Tragedi menyayat hati berlaku di Kampung Tasek Bakong pada Ahad apabila seorang warga emas, Bahrum Ismail, 64, ditemui maut selepas terjatuh ke dalam perigi semasa mengambil wuduk.
Insiden yang berlaku sekitar jam 6.30 pagi itu menyaksikan mangsa terkorban di dalam perigi sedalam empat meter.
Memetik laporan Sinar Harian. menurut jiran mangsa, Mohd Shamsudin Pa’Sar, 50, keluarga memaklumkan bahawa arwah sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh ketika kejadian malang itu berlaku.
“Perkara itu menjadi rutin mangsa setiap kali mahu keluar menoreh. Masa kejadian saya dalam perjalanan ke kedai untuk menjual ayam segar sebelum berhenti di hadapan rumah Bahrum kerana melihat anak-anaknya dalam keresahan.
Ads
“Sejurus tiba, anak mangsa memberitahu bapa mereka telah terjatuh ke dalam perigi,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Menurutnya, dia sempat membantu dengan menghubungi talian Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 untuk mendapatkan bantuan.
Mohd Shamsudin berkata, salah seorang anak Bahrum memberitahu dia terdengar suara bapanya ada meminta bantuan dan sempat menghulurkan tali.
Ads
Bagaimanapun katanya, mangsa sudah lemah dan akhirnya tenggelam.
Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan I Azmi Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.52 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota.
Ads
“Apabila tiba di lokasi kami mendapati mangsa tenggelam di dasar perigi. Seorang anggota telah turun ke dalam perigi tersebut untuk operasi mencari dan menyelamat.
Wanita campak bayi baru lahir dari tingkap apartmen, menangis teresak-esak di mahkamah. Keputusan akhir melibatkan seorang wanita muda yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan membunuh bayi perempuannya lima tahun lalu ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Hakim Rofiah Mohamad menetapkan 8 Ogos ini sebagai tarikh baharu untuk menyampaikan keputusan, bagi memberi ruang kepada mahkamah meneliti secara menyeluruh laporan sosial tertuduh, hujahan daripada pihak pendakwaan serta rayuan oleh barisan peguam bela.
“Selepas mendengar rayuan, laporan sosial tertuduh serta hujah daripada pihak pendakwaan, mahkamah mendapati adalah amat susah untuk membuat keputusan terhadap kes ini.
“Oleh demikian, mahkamah memerlukan masa untuk meneliti kesemuanya iaitu laporan sosial, rayuan dan hujah pendakwaan sebelum membuat keputusan terhadap kes ini.
“Maka, saya menetapkan mahkamah akan bersidang semula pada 8 Ogos ini untuk keputusan akhir kes,” kata beliau ketika prosiding berlangsung pada Jumaat.
SESI MAHKAMAH PADA AWALNYA DITANGGUHKAN SEKETIKA APABILA TERTUDUH, M SANTHIEA, 23, TIDAK DAPAT MENAHAN PERASAAN SEJURUS GAMBAR BAYI DAN BARANG-BARANG BUKTI DIKEMUKAKAN. DIA KELIHATAN MENANGIS TERESAK-ESAK DAN DITENANGKAN OLEH PEGUAMNYA, RSN RAYER, SERTA IBUNYA SEBELUM PROSIDING DISAMBUNG SEMULA.
Dalam pembelaannya, Rayer memohon agar mahkamah mempertimbangkan latar belakang tertuduh yang ketika kejadian baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di sebuah kolej swasta.
“Tertuduh telah ditahan reman selama empat bulan di penjara dan hukuman itu telah memberi satu pengajaran kepada tertuduh dan keluarga.
“Selain itu, ketika kejadian, tertuduh cuba membunuh diri selepas melahirkan bayinya kerana takut untuk menghadapi keluarganya terutama ibu bapa.
“Oleh itu, saya mohon mahkamah menggantikan hukuman penjara kepada bon berkelakuan baik berikutan tertuduh merupakan seorang pesalah muda dan telah menghadapi ‘living in hell’ akibat perbuatannya itu,” hujah Rayer.
Namun begitu, pihak pendakwaan berpendirian bahawa kepentingan awam tidak boleh diketepikan dalam kes ini, memandangkan ia melibatkan kematian seorang bayi yang baru dilahirkan.
“Bayi tersebut disahkan masih hidup sewaktu dilahirkan. Dalam mempertimbangkan kes ini, pihak pendakwaan ingin menegaskan bahawa faktor kepentingan awam perlu diberi keutamaan, memandangkan mangsa ialah seorang bayi yang tidak mampu bersuara atau mempertahankan diri.
“Sehubungan itu, hukuman yang dijatuhkan mesti mencerminkan betapa seriusnya kesalahan ini, agar menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat serta pencegahan kepada mana-mana pihak daripada mengulangi kesalahan yang sama.
“MAHKAMAH TELAH DIARAHKAN UNTUK MENELITI SEBAB KEMATIAN BAYI SERTA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KES INI. TERTUDUH DIDAPATI TELAH MEMBUANG BAYI TERSEBUT DENGAN CARA YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN, MELEMPARKAN BAYI MELALUI TINGKAT BANGUNAN. SEKIRANYA BAYI TERSEBUT DIBIARKAN HIDUP, DIA KINI BERUSIA LIMA TAHUN,” KATA TIMBALAN PENDAKWA RAYA, NURUL KHAIRIAH DAHALAAN.
Kes ini berpunca daripada kejadian pada 10 Julai 2020, apabila tertuduh didakwa membuang bayi perempuannya dari tingkap sebuah unit kediaman di Apartmen Sri Ivory, Bandar Baru Air Itam, sekitar jam 8.25 pagi. Ketika itu, dia baru sahaja melahirkan anak dan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat komplikasi serta kehilangan darah serius.
Pada awalnya, M Santhiea didakwa mengikut pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun pertuduhan itu digugurkan dan diganti dengan Seksyen 309A Kanun Keseksaan yang merangkumi kesalahan infantisid iaitu membunuh anak yang baru dilahirkan ketika mengalami gangguan fikiran akibat perubahan hormon selepas bersalin.
Jika disabit kesalahan di bawah seksyen ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Sepanjang tempoh siasatan, tertuduh ditahan reman selama empat bulan kerana tidak dibenarkan ikat jamin. Namun selepas permohonan dibawa ke Mahkamah Rayuan, dia dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM90,000 serta tertakluk kepada beberapa syarat ketat seperti larangan meninggalkan negeri dan perintah berkurung selama 12 jam setiap hari.
Mahkamah akan menyambung semula prosiding bagi keputusan muktamad pada 8 Ogos ini.
Remaja buang bayi di belakang rumah, datang Klinik Kesihatan dalam leadaan pendarahan teruk. Seorang bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui sudah tidak bernyawa di kawasan belakang sebuah rumah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar pada Ahad.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan kejadian itu terbongkar selepas seorang gadis Orang Asli berusia 18 tahun hadir ke Klinik Kesihatan dalam keadaan pendarahan teruk.
“Pihak polis menerima panggilan pada jam 5.30 petang apabila pesakit itu tiba di klinik selepas mengalami pendarahan serius pada bahagian kemaluannya.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat koyakan besar sebelum remaja itu mengaku baru sahaja bersalin sendirian di rumah.
“Dia juga memaklumkan telah bertindak membuang bayi tersebut di belakang rumahnya,” katanya dalam kenyataan.
Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis menjalankan pemeriksaan di lokasi yang dimaksudkan dan berjaya menemui bayi berkenaan. Namun begitu, bayi malang itu disahkan telah meninggal dunia.
Menurut Noor Hisam lagi, kes kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Kejam! Suami Curang Selepas 29 Jam Nikah, Influencer Buat Pengakuan. Begitulah episod duka yang dilalui wanita personaliti media sosial dikenali Kak Sue Meow mendakwa bekas suaminya berlaku curang terhadapnya selepas sehari mereka bernikah.
Oktober 2024, Kak Sue selamat mendirikan rumah tangga dengan suaminya, namun dilihat tidak berkongsikan sebarang kehidupan baru itu ke ruangan TikToknya. Sejak itu, ramai pengikutnya mula berteka-teki mengenai situasi sebenar perkahwinan mereka.
Namun Setelah lama berdiam diri, Kak Sue akhirnya mendedahkan status dirinya yang kini sudah bercerai.
Bukan itu sahaja, hubungan percintaan yang terjalin selama tujuh tahun itu musnah disebabkan oleh teman rapatnya.
“Perasaan saya bila tahu itu adalah seperti mati hidup kembali. Sangat sakit. Ia mengambil masa dan juga tenaga yang sangat banyak untuk hadam semua perkara itu.
“Alhamdulillah, sekarang ini semua sudah selesai dan saya kembali ‘single’ daripada segi undang-undang. Keadaan saya sekarang juga semakin baik termasuklah emosi saya,” katanya kepada mStar.
UPAH PENYIASAT PENSENDIRIAN
Naluri wanita membuatkan dia seakan tahu pasangannya curang terhadapnya lantas bertindak mengupah penyiasat peribadi.
“Saya tahu dia menipu kerana saya mengupah penyiasat peribadi Dalam pendedahan lanjut di TikTok, penjual sambal ini memberikan gambaran bagaimana bekas suaminya didapati mempunyai hubungan dengan bride assistant mereka.”
Lebih menyedihkan lagi, perkara mengejutkan itu diketahui olehnya kira-kira 29 jam selepas majlis pernikahan mereka berlangsung.
INAI MASIH MERAH DIJARI
Pernah minta maaf & cuba baiki selama 3-4 bulan sampailah ada perkara lain berlaku. Hati wanita mana yang tidak sedih melalui situasi begini kala inai di jari masih lagi merah. Dia berada dalam keadaan menggigil ketika mengetahui tentang hakikat pahit itu. Meskipun sempat berusaha memperbaiki keadaan selama beberapa bulan, namun akhirnya perpisahan menjadi jalan terakhir.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.