang lain. CCRIS barai, CTOS koyak. Jadi, tetapkan matlamat. Ambil masa setahun dua untuk baiki balik kewangan sendiri.
***
Ramai yang tersekat untuk mendapatkan deposit rumah dan susah nak dapatkan pembiayaan perumahan. Banyak cara yang kau boleh buat untuk mengatasi masalah ini. Kau perlu banyak menimba ilmu pengetahuan lagi.
Takkan sampai ke tua tak ada aset rumah sendiri. Takkan nak menyewa sampai anak dah 5? Kau kena fikirkan pelan masa depan kau sekarang.
Tengah duk lepak kedai kopi mahal, sambil hisap vape tu, cuba lah buat draft gambaran kasar perancangan kau. Tentu kau akan nampak.
Ini pandangan dan panduan aku sahaja. Kau boleh rujuk mentor dan pakar dalam bab ni. Ingat, rumah pertama tak perlu besar, nanti penat nak kemas.
Tidak mungkin ada antara kita yang tidak mahu hidup senang, duit banyak dalam simpanan dan boleh nikmatinya bila berhajat. Namun hakikatnya yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang; rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya.
Berkat usaha yang berterusan dan bijak pula mengurus kewangan yang ada, tentu sahaja kedudukan kewangan akan berada dalam keadaan yang stabil. Hal ini dikongsikan oleh seorang gadis bernama Nur Aliah Mohd Nor yang juga merupakan CEO Cheetaki Omey Sdn Bhd.
Tak sangka baru-baru ni ramai juga yang mesej Lia nak belajar menyimpan. Sejak daripada posting kereta itu la ramai juga yang tekad nak buat simpanan dengan bersungguh-sungguh dan nak belajar macam mana Lia tingkatkan simpanan walau hanya menjual produk dan servis orang.
Jadi Lia kongsikan 5 tips di sini. Moga-moga kita semua dapat praktis mulai hari ini.
1. Letakkan matlamat nak ada berapa banyak simpanan dan bila nak capai. Tahun 2015 Lia pernah conteng dekat duit RM1 jadi nampak RM1,000,000.
Dan Lia tampal dalam bilik ofis supaya hari-hari kita nampak 1 juta tu. Rasa mustahilkan? Namun jika kita betul-betul pasang impian ianya pasti boleh menjadi kenyataan.
2. Buat list komitmen kita setiap bulan. Lagi terperinci lagi bagus. Dari situ kita nampak apa perkara yang perlu dibuang dan yang perlu dikekalkan.
Contoh sebelum ni ada komitmen untuk bayar astro RM50, lepas ni boleh stop dan keluarkan dari list dah.
3. Cuba belajar berjimat cermat. Tahap berjimat cermat Lia ni sampai langsung tak kisah orang pakai handbeg apa, handphone apa. Dan Lia jenis kalau dah guna sesuatu barang itu, Lia akan guna sampai barang tu tak boleh guna dah.
Contoh selagi kasut berjalan Lia tu boleh pakai, Lia akan pakai sampai ada yang kata kasut Lia dah lusuh betul. Suruh tukar. Bila nak tukar tu pon rasa berat je sebab sayang masih boleh pakaikan. Haha.
4. Buat simpanan 30% dari gaji kita. Sebenarnya 10% sahaja. Cuma siapa nak follow Lia, memang ini la caranya. Extreme sikit.
Tapi InshaAllah ianya sangat berbaloi sebab simpanan kita akan cepat jadi banyak. Lagi-lagi siapa yang berniaga tu, Lia percaya pasti boleh buat simpanan lagi cepat dan lagi banyak.
5. Ni yang paling utama sebenarnya. Iaitu banyakkan bersedekah dan jangan lupa untuk bayar zakat juga. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak ganjaran yang Allah kurniakan. Janji kita beri itu dengan niat betul-betul ikhlas nak bantu dan nak tolong kerana Allah Taala. That’s it.
Cukuplah dulu 5 point tentang simpanan ini. Yang penting terus buat dan praktis ya.
Kawan-kawan,
Lia selalu pesan pada diri sendiri tentang ini.
Waktu kita tak ada apa-apa ini didiklah hati ini agar terus jadi orang yang humble, orang yang baik dan orang yang merendah diri. Sebab bila kita dah berjaya nanti, kita tetap jadi orang yang sama.
Jangan sombong, jangan riak dan jangan bandingkan sesiapa pon. Paling penting kita nak hidup kita ni rasa bahagia, rasa tenang, rasa damai dan rasa best sahaja.
Lia doakan agar kita semua capai money freedom, bebas dari hutang, dan simpanan kita berkepok-kepok dekat semua jenis pelaburan yang ada seperti ASB, Tabung Haji, Emas, Unit Trust dan lain-lain. InshaAllah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Seronok melihat pelbagai gelagat anak-anak kecil bersekolah. Sebagai ibu bapa tentu kita teruja untuk mengetahui apa yang anak belajar setiap hari di sekolah.
Rutin harian mengambil anak pulang dari sekolah memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertanyakan perkembangan anak tentang pelajaran mereka.
Dengan kata lain sambil membina bonding antara ibu bapa dan anak, ia juga dapat membantu anak untuk mengingat kembali apa yang dipelajari di sekolah.
Perkongsian video dari akaun TikTok @kumikakufaizul, kanak-kanak yang terkenal petah bercakap dan berpantun yang dimuat naik oleh ayahnya menarik perhatian warganet.
Kepetahan Ku Mika Ku Faizul membuat penjelasan tentang tajuk Kata Seru subjek Bahasa Melayu memang sangat mengagumkan.
Bukan sahaja mampu membuat penjelasan setiap maksud kata seru yang diajar oleh gurunya, Ku Mika juga siap bagi contoh ayat bagi setiap kata seru tersebut.
Ternyata si kecil ini benar-benar fokus semasa proses pembelajaran dalam kelas sehingga dia boleh mengingat dan menjelaskan kembali apa yang diajar oleh gurunya. Syabas, Ku Mika!
Gelagat Ku Mika memberi penjelasan pelajaran Kata Seru kepada ayahnya menarik perhatian warganet yang rata-rata kagum dan memberi pujian kepadanya.
Bahkan salah seorang yang meninggalkan komen juga merupakan guru Bahasa Melayu yang terus memberikan Ku Mika markah penuh TP6 kerana faham dengan apa yang diajar dan boleh menerangkan semula kepada orang lain dengan lengkap.
Nampaknya bukan murid sebaya Mika sahaja yang boleh faham dengan penjelasannya tetapi ramai juga dari kalangan makcik-makcik yang turut meninggalkan komen lebih faham tentang penggunaan kata seru bila dengar penjelasan Mika.
Video tersebut turut menarik perhatian seorang kaunselor bertauliah, Dr Zulkifli Hussain yang turut banyak berkongsi penulisan di media sosial.
Beliau menyatakan kekaguman dengan kelebihan yang dimiliki oleh Ku Mika untuk mengingat kembali apa yang diajar oleh gurunya.
Kagum dengan rakaman video ini ; 1) Kagum dengan kemampuan anak ini kerana mampu mengingat isi pembelajaran. Tak semua anak diberi kelebihan seperti ini.
2) Kagum dengan kepetahan anak ini berkongsi isi pembelajaran kelas Bahasa Melayu.
3) Kagum dengan didikan ibu bapa anak ini.
4) Terpaling kagum dengan cikgu BM yang mengajar anak ini. Saya boleh bayang kesungguhan cikgu ini merancang sesi pembelajaran sehingga pelajar mampu simpan isi pengajaran dalam ingatan jangka masa panjang.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.