Pernah viral kerana pendiriannya yang mahu memberi bantuan seorang ibu yang terpaksa mencuri ubat demam anak ekoran terdesak masalah kewangan.
Tindakannya, membuatkan ramai warganet sebak. Malah sejak peristiwa itu, beliau menjadi pegawai polis yang menjadi idola buat warganet.
Terbaharu, menerusi seorang lelaki, mengucapkan tahniah kepada Tuan Nik Ezanee Diatas Kenaikan Pangkat Ke SAC JENAYAH SELANGOR.
Khabar ini, ramai warganet mengucapkan tahniah.
Semoga terus memberikan khidmat terbaik kepada negara terutama negeri Selangor.
Ads
Tahniah Nik Ezanee , naik pangkat Senior Asisten Komisioner (satu bintang) sekaligus menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) Selangor yang baru!
Terima kasih kerana menjaga Petaling Jaya dengan begitu baik sekali.
Terima kasih kerana membuatkan taukeh-taukeh judi bertempiaran, taukeh dadah susah cari makan, kedai game hilang tanpa dikesan.
Teruskan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis, teruskan amalan bersolat Subuh di pejabat seperti yang Tuan amalkan selama ini.
Solat adalah amalan yang dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT. Di samping itu,kita semua digalakkan untuk melakukan solat taubat. Namun, untuk melakukan amalan ini kita perlu tahu cara yang betul. Sebagaimana yang dijelaskan oleh penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi persoalan yang ditanya di facebooknya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BACAAN SOLAT TAUBAT
SOALAN :
Surah apakah yang perlu kita baca selepas baca fatihah pada solat taubat dan apakah doanya?
JAWAPAN :
Selepas membaca fatihah ketika mengerjakan solat sunat taubat adalah harus membaca sebarang surah yang dia suka.
Dan kata setengah ulamak afdhal dia membaca surah Al-Imran ayat ke 135 dan 136 kerana hadith Sayyidina Abu Bakar r.a. yang diriwayatkan olih Abu Daud dan Tirmizi.
Sebarang doa bolih di baca selepas menunaikan solat sunat taubat dan yang paling afdhal ialah doa yang mengandungi maksud memohon ampun kepada Allah atas kesalahannya itu.
Dari Abu Darda’ r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda :
من توضأ فأحسن الوضوء ثم قام فصلى ركعتين أو أربعا، مكتوبة أو غير مكتوبة، يحسن فيهن الركوع والسجود ثم استغفر الله غفر له
Artinya : ”Siapa yang berwuduk dan dielokkan wuduknya itu kemudian berdiri ia sembahyang dua rakaat atau empat rakaat wajib atau sunat dan rukuk dan sujud ia dengan sempurna kemudian meminta keampunan kepada Allah nescaya akan diampunkan baginya.”(Riwayat At-Tabarani)
wallahua’lam
TAMBAH DOA DALAM SOLAT
SOALAN :
Antara tempat yang digalakkan berdoa di dalam solat ialah didalam sujud dan ketika membaca tahyat akhir sebelum salam.
Soalan saya adakah boleh kita menambah doa selepas membaca doa dari Nabi dengan doa kita sendiri seperti meminta anak-anak lulus dalam peperiksaan?
JAWAPAN :
Doa yang paling afdhal dibaca olih seorang samada di dalam solat atau diluarnya adalah doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith.
Akan tetapi harus seorang itu berdoa dengan selain doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith yaitu apa sahaja doa yang dia suka sekalipun meminta perkara yang berkait dengan dunia dengan syarat dalam bahasa arab.
Berkata Imam Nawawi :
ولا يجوز ان يخترع دعوة غير مأثورة ويأتى بها العجمية بلا خلاف وتبطل بها الصلاة بخلاف ما لو اخترع دعوة بالعربية فانه يجوز عندنا بلا خلاف
Artinya : “Dan tidak harus membuat doa yang bukan terdapat dalam Quran dan sunnah dan membacanya dengan selain bahasa arab tanpa khilaf dan batal solat dengan sebab membacanya. Tetapi jika dibuatnya doa dalam bahasa arab maka hukumnya adalah harus disisi kami tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)
Kesimpulan
Harus membaca sebarang doa di dalam solat samada doa yang terdapat di dalam Quran dan hadith atau doa-doa yang lain.
Tidak boleh membaca doa yang bukan bahasa arab didalam solat dan jika dibacanya maka ia membatalkan solat.
wallahua’lam
*Boleh tambah doa dalam bahasa melayu tetapi dalam hati ketika sujud.
Isteri mana yang tak bangga dan bersyukur dikurniakan suami dan ketua keluarga yang bertanggung jawab. Bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga biarpun terpaksa berpenat lelah.
Demikian luahan hati isteri kepada pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik yang cukup terharu dengan pengobanan suaminya yang sentiasa bekerja keras untuk keluarga mereka.
Menurut Diyana, dia berasa sangat beruntung kerana mempunyai suami seperti Aaron dan berharap anak-anaknya memahami situasi bapanya.
Diyana meluahkan rasa terima kasihnya menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulilah… Sebagaimana kita para isteri ingin dihargai, suami kita juga patut dipeluk dan berterima kepadanya atas semua kebaikan dan kerja keras mereka. Semoga Allah sentiasa menjaga suamiku dari segala bahaya.
“Dua hari yang lalu dia pulang dari kerja dan MeleTOP, kelihatan sangat letih sampai nak makan pun dia tidak dapat membuka matanya.
“Saya harap anak-anak kita akan menghargai bapa mereka. Anak-anak, mohon memahami keadaan bapa kamu apabila dia letih, faham ketika dia berkata tidak, faham ketika dia tidak dapat mengambil kamu dan faham jika apa sahaja yang dia lakukan semuanya adalah untuk keluarga.
“Terima kasih. Sayang awak. @aarondwiaziz. Satu-satunya perkara yang lebih baik daripada mempunyai awak sebagai suami adalah anak-anak kita mempunyai awak sebagai bapa mereka. Alhamdulilah, terima kasih Allah S.W.T,” tulisnya.
Aaron dan Diyana mendirikan rumah tangga pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Detik merisaukan apabila orang yang kita sayangi perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Itulah yang dihadapi oleh pelakon, Jue Aziz memaklumkan ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas bacaan darah dilaporkan naik mendadak.
Perkara ini dimaklumkan oleh Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz di laman Instagram miliknya. Keadaan tersebut hampir menyebabkan salur darah di kepala ibunya pecah dan boleh membawa maut.
“Ya Allah, ni kali ke dua mak jadi macam ni. Pertama kali pada bulan Februari. Darah beku dekat kepala disebabkan darah tinggi almost bloated dan jantung bocor nasib sempat bawa mak pergi hospital time tu dah mild stroke.
” Tadi pun sama. Kebetulan ada appointment dengan doktor hari ni untuk follow up sakit mak. Tahu-tahu je mak punya tekanan tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala. Silap-silap mak pun bole ikut abah (Al-fatihah).
“Yang bahayanya kali ni mak tiada rasa pening- pening. So, tiada hint sakit takut nanti tak sedar tahu- tahu je” tulisnya.
Bagaimanapun, Jue tetap menzahirkan rasa lega kerana ibunya itu sempat untuk berjumpa dengan doktor dan berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa agar ibunya itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa.
“Nasib masa ni abang memang nak bawak mak pergi check up if not mak sorang-sorang tak tahu apa jadi sebab tak ada tanda-tanda pening atau apapun. Ya Allah kau lindungilah dan berikan kesembuhan pada ibu kami. Amin..
“Kadang-kadang luaran nampak kuat, sihat dan happy tapi sebalik ni semua, hanya Allah Maha Mengetahui.
” Hargailah mereka yang menyanyangi dan berkorban untuk kita selagi masih berada disisi kita. Terima kasih mendoakan mak kami. Hanya Allah dapat membalas doa-doa kalian,” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa risau selain turut memberikan kata- kata semangat buat Jue dan ibunya. Tidak dilupakan, mereka turut mendoakan supaya ibu Jue cepat sembuh.
Pada Februari lalu, ibu kepada Jue telah dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang sama.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.