Bila tiap-tiap hari memasak hidangan untuk keluarga, memang diakui boleh buntu juga dalam membuat pilihan menu. Mencari kelainan andai kelazimannya menyediakan hidangan berasaskan nasi dan lauk pauk Melayu, jadi hari ini kita ubah selera seisi keluarga dengan menikmati hidangan Barat yang lebih ringkas penyediaannya.
Menu yang dimaksudkan adalah Makaroni Keju Bakar. Hidangan ini sesuai dihidang pada bila-bila masa sama ada sebagai sarapan, makan tengah hari mahu pun makan malam. Apatah lagi jika anak-anak memang peminat hidangan berkeju,sah-sah menu ini akan menepati selera mereka dan buat makan bertambah.
Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Linie Azhar ini. Ianya nampak cukup menyelerakan ditambah pula apabila menggunakan pelbagai jenis keju!
Baked Macaroni & Cheese
Bahan-bahan:
2 cawan macaroni
1 labu bawang holland dipotong dadu
1 mangkuk kecil daging/ayam kisar. I guna ayam kisar dalam resepi
1 tin sos prego tradisional
Carrot, capsicum (potong dadu)
1 tin mushroom
2 sb lada hitam
2 sb mixed herbs
Ads
Sedikit minyak untuk menumis (I guna olive oil)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Cara masak macaroni :
1.Didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sb minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.
2.Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang hingga layu supaya terasa manis bawang.
3.Masukkan ayam cincang, carrot dan sedikit air. Masak hingga empuk.
4.Masukkan sos prego, mushroom & capsicum bersama garam dan gula, kacau hingga mendidih.
5.Masukkan macaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata. Biar sebentar. Tutupkan api.
Ads
Resepi Sos Putih :
4 sb butter
2 sb tepung gandum
2 cawan susu segar (boleh juga gunakan susu cair)
Secubit garam
Cara buat : Cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat supaya sebati. Masukkan susu, garam. Sentiasa kacau dengan api perlahan supaya tidak berkerak dan hangus. Kacau sehingga menjadi creamy. Tutupkan api.
Ads
Bahan lain :
Mozarella cheese parut
Cheddar cheese
Parmesan cheese
Cara penyediaan :
1.Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang dengan butter.
Masukkan macaroni ke dalam loyang tadi. Curahkan sos putih di atasnya secara merata. Tabur semua cheese.
3.Bakar hingga masak mengikut oven masing-masing. (Oven i suhu 160’C selama 30 minit)
Daun parsley ini antara herba yang paling popular di negara barat berbanding daun sup. Ianya banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pasta dan spagetti serta sebagai hiasan sajian yang istimewa.
Manakala aromanya yang segar memberikan rasa hidangan menjadi lebih berempah dan enak untuk dinikmati.
Salmon Grill
Spagetti aglio olio yang cukup menyelerakan.
Jadi tidak hairanlah, bagi penggemar masakan Barat pasti akan sentiasa ada stok daun parsley di rumah.
Namun bagi kita yang sekali sekala menyediakan masakan Barat sepertinya itu, apa perlu dibuat jika terdapat lebihan daun parsley ini?
Ketahui cara terbaik untuk menyimpannya sebagaimana yang dilakukan oleh Mamak Haji di dalam facebooknya yang sudi berkongsi tip bagaimana untuk menyediakan parsley kering. Jom semak!
Langkah Demi Langkah
1. Leraikan daun parsley daripada tangkainya.
2. Cuci dan keringkan seketika.
3. Masukkan di dalam oven dan keringkan. Jangan sampai terlalu garing.
4. Hancur-hancurkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
banyak petua, tips dan cara hilangkan kerak kuali dan karat periuk yang semakin menebal itu. Dengan cara yang dikongsikan ini anda pasti berpuas hati apabila karat kuali anda yang hitam berkarat dan periuk anda itu akan berkilat seperti baru selepas mengikuti tips ini.
Before & after. Bajet Bawah RM5 je dah boleh bg kuali nampak baru balik. Span ni beli kat Mr. Diy harga RM4.
Sental dgn air sabun je bagi smooth. Buat ni tak sampai 10 minit. Dia senang gila tanggal. Takpayah pakai berus dawai besi dah.
Kredit: hsaytoc
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyental periuk atau kuali adakalanya membuatkan ibu-ibu kepenatan. Lebih-lebih lagi jika ada buat makan-makan atau kenduri kendara. Bgai ibu-ibu yang tidka boleh tengok kuali atau periuk hitam, memang akan sehabis daya menyentalnya sehingga puas hati.
Namun, ia mengambil masa yang lama dan kena gunakan tenaga yang lebih. Maklumlah sebab nak menyental hingga periuk jadi putih dan berkilat.
Sebenarnya ada banyak cara untuk kilatkan periuk ini paling pantas. Paling penting ianya mujarab dan berkesan mengilatkan periuk yang kita gunakan. Soalnya bagaimana? Ikuti langkah ini.
Bahan-bahan:
Asam Keping
Periuk atau bekas besar
Mulakan dengan mendidihkan air di dalam periuk lain atau bekas yang besar. Pastikan lebih besar daripada periuk yang anda hendak cuci.
Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam air mendidih.
Bila mendidih, tutup api dan masukkan periuk yang hendak di basuh ke dalamnya.
Biar sekejap hingga 10 minit.
Angkat dan gosok hingga bersih.
Cuci dengan air bersih hingga berkilat.
Hasilnya periuk akan lebih mudah dibersihkan malah berkilat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di