Penyanyi Noh Salleh mengaku kehidupannya selepas berceria bekas isteri, Mizz Nina enam bulan lalu ternyata sukar untuk dihadapi.
Noh juga memberitahu dalam tempoh itu juga dia terpaksa berebut hak penjagaan anak angkatnya dengan bekas isterinya sebelum bercerai iaitu Musa.
“Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar – benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya lalui kehidupan yang sukar.
“Saya bercerai dengan isteri, kemuadiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.
Noh mengungkapkan perkara tersebut secara tak langsung ketika menjawab soalan tentang lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya di laman Instagram portal dari Indonesia.
Ads
Sejak mengumumkan penceraiannya pada Ogos lalu, Noh tidak pernah mengulas mengenainya malah cuba untuk mengelak daripada ditemu bual oleh media.
Noh kini sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya manakal Mizz Nina telah sah menjadi seornag isteri kepada rapper Amerika Syarikat keturunan Maghribi.
Noh dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan sah bercerai pada 3 Ogos 2022.
Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi laman Instagramnya berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi ketiga mereka.
Memuatnaik gambar bersama bayinya, pelumba berbasikal trek negara yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas ucapan dan doa orang ramai.
Alhamdulillah syukur. “Isteri saya selamat melahirkan cahaya mata ketiga kami pada awal siang tadi. Kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat dan berada di dalam keadaan yang terbaik.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.
Demikian perkongsian Azizulhasni menerusi kapsyen yang dimuatnaik dilaman Instagramnya.
Azizulhasni Awang mendirikan rumahtangga dengan Athiah Ilyana Abd Samat pada 20 Januari 2010. Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
Tidak dinafikan kita semua mempunyai pelbagai masalah dalam hidup. Selagi mata tak tutup, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup.
Namun, sejauh mana kita dapat mengawal sebarang masalah itulah menjadi persoalannya. Ada antara kita mempunyai masalah di tempat kerja atau masalah dengan kawan-kawan atau masalah peribadi. Semua masalah itu, jika kita ‘longgok’ dan membawanya pulang ke rumah tentu buruk impaknya buat keluarga.
Sebagaimana peringatan doktor ini yang menasihati agar kita mampu mengawal emosi dan tidak membawanya ke rumah. Tinggalkan segala ‘sampah’ itu di luar rumah. Dengan ini, hubungan dengan pasangan dan anak-anak akan lebih baik. Benar, semua orang ada masalah tetapi kita yang mengawalnya. Jadikan rumah itu, syurga untuk kita hidup bahagia. Lupakan ‘sampah-sampah’ itu di luar. Jangan biarkan ‘longgokkan’,itu menganggu hidup kita. Buang aje ‘sampah’ emosi itu. Moga kita dapat membina sebuah keluarga sakinah mawaddah
Pagi semalam kawan saya datang dengan muka muram. Sambil dia jalan pegang dahi, saya tanya dia.
“Kenapa ni bro?”
“Aku telefon makmal nak dapatkan keputusan darah pesakit. Aku baru cakap 1 ayat, dia dah marah aku. Aku tanya baik-baik, boleh pula dia jerit-jerit.”
Entah kenapa, saya terus teringat buku tulisan David J Pollay. Saya pegang bahu dia.
“Kau pernah dengar yang manusia ni ada yang macam lori sampah?”
Kawan saya gelak je, tak faham agaknya apa kaitan dengan lori sampah. Saya kata macam ni.
Ada manusia yang kita jumpa, mereka ni sama macam lori sampah. Setiap hari kerja dia ialah kutip sampah dari celik mata sampailah sebelum dia tidur.
Sampai satu masa, akan penuhlah lori sampah tu. Bila lori penuh, dia dah tak dapat nak kutip sampah baru. Sebab tu dia kena cari tempat untuk buang semua sampah tu tadi.
Lepas dia buang semua sampah tu, barulah dia rasa lega dan akan mula kutip lagi sampah-sampah yang baru. Kitaran ni akan berterusan sampai bertahun-tahun lamanya.
“Hari ni kau dah jadi tempat orang tu longgokkan semua sampah dia,” terkejut kawan saya.
“Yang penting kau jangan ambil hati, senyum dan lindungi diri supaya sampah tadi tu tak masuk dalam diri kita,” kawan saya mengangguk.
Kawal diri
Bayangkan kalau kita biarkan semua sampah tu masuk ke dalam diri kita, kita pun akan jadi tong sampah. Sama macam orang tu.
Jujurnya, saya sendiri pernah jadi lori sampah. Keluar pergi kerja, kutip semua sampah dan bawa balik ke rumah. Paling menyesal, saya longgokkan sampah tu pada anak-anak.
Balik rumah, patutnya sayang anak tapi anak jadi tempat saya luahkan rasa marah, rasa yang serabut, rasa kecewa. Lama-lama anak pun jadi tantrum dan tak nak dengar cakap. Hari-hari anak bergaduh sesama mereka dan saya fikir mereka yang teruk. Padahal saya yang bawa sampah balik ke rumah.
Satu hari saya cakap pada diri sendiri, saya dah tak nak jadi lori sampah dan tak nak longgokkan sampah pada keluarga saya lagi.
Saya cakap pada kawan saya, perasaan kita ialah kepunyaan kita. Kita yang kawal sepenuhnya.
Abaikan perkara negatif yang kita tak boleh kawal. Sebanyak mana pun lori datang dan nak longgokkan sampah, kita tetap saja kuat.
Terus fokus pada perkara yang lebih penting iaitu menjaga hati kita dari terima sampah orang lain.
Moga kita muhasabah diri untuk memberi kebahagiaan buat keluarga.
Keluhan dan kebimbangan yang dirasi tiap kali hendak berpindah ke rumah baharu sebenarnya boleh diredakan. Bukan dengan menyewa lori yang paling besar daripada itu, tetapi perlu bijak menyusun dan menyelenggarakan barang-barang yang ingin dibawa.
Memang benar, berpindah ini suatu proses yang cukup melecehkan dan boleh menyebabkan sesetengah antara kita jadi stress. Untuk itu, ada baiknya anda cuba ikuti tip yang dikongsi oleh Qayy Lori SewaMurah ini untuk pastikan proses perpindahan dapat dijalankan dengan teratur dan dalam masa yang sama boleh menjimatkan kos untuk sewaan lori.
Teknik Pengasingan Barangan
Kerja-kerja pengasingan dan pembungkusan barang perlu dibuat awal agar anda tidak terasa terbeban bila tiba waktu yang ditetapkan tiba. Untuk itu perhatikan cara yang disarankan oleh Qayy ini.
Barang Kecil
Pakaian,kasut,barang dapur,barang perhiasan,buku-buku,mainan anak-anak dan lain-lain seeloknya dibungkus dalam kotak..dan kotak seharusnya cari yg elok dan di bungkus dengan kemas.
*Tujuannya kotak senang disusun dan bole menjimatkan ruang.
Barang Besar
Almari baju,kabinet dapur,almari barang perhiasan,almari kasut,peti sejuk,mesin basuh seeloknya dikosongkan bagi tujuan memudahkan pekerja untuk mengangkat dan disusun dalam lori.
*Barang yang dibungkus dalam kotak boleh juga dimuatkan dalam almari apabila almari sudah berada di atas lori bagi menjimatkan ruang supaya dapat menyusun barang lain dengan teratur dan kemas.
Ekstra Tip
Sumber : Qayy Lori SewaMurah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di