Bila ditanya pada en suami, berapa banyak sebenarnya wang yang sewajarnya diberikan kepada isteri setiap bulan, tentu jumlahnya pelbagai bukan?
Dan ini dikongsikan sendiri oleh seorang suami, bagaimana cara dan berapa nilainya. Jom baca perkongsian penuh darinya.
Nilai yang cukup untuk seorang isteri…
Bila bercakap tentang nilai yang cukup untuk diberikan kepada seorang isteri, maka agak susah sebenarnya seorang suami nak menentukan nilai tu…
RM300? RM500? RM800?
Ads
Berapa nilai yang cukup? Sebenarnya jika kita mampu bagi sampai RM1000 sebulan sekalipun, tetap tidak akan cukup…banyak mana yang dapat, banyak tu la yang habis…besar periuknya, maka besarlah keraknya…perbelanjaan tu disesuaikan dengan nilai yang dia dapat…
Sebagai contoh, suami bagi 300, dengan 300 tu isteri nak isi minyak kereta untuk hantar anak sekolah, 300 tu la nak belanja barang basah, 300 tu la nak bago duit kat anak sekolah… so cukup tak?
Mana cukup kan…
Ads
As a husband yang isteri full time housewife takde apa-apa punca pendapatan, saya tak tetapkan nilai, tak letakkan satu nilai yang wajib saya bagi…saya isi minyak kereta, saya beli barang dapur dan barang basah, yuran sekolah anak saya bayar, telefon dia saya topup, dan duit poket dia pun saya bagi…tak banyak mna pun, dalam RM50 ke 100 ja sebagai spare…
Pastu saya cakap, kalau tak cukup mintak, kalau nak pakai lebih lagi pun mintak…
Tapi tolong faham kemampuan suami…setakat mana ja yang suami ada untuk bagi…bukan semua suami mampu bagi 500 setiap bulan, mampu bagi 1000 setiap bulan…cuma kalau dia bagi, alhamdulillah…kalau tak bagi, make sure dia yang beli barang-barang keperluan, bayar bil-bil, komitmen dan sebagainya…
Ads
Duit minyak, duit bil, duit barang, duit yuran, itu asing…jangan combine sekali, lump sum dengan duit poket/duit belanja untuk isteri…sebab kalau combine, 300 memang tak cukup, 500 pun tak cukup…
Urus kewangan keluarga kita dengan bijak…InsyaAllah, bukan nilai yang akan mencukupkan hidup kita, tapi keberkatan rezeki itu sendiri…
Aura Aidilfitri semakin dirasai oleh semua umat Islam, apabila sejak semalam lagi warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.
Seronok bila dapat berkumpul semula bersama adik-beradik dan sanak saudara selepas dua tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama-sama.
Dalam pada seronok hendak beraya bersama ahli keluarga, kadangkala kita terlupa ada perbuatan atau percakapan kita tanpa sengaja boleh melukakan hati orang lain.
Hari Raya yang sepatutnya menjadi hari saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim menjadi hari saling ‘kecam-mengecam’ pula.
Selain daripada itu jangan dilupakan juga tentang COVID-19 yang masih ada lagi dalam kehidupan kita. Walaupun banyak SOP sudah dilonggarkan menjelang esok tetapi kita tetap kena jujur dalam menganalisis kesihatan diri sendiri.
Pesanan ringkas dan nampak sedikit lucu yang dikongsi oleh doktor selebriti, Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya bolehlah kita jadikan panduan bersama agar sentiasa menjaga diri sendiri, ahli keluarga dan komuniti sekeliling kita.
Semoga lebaran kali ini benar-benar membawa kenangan paling bermakna kepada kita semua selepas mengharungi pelbagai dugaan selama dua tahun memerangi COVID-19.
Selamat pulang ke kampung halaman masing2 semua. Lama tak beraya kat kampung kan? Masa Hari Raya nanti ingatlah:
❌️ Jangan keluar rumah kalau bergejala. Buat self test COVID-19
❌️ Jangan dok compare2 perkembangan anak orang lain tak boleh buat itu ini lagi. Setiap anak berbeza perjalanannya
✅️ Makanlah sedap puas2. Biasalah naik badan sikit nanti. Sebab tu panggil Hari Lebaran. Bukan Hari Kempisan/Tirusan
✅️ Bersenamlah balik lepas makan sedap banyak2 tu. Sedarlah diri sikit
Stay safe semua n jangan gaduh2 kecik hati cepat pastu viral2 kat sosial media. Kongsilah benda2 positif. Sikit2 nak viral
Selamat berLEBARan semua
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah dengar kan lagu ni, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, nyanyian P. Ramlee & Saloma.
Sedangkan lidah lagi tergigit Apa pula suami isteri Buang yang keruh ambil yang jernih Baru teguh peribadi Apa guna kita bertengkar Suami isteri harus bersabar Kasih sayang rukun dan damai…
Malah, Pepatah Melayu ini menggambarkan kehidupan alam rumah tangga tak semuanya indah. Sebab itu, kena ada sikap tolak ansur dalam rumah tangga.
Namun perkongsian oleh saudara Akhtar Syamir boleh dijadikan jika ia berlaku. Moga bermanfaat bersama.
Perkara yang perlu dielakkan ketika bertengkar.
Amarah itu sangat membinasakan. Selisih faham, perbalahan dan pertengkaran adalah lumrah di dalam kehidupan.
Ada dua kesudahan akibat dari pertengkaran. Kesudahan yang baik atau yang buruk sebenarnya bergantung kepada perkataan, ayat dan kelakuan kita sesama ianya berlaku.
Kesudahan yang pertama amat positif. Pertengkaran membuatkan perhubungan menjadi semakin rapat. Suami dan isteri tahu tahap mana yang membuatkan ianya menjadi terlampau. Ini bermakna suami atau isteri lebih mengenali diri pasangannya. Hasilnya, pasangan ini akan dapat mengelakkan pertengkaran di masa hadapan. Dengan erti kata lain, belajar dari kesilapan.
Kesudahan kedua menjadi topik penulisan kali ini. Hasil dari pertengkaran itu menjadi kebinasaan kepada perhubungan. Ianya menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Jalan penyelesaian tidak dapat dicari kerana dikaburi amarah dan telinga seperti ditutup rapat.
Ini terjadi apabila perkataan, ayat dan kelakuan yang menghancurkan digunakan semasa bertengkar.
Apakah perkataan yang beracun, membinasakan dan menghancurkan apabila digunakan pada waktu itu? Apakah kelakuan yang jika dibuat, boleh merosakkan?
1. Talak dan cerai.
– Jangan jadi bodoh. Maaf saya terpaksa berkasar. Kadang-kala perkataan ini jadi terlalu murah sehingga digunakan berkali-kali sehingga ianya seperti tiada nilai. Gaduh yang biasa pun nak guna perkataan ni. Tersalah kata, cakap cerai. Terlambat balik, cakap pasal cerai. Masak tak sedap dah cakap pasal talak. Baju tak bergosok dah cerita pasal talak. Sedangkan perkataan ini sangat berat dan bahaya.
– Kenapa ianya berbahaya, kerana kesan perkataan itu. Cerai dan talak bukanlah satu permainan. Jika dilafazkan maknanya dilafazkan. Jika tersalah lafaz sehingga talak tiga, semuanya sudah terlambat. Fikir dahulu sebelum nak guna perkataan ini. Gunakan otak yang ada dan bukannya amarah semata-mata.
2. Mengungkit kesalahan lalu.
– ini antara perkara yang paling suka dilakukan. Ianya bakal menambahkan luka yang sedang berdarah. Walaupun tidak ada kena mengena, tetapi tetap mahu diungkit kerana marah yang lama itu tidak habis-habis lagi.
– Ianya membinasakan kerana perkara yang kecil boleh menjadi lebih besar tanpa kita sedari. Mungkin pada mulanya hanya pertengkaran kecil disebabkan lambat beri fokus kepada pasangan semasa menggunakan telefon. Tetapi apabila masalah lalu diungkit, ia merebak kepada pertengkaran lama mengenai kecurangan dan lain-lain. Perkara ini amat memenatkan kerana ianya tidak akan berakhir.
3. Menggunakan kekerasan.
– Bukan hanya lelaki, perempuan juga boleh menggunakan kekerasan semasa bertengkar. Dari cakar, tumbuk, sepak, hinggalah baling barang itu dan ini.
– Hanya lelaki dayus sahaja yang memukul isterinya dan hanya isteri derhaka sahaja yang memukul suami.
– Kepercayaan terhadap pasangan juga semakin berkurang dan mungkin akan hilang. Siapa yang sanggup dipukul dan disakiti? Jika yang dipukul itu lari, mulalah terhegeh-hegeh nak beri janji dan kata-kata manis. Mungkin ada yang boleh bersabar, tetapi percayalah yang ianya tidak akan dilupakan. Pasti akan diingati sampai bila-bila.
4. Cabar-mencabar.
– Ini tak lain tak bukan datang dari amarah dan ego. Kepada yang biasa cabar-mencabar ini, percayalah yang semasa marah memang rasa kuat, memang rasa boleh hidup sendiri, tetapi jangan ketar lutut bila cabaran itu dipenuhi.
– Jika cabaran untuk memukul, pastinya ia akan mendatangkan kesakitan. Jika cabar untuk bercerai, kalau ianya betul-betul terjadi, jangan menyesal. Fikir dulu berbaloi tak kehilangan semuanya? Betul ke boleh hidup tanpa pasangan? Mampu ke tak mampu? Anak-anak macam mana? Rumah, kereta macam mana? Fikir sedalam mungkin sebelum mencabar. Jika pertengkaran disebabkan hal yang kecil sahaja, sangatlah tidak berbaloi.
5. Menunjukkan kekurangan dan kelemahan pasangan.
– Perkataan seperti “muka hodoh macam ni pun nak perasan handsome”. “Dah la tak cantik, badan pun gemuk”.
– Merendahkan pasangan apabila bergaduh membuatkan yang menerimanya bukan hanya marah, tetapi lebih dari itu iaitu sangat kecil hati. Kecil hati ini kesannya mendalam. Ianya lebih dari marah dan mendatangkan kebencian. Bila sudah dibenci, memang sukar untuk kembali baik.
6. Mengutuk dan menyalahkan ahli keluarga.
– Memang mudah untuk menyalahkan orang lain. Tetapi jangan mula salahkan ibu dan bapa pasangan. Walaupun kadang-kala mereka mungkin menjadi penyumbang kepada pertengkaran, tetapi fokuslah pada orang yang di depan mata. Anasir luar itu ialah anasir luar. Jika suami dan isteri itu yang tidak kuat, memang mudah untuk dipengaruhi orang lain.
– Menyalahkan ahli keluarga pasangan tidak akan menyelesaikan masalah. Sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu mengawal orang lain. Selesaikan masalah sendiri tanpa perlu libatkan orang lain. Jika kita tarik orang luar masuk, ianya akan menjadi lebih besar dan tidak terkawal.
– Menyamakan pasangan dengan ibu bapanya juga satu perkara yang tidak patut dilakukan. Kerana ini menunjukkan perasaan tidak hormat kepada mereka. Pastinya anak itu akan bercakap mengenai hal ini kepada ibu bapanya dan mereka pula tidak akan menghormati anda lagi.
7. Membandingkan perhubungan lalu.
– Ini sedikit terpencil kerana tidak semua orang ada lebih dari satu hubungan. Tetapi jika ada, jangan sesekali bangkitkan apabila bertengkar.
– Jika perhubungan lalu itu lebih baik, pastinya anda tidak akan berada di dalam perhubungan ini, betul tak? Jadi, berhentilah menipu diri sendiri dan membangkitkan lagi kemarahan pasangan dengan perbandingan itu.
8. Memaki hamun.
– Bodoh, bangsat dan lain-lain perkataan buruk sering digunakan oleh orang yang tidak dapat menahan kemarahannya. Lelaki dan perempuan sama sahaja dalam bab ni. Jika mulut jenis yang celupar, memang akan memaki hamun.
– Memaki hamun ini amat murah dan hina. Anda tidak akan dapat apa-apa pun dengan memaki hamun. Anda rasa puas, anda rasa macam menang, padahal semua itu perasaan untuk pujuk diri sendiri je. Sekali anda babikan pasangan, dia akan ingat sampai tua. Itu pun kalau masih bersama sampai ke tua.
9. Melepaskan kemarahan kepada anak.
– Ini tahap paling hina mengalahkan binatang. Binatang bergaduh pun tak pukul anak. Tetapi kita sering dengar anak menjadi tempat ibu bapanya melepaskan kemarahan dan menunjukkan kemarahan. Ada pasangan yang tahu, suami atau isterinya amat menyayangi anak dan mereka sengaja menyakiti anak supaya secara tidak langsung dapat meyakiti pasangan. Memang hina dan busuk orang sebegini.
10. Mengelak dan melarikan diri.
– Sudahlah buat salah, tak nak selesaikan pula. Hilangkan diri seperti keluar dari rumah atau buat tidak tahu seperti tidak ada apa yang berlaku. “Life goes on” katanya, “move on” katanya, “enough is enough” katanya. Hidup mesti terus dan sudah-sudahlah tu tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan ianya terpendam dan menyakitkan hati.
– Segala masalah yang tidak diselesaikan, bakal meletup di lain hari. Hari ini mungkin anda boleh lari, esok lusa belum tentu. Akhirnya apabila ia meletup, tiada apa lagi yang tinggal.
11. Bergaduh besar depan anak dan orang ramai.
– Ini sangat memberi kesan yang buruk. Yang paling teruknya ialah aib keluarga tidak lagi dijaga. Jika bertengkar depan anak, ia bakal memberi tanggapan tidak baik oleh anak dan boleh mendatangkan tekanan kepada mereka.
– Pasangan juga akan rasa malu dengan anak atau sesiapa sahaja. Kesan dia akan berpanjangan, bukan pada waktu itu sahaja.
TINDAKAN LEPAS BERTENGKAR
Jadi, apa yang perlu dilakukan selepas bertengkar? Jika anda mahu menampal semula luka, dan menyembuhkan hati yang lara, buatlah perkara ini.
1. Ucapan maaf yang ikhlas. 2. Berikan ruang dan masa. 3. Jangan ulangi kesilapan yang sama. 4. Bersungguh-sungguh untuk berubah. 5. Cuba ambil semula hatinya.
Amarah itu memang bahaya. Sebenarnya satu penyelesaian yang paling baik ialah sabar dan tenang. Itu sahaja. Sabar dan tenang boleh membuatkan anda nampak dengan terang, dengar dengan jelas dan berfikir dengan lebih baik. Tidak kira lah anda di tempat yang betul atau salah. Sabar dan tenang sentiasa lebih baik dari amarah.
Semoga dapat memberi ilmu dan memberi manfaat. Silakan kongsi dengan menekan butang SHARE supaya lebih banyak pasangan yang tahu mengenai hal ini dan dapat mengelakkan dari memburukkan lagi keadaan.
Jika anda berjaya baca sampai habis, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya insan terpilih sahaja yang boleh baca sampai habis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika anak dibiarkan menjadi “RAJA” di rumah, kelak sikap tersebut akan terbawa sehingga dewasa dan sukar untuk diubah.
Sebab itu juga masyarakat kini masih gagal menjaga kebersihan, masih membuang sampah merata dan tidak menjaga kebersihan tandas.
Kerana di rumah mereka sendiri, sikap tersebut tidak pernah diamalkan!
Latih anak untuk melakukan kerja rumah, biar mereka tahu tanggungjawab menjaga kebersihan. Ia juga penting untuk perkembangan dan peralihan ke alam dewasa apabila mereka mula hidup sendiri.
Sumber: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam kebanyakan rumah, waktu malam sering menjadi momen paling dinantikan selepas seharian penat bekerja, mengurus keluarga dan menyelesaikan rutin harian. Selesai sahaja makan malam bersama,...