Hidangan nasi ayam penyet sangat popular dikalangan kita. Rasanya yang pedas dengan ayam goreng berempah serta ulam dan tempe goreng menjadikan menu ini pilihan ramai.
Apa kata cuba memasak hidangan ini dirumah. Cara penyediaanya tidak sukar. Rasanya memang lazat, memang boleh lawan masakan di kedai.
Ikuti perkongsian resipi ini
Siap Memasak …Nasi Ayam Penyet
Resepi Cabai Penyet..
Ads
Bawang Besar 1Labu
Bawang Putih 3Ulas
Cabai Merah 4Biji
Cabai Melaka Hijau 20biji
Tomato 3Biji
Belacan Sikit(Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh…
Goreng Bhan2 Cabai penyet tuu..Mcm Dalam Gambar d atas..Dah layu.Toskan.. Boleh Belender@Tumbuk..Saya Tumbuk jaa.. Masukkan perasa sesedap Rasa
Aiskrim Durian Hidang Pada Tetamu. Cuaca Panas-panas Ni, Mesti Licin Tak Cukup Sorang Satu!
Seronoknya beraya selain kita dapat ziarah dan bermaaf-maafan, tidak dinafikan di musim perayaan ini macam-macam makanan kita dapat nikmati. Boleh dikatakan setiap rumah yang dikunjungi pasti ada sahaja hidangan istimewa yang dijamu.
Tidak sahaja menu utama malah siap dengan aiskrim sebagai hidangan dessert yang cukup menyegarkan tekak. Apatah lagi dengan cuaca panas waktu ini, menikmati aiskrim cukup nikmat dirasakan.
Jadi jom kita buat aiskrim durian untuk dinikmati bersama tetamu yang berkunjung dengan mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Nur Hayati Khalid.
Aiskrim Durian
Bahan-bahan:
4 cawan air
1 cawan isi durian
1 cawan susu segar atau susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar gula /gula perang
1 sudu tepung jagung
Cara buat :
1.Blender semua bahan
2.Masak sekejap dalam periuk hingga mendidih
3.Tunggu sejuk, kemudian tuang dalam plastik aiskrim
Buntu nak sediakan sarapan aap untuk keluarga? Apa kata cuba resipi yang mudah ini. Tukar sikit selera anak-anak. Kita cuba western pula tapi versi yang simple.
Jom ibu-ibu cuba resipi Roti Perancis dan Sup Ayam ini. Nampak sedap kan. Jom cuba resipi dari puan Rozita Daud ni.
Menu simply Roti Perancis dan Sup Ayam
Klu g pizza hut mesti menu nie yg sampai dulu, jom ibu2 bt kat rumah.nk makan luar x boleh baik beli bahan bt puas ank2 makan.
Bahan-bahan:
1 tin Susu cair
1 tin sup ayam
3 ulas bawang putih Di ketuk dan dicincang
1/2 biji bawang besar potong dadu
1/2 kiub ayam
Cara membuat:
Panaskan minyak, masukkn bawang putih dan bawang merah. Tunis lalu masukkan kuib. Kacau seketika.Masukkan sup ayam dan Susu cair lalu kacau.Biarkan mendidih. Letak garam kalau suka. Tak nak pun boleh.Sedikit daun sup
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
2 Sudu besar Marjerin pelangi
Roti Perancis potong dan susunRoti yang siap disapu Marjerin atas bawah, bakar 150cc selama 10 minit.Siap untuk dimakan.
Resipi Ibu Sambal Kicap ni memang sedap. Cukup enak kalau dinikmati bersama hidangan seperti Bihun Sup, Soto, Tauhu Bergedil, ikan goreng dan sebagainya lagi.
Tapi, tak semua orang pandai nak buat sambal kicap yang sedap, lebih-lebih lagi tahan lama. Jom cuba tip dan resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini. Cukup mudah tapi hasilnya letops. Cikgu nak kongsi pula resepi sambal kicap. Cikgu orang Kelantan tulen. Tapi sangat suka sambal kicap ala orang Johor ni. Cikgu suka buat jadi ibu sambal kicap simpan dalam peti. Walaupun semua orang dah tahu buat sambal ini, cikgu tetap nak bagi tips cara buat dan menambahkan kesedapan sambal kicap ini.
Nanti mudah nak cicah tauhu begedil, makan dengan soto. Haa nak buat bihun sup ringkas pun cikgu suka ada sambal kicap. Gambar sambal kicap cikgu cicah siakap goreng tu memang mengancam. Ramai kawan fb cikgu terliur. Sebenarnya cikgu tambah cili potong dengan letak bawang je guna sambal kicap sama.
Nampak betul-betul sedap kan?
Jadi cikgu nak kongsilah sambal kicap ikut gaya cikgu sendiri.
Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh tengok dekat wall cikgu okay.
Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.