Umumnya dibulan puasa ini kita akan memyediakan pelbagai menu untuk keluarga berbuka. Kadang-kadang hingga berlebih-lebih dan ini menyebabkan pembaziran.
Lantaran itu, kita perlu kreatif untuk menggunakan lebihan makanan tersebut agar tidak dibiarkan menjadi basi dan terbuang begitu sahaja.
Contohnya jika ada lebihan nasi. Selain boleh dijadikan menu masi goreng untuk bersahur, ada beberapa menu lain yang juga boleh dihasilkan daripada lebihan nasi tersebut. Ayuh kita ketahuinya!
Lama tak mendengar khabar pelakon kecil molek ini. Dalam diam-diam rupanya Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri sudahpun memiliki lima anak. Baru-baru ini penulis bertemu dengan isteri kesayangan Datuk Mohd Sumali Reduan dalam satu majlis pelancaran produk penjagaan diri bayi, Mek Kembang Baby.
“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah. Yang sulung tingkatan tiga, kedua tingkatan dua, ada juga yang bakal duduki UPSR tahun ini, ada darjah 4, darjah 1 dan juga yang bongsu setahun sebulan.
“Memang agak padat jadual dan masa saya singkat,. Sebab itu saya tak ambil tawaran berlakon dengan mana-mana penerbit. Tetapi ada juga lakonan saya di bawah terbitan sendiri drama Hero bomba. Akan ada lagi drama terbaru di bawah syarikat saya sendiri.
“Soal tak cukup masa saya tiada masalah kerana boleh uruskan sendiri. Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai dan muka akan letakkan sedikit solekan kerana kadang-kadang ada yang ajak untuk bergambar.
Ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.
“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.
“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif. Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak. Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak.
Tambahnya lagi, dalam kehidupan ini dia selalu fikir dan anggap apa yang dilakukan adalah ingin membuat yang terbaik.
“Selain berlakon, saya juga mempunyai bsines sendiri iaitu shawl selain memiliki produk kecantikan iaitu foundation dan juga serum. Nawaitu saya dalam bidang ini adalah untuk membantu ekonomi kawan-kawan serta orang lain.
“Dalam kehidupan kalau kita mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita. Jadi patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.
“Saya sendiri berkahwin dalam usia 21 tahun, saya sudah bersedia untuk jadi seorang ibu. Alhamdulillah, dalam usia 36 tahun, saya ada enam anak dan saya bersyukur kerana sejak dulu lagi saya sudah bersedia setiap kali mengandung dan memiliki anak ramai.
Sedari usia 4 tahun, Anne sudah bekerja dan akuinya masa lebih banyak bersama keluarga dibandingkan dengan orang luar.
“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.
“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama. Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best,” ujar Anne lagi sebelum menutup perbualan.
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup.” Demikian ungkapan dari wanita dan juga penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon.
Pelantun lagu Menaruh Harapan ini mengakui, nasib dunia seninya tidak seaktif dan rezeki tak sekencang dulu termasuk ketidaktentuan ujian pandemik COVID-19.
Begitu pun, dia tidak mahu mengalah. Seperti mana orang lain yang bergelut mencari rezeki, Zaiton Sameon juga rancak mempromosikan jualan rendang air tangannya sendiri.
Bisnes rendang tersebut sudah diusahakan sekitar tiga tahun lalu. Namun ia terbantut seketika sebelum ini kerana beberapa situasi terduga termasuk keadaan terbatas di era pandemik.
Ulasnya lagi, apabila sektor ekonomi kembali beroperasi dan dibuka oleh kerajaan, dia enggan berlengah dan kembali meneruskan bisnes menjual Rendang Nasib Zaiton Sameon.
“Alhamdulillah, saya pun tak boleh terus berpeluk tubuh. Duit simpanan yang ada pun bukan semakin menggunung.
“Selagi ada kudrat, saya ikhtiar meneruskan kelangsungan hidup. Syukur juga permintaan rendang pun meningkat sebab ramai sudah keluar meneruskan rutin kerja atau harian sekalipun akur tetap kena patuh dengan prosedur operasi standard,” katanya yang tinggal bersama anak angkat bernama Ika.
Katanya lagi, rendang itu sudah menjadi air tangannya sejak sekian lama.
“Kalau ada yang tanya bagaimana rasanya, saya akan beri jaminan ia sedap seperti lagu Menaruh Harapan yang melonjakkan nama ini suatu ketika dulu.
“Nak buatnya bukan mudah. Proses nak kacau rendang pun makan masa lebih enam jam.
“Proses pembuatan dan menyediakannya dilakukan di rumah adik angkat saya di Kapar, Klang,” katanya.
Kata Zaiton lagi, perkataan nasib yang digunakan pada rendang jualannya bukanlah bermaksud yang seolah olah meratap hiba.
“Perkataan nasib itu sangat subjektif. Macam hidup dan nasib saya ketika ini, mungkin ia suratan dan kitaran yang harus dilalui.
“Tak mewah macam dulu, tapi tetap rasa bahagia apa adanya,” katanya.
Dalam masa sama, Zaiton juga tidak berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengatakan dia sudah tiada tawaran nyanyian.
“Ada yang mengata saya sudah tidak laku lagi selepas berniaga rendang di media sosial.
“Namun, saya langsung tak berkecil hati atau marah kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.
“Berkaitan tawaran nyanyian, semua pun tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke fasa Pelan Pemulihan Negara, majlis atau acara berkaitan nyanyian tak dibenarkan. Jadi, secara tak langsung memang tiada tawaran.
“Apa-apa pun saya bersyukur, bisnes rendang saya tetap mendapat permintaan. Walaupun hasilnya tidaklah semewah bayaran undangan nyanyian, namun saya bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam bidang lain,” jelasnya lagi.
Boleh layari laman Instagram @real_zaiton_sameon untuk pembelian.
Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidliadha atau Raya Haji, usah lupa untuk mengambil peluang melakukan lebih amalan ibadat menjelang hari raya korban ini.
Biarpun ada antara kita belum berpeluang menunaikan ibadah haji, rukum Islam kelima pada tahun ini, namun kita masih tetap mampu mendapat manfaatnya iaitu berdoa waktu para jemaah haji wukuf di Arafah dan berpuasa Arafah.
Tinjauan daripada perkongsian beberapa media sosial, Majalah Keluarga nyatakan beberapa informasi yang berguna untuk kita siap sedia meraih pahala sempena hari wukuf pada hari ini.
Moga kita muhasabah diri menjadi mukmin terbaik.
Ikuti panduan ini:
WAKTU WUKUF, MUSTAJAB DOA
Hari ini (8/7.2022), jemaah haji wukuf di arafah lepas zuhur dan waktu di Malaysia bermula 5:27pm hingga 12:27malam.
Sila ambil kesempatan untuk berdoa untuk kejayaan dan kebaikan dunia dan akhirat.
31 PERMOHONAN DOA
Marilah kita sama-sama berdoa sempena Wukuf di Arafah In Shaa Allah
Allahhumma Shollialla Muhammad waalla’ali Muhammad
PUASA SUNAT ZULHIJJAH
PUASA TARWIYAH
(Hari Jumaat, 08 Zulhijjah / 8 Julai 2022)
PUASA ARAFAH
(Hari Sabtu, 09 Zulhijjah / 9 Julai 2022)
Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat digalakkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jemaah haji. Namun begitu, bagi jemaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 09 Zulhijjah.
Adapun yang dimaksudkan dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 09 Zulhijjah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.
Dan Puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berfikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 08 Zulhijjah, hari sebelum hari wukuf.
Alangkah banyak keberkatan dan kebahagiaan yang Allah SWT berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.
Semoga kita termasuk di dalamnya.
NIAT Doa Niat Puasa Tarwiyah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Saya niat puasa Tarwiyah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”
Do’a Niat Puasa Arafah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Saya niat puasa Arafah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”
Semoga amalan yang dikerjakan akan dapat keberkatan dan kebahagiaan dunia mahupun akhirat. Insya Allah.
Sumber: FB Perkongsian beberapa warganet & Zakat Malaysia
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.