Neelofa Rancang Ikut Suami Sambung Belajar Di Tanah Arab & Dedahkan Bilal Persekitaran Baru!

Share

Pelakon dan pengacara, Neelofa berkongsi hasratnya untuk mengikut suaminya, Haris Ismail yang ingin melanjutkan pelajaran ke tanah Arab.

Perkara tersebut dikongsikan bersama dengan pengacaranya, Amyra Rosli menerusi program Nona yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.

Dia yang yang muncul sebagai pengacara undangan sempena ulang tahun ke-38 TV3 turut memberitahu ingin mendedahkan anaknya, Muhammad Bilal kepada persekitaran baharu.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Tanah Arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.

“Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

Neelofa turut berhasrat untuk mendalami Al-Quran supaya memberi kebaikkan untuk dirinya di masa hadapan.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya. “

“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya lagi.

Ditanya perihal anak sulung iaitu Muhammad Bilal yang masih tidak didedahkan wajah comelnya, Neelofa memberikan sedikit gambaran bahawa Bilal kini lebih mirip dengan wajahnya.

“Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba-tiba macam muka saya pula,” ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN