Benar, kita sekadar nak kongsikan rasa gembira bila mana tengok anak dah mula pandai bergaya. Nak simpan semua momen indah dalam hidup kita. Semuanya kita muat naik dalam media sosial. Semuanya sekadar suka-suka.
Namun kita tak pernah fikir pasal bahaya. Malah kita tak pernah sedar anak kita boleh jadi mangsa! Perkongsian saudara Khairul Hakimin Muhammad ni mak ayah kena baca!
Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan aktivis yang berperang dengan mereka yang sukakan kanak-kanak dan menggunakan gambar serta apa sahaja bahan untuk dijadikan sebagai tontonan dan imaginasi lucah. Ternganga dan ianya jadi perit sangat. Berdebar ya Allah.
Saya agak terkejut dengan apa yang diperkatakan kerana kesemua perkara itu adalah benda normal yang ibu bapa akan buat kepada anak-anak dengan memuat naik dengan perasaan kasih sayang dan cinta. Biasanya kita sebagai ibu bapa ini hanya sekadar nak berkongsi kegembiraan sahaja.
Namun, dalam lebih 2 billion pengguna Facebook dan Instagram hari ini, ada lebih dari 1% yang mempunyai masalah sukakan kanak-kanak dan boleh eksploitasi mereka.
Gambar hiasan.
Gambar-gambar ini adalah dari anak-anak yang berusia 1 hari hingga 13 tahun. Malah ada yang gunakan lebih dari itu.
Ini merupakan langkah kita untuk berjaga-jaga. Elakkan dari mengambil gambar-gambar ini, dan sekiranya pernah termuat naik, delete:
1. Gambar keseluruhan badan walau berbaju.
2. Gambar tidak berbaju (tak kira lelaki atau perempuan).
3. Gambar mandi-manda di bilik air, tab, sungai atau kolam atau laut atau di mana-mana.
Ads
4. Gambar anak-anak sedang bersiap.
5. Gambar baru bangun tidur.
6. Gambar sedang tidur.
7. Gambar dari belakang badan.
8. Gambar bahagian badan seperti punggung, perut dan dada.
9. Gambar sedang memakan pisang, aiskrim, lollipop serta yang seangkatan dengannya.
10. Gambar berpeluk dengan ibu atau ayah atau sesiapa sahaja.
Ads
11. Gambar yang tidak bersedia seperti dalam keadaan terkangkang, berdiri dengan 1 kaki di atas, mengangkat tangan serta bercekak pinggang.
12. Gambar sedang berbaring.
Kawan-kawan, dari pandangan manusia normal. Ia tak beri kesan apa-apa. Namun dari seorang yang sedang sakit, atau mempunyai masalah mental tentang berkehendakkan anak-anak, ia sangat merbahaya.
Ada lebih 4,000,000 gambar anak-anak tersebar setiap bulan di media sosial dan lebih 15% digunakan sebagai bahan imaginasi lucah kepada mereka yang berhati busuk ini.
Sungguh, kita yang perlu jaga, kita yang perlu kawal.
2 jenis gambar yang sukar mereka lakukan apa-apa ialah:
1. Gambar wajah sahaja.
2. Gambar dari atas dada hingga kepala.
Ads
Beri pesanan ini kepada semua kawan-kawan, ahli keluarga dan teman rapat. Please, tak boleh endahkan, ia sebuah perjuangan besar-besaran dan kita perlu hentikan semua ini dari menyumbat mata dan jiwa mereka dengan gambar anak-anak kita sendiri.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Sepasang KASUT boleh menjadi contoh terbaik bagi pasangan suami isteri. Bentuknya sama, namun berdampingan. Waktu berjalan tidak pernah serentak tapi destinasinya sama. Tidak pernah ganti posisi, namun saling melengkapi.
Demikian juga dalam kehidupan berumah tangga. Bukan hanya berlandaskan nafsu semata-mata, tetapi tahu akan tanggung jawab dan peranan masing-masing.
Demikian yang dipraktikkan oleh Taleeb Mizad yang merupakan seorang penyanyi di dalam rumah tangganya yang sudah memasuki usia 5 tahun.
Menerusi catatannya dalam laman instagram, Taleeb mengakui orang sekarang lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti.
“Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bagi mereka yang berkahwin..” ujarnya.
Malah, beliau turut bercerita mengenai kehidupan rumah tangganya yang dulu hanya sekadar memiliki skuter. Namun rezeki Allah tak pernah salah alamat. Percaya pada ketentuanNya, menurut Taleeb selagi berusaha pasti akan ada rezeki untuk mereka.
“Ini tweet abg yg lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita. Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dgn dugaan & ujian yg Allah beri, jgn cepat melatah dgn dugaan. Allah uji hambaNya yg beriman utk tingkatkan taqwa pd Allah. .
.
“Terima kasih Allah, temukan mcm2 rezeki kepada kami dr sumber yg tak disangka. Kalau nak tahu cmne kami berjaya dpt guna vios skrg, boleh contact abg atau @juliananazarudin tentang biz shaklee, mudah2an rezeki dpt dikongsi bersama
Allah beri kita rezeki melalui pelbagai cara. Ada yang cepat, dan ada yang lmbat. Itu semua bergantung pada takdir Tuhan selagi kita yakin padaNya.
Taleeb mendirikan rumah tangga bersama Juliana Nazarudin pada 22 Jun 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla.
Jika anda penggemar teh, pastinya selepas direndam, uncangnya pasti anda buang ke tong sampah kan?
Sebenarnya, banyak manfaat yang ada pada uncang teh ini. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata , tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni :
Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh
Ambil uncang teh terpakai, letak dalam besen yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.
Menghilangkan Eye Bag
Korang rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur
Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
Tahukah anda uncang teh yang sudah diguna boleh menghapuskan bau yang tidak senang dalam peti ais ? Ya, ambil sahaja beberapa uncang teh terpakai dan letak dalam peti sejuk.
Atau jika anda mahu menyegarkan laci almari yang berbau ‘lipas’, letakkan uncang teh yang kering di dalam. Boleh gunakan uncang teh berperisa untuk bau-bauan yang lebih menarik. Begitu juga dengan kereta anda, boleh gantungkan uncang teh di dalam kereta sebagai penyegar kereta. Kemudian buatlah kira-kira berapa banyak penjimatan sebab tak payah beli penyegar berbentuk pokok tu dah.
Mengatasi masalah jerawat
gosok uncang teh pada muka anda dan biarkan seketika
Mencuci peralatan dapur
Ya, uncang Teh terpakai boleh menghilangkan kesan minyak yang melekat pada alatan di dapur. Cara seterusnya, jika bekas atau periuk dipenuhi dengan lemak, rendam sahaja dengan air panas dan letak beberapa teh uncang yang sudah dipakai. Hasilnya, lemak dan kotoran degil akan hilang !
Baja tanaman
Hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekaligus akan menyuburkan tanaman. Korang tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.
Menghilangkan Sunburn
Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.
Melembutkan Stik
Kandungan tanin dalam teh hitam juga menjadikan ia sebagai pelembut daging yang sempurna. Anda juga boleh memerapkan daging steak kegemaran dengan bancuhan teh hitam sebelum digril untuk rasa yang lebih mencengkam jiwa.
Membersihkan permaidani
Ada masanya anak terbuang air atau termuntah di atas permaidani di ruang tamu. Atau mungkin anda memelihara kucing jadi macam-macam bau akan melekat pada. Susah pula jika nak hantar ke kedai dobi. Ikut cara ini, taburkan serbuk teh yang sudah digunakan di atas karpet dan biarkan selama 15-20 minit sebelum divakum.
Sila gunakan serbuk teh yang kering ya, kalau guna serbuk teh basah nanti habis melekat warna teh di situ pula. Kalau anda gunakan serbuk teh berperisa seperti oren atau strawberi, makin wangilah karpet anda!
10 Hilangkan minyak di dalam sinki
Adakanya pinggan mangkuk anda turut berminyak dan susah nak cuci terutama jika anda masak sup daging atau menu berminyak. Uncang teh boleh membantu menjimatkan masa menyental. Penuhkan sink dengan pinggan kotor itu dengan air suam, rendamkan dua atau tiga uncang teh yang telah digunakan dan biarkan beberapa jam. Nanti minyak melekit tu senang dicuci.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lazimnya bila seseorang memberi hadiah kepada teman atau sahabatnya, itu bermakna sebagai salah satu cara untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang dan sekali gus hadiah tersebut bolehlah dijadikan kenang-kenangan.
Dan inilah yang pernah dilakukan oleh arwah Siti Sarah kepada sahabatnya Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33 dengan menghadiahkan tudung setelah mengetahui penyanyi ‘Kalis Rindu’ ini membuat keputusan untuk berhijab pada Jun lalu.
Menerusi laman Instagram miliknya, Elyana ada memuat naik satu video di mana dia memberitahu Allahyarham Siti Sarah telah menghadiahkannya tudung yang banyak kepadanya dan tudung merah yang dipakai itu juga adalah antara salah satu yang dihadiahkan oleh Siti Sarah.
Di dalam video tersebut, Elyana turut berkongsikan kenangannya manis bersama Sarah sepanjang karier nyanyian mereka bersama-sama. Ujarnya, Sarah seorang rakan yang tidak pernah lupa bertanya khabar. Bahkan, Elyana turut mendoakan supaya Allahyarham Siti Sarah ditempatkan yang terbaik di sisi Allah SWT.
Elyana juga turut menyanyikan lagu Hampa-Ari Lasso yang cukup menyentuh perasaan dan buat ramai peminatnya tersentuh hati dan berasa sedih mendengar lagu yang penuh penghayatan daripada penyanyi kesayangan mereka.
“Al Fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah.. Awak meninggalkan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama-sama membesar dalam industri.. dari remaja, sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar.. saya jual kuih, awak beli… sangat supportive. Dah la cute, pandai nyanyi, baik pulak tu! “Hari ni, saya pakai salah satu tudung yang awak bagi. Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah, sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung-tudung yang awak bagi hari-hari. I love u Sarah… Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT..,” tulisnya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.