Bila melihat anak muda yang berjaya dan dapat mencipta nama, kita sebagai ibu bapa turut terinpirasi untuk mendorong anak-anak kita juga agar dapat mencipta kejayaan buat diri mereka suatu hari nanti.
Seperti apa yang dibuktikan oleh Juara Qariah Tilawah peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut dan juga merupakan penuntut jurusan al-Quran dan Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.
Baru sahaja berusia 21 tahun dan menjadi antara sembilan individu yang dilantik sebagai Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 2021-2022 sekali gus menjadikan dirinya ikon paling muda!
Melalui perlantikan ini, Nor Farhatul Fairuzah atau mesra membahasakan dirinya Farha menyifatkan sebagai satu amanah dan menerimanya dengan hati terbuka.
Berkongsi momen menerima watikah tersebut, Farha berkongsi beberapa keping gambar di akaun instagram miliknya serta mohon didoakan agar menjadi orang yang lebih baik dan dapat berkongsi manfaat dan kebaikan buat semua.
Alhamdulillah selesai program pagi tadi, atas lantikan ikon YaYasan Dakwah Islam Malaysia , rasa tak layak diri ini sebab ramai lagi yg lebih hebat dan layak utk menyandang perlantikan ini🤲🏻 doakan farha smoga menjadi orang yg lebih baik.. dan dapat berkongsi manfaat dan kebaikan buat semua💕
.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas lantikan tersebut dan tumpang berasa bangga dengan pencapaiannya.
Setiap antara kita tentu ada sebab tertentu bila berhutang. Pun begitu andai hutang-hutang itu tidak dapat dibayar, hidup pasti rerbeban. Terasa rezeki begitu sempit.
Pengalaman ini telah dilalui oleh Puan Zarini dan mengetahui apa yang diamalkannya untuk keluar dari masalah itu, ini perkongsiannya.
Ketika saya berhutang banyak dulu, saya berhenti kerja jadi banyak hutang bank tak dapat dibayar.
Masa tu tak ada bisnes, Nama ccris tak dapat buat loan untuk bayar, tak ada tanah untuk jual, tak ada harta untuk pajak dan sebagainya.
Bisnes pun baru nak buat tak ada modal, tak ada stok, tak ada team.
Serba kekurangan saya ni. Surirumah sahaja.
Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa. tak hebat pun saya lau Allah tak bantu saya.
1. selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. Bayar hutang dulu. Sedekahkan 20 al fatihah paad mak ayah masih hidup atau sudah meninggal.
2. pagi2 lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. setiap kali sebut astaghfirullah halazim.. ampunkan aku Ya Allah. minta ampun betul2 pagi2
3. lepas tu baru dhuha. bila dhuha saya tak doa nak rezeki. masa lepas doa saya buat kesyukuran. bgtau ya Allah tima kasih bangun lagi pagi ni utk mohon ampun. ya Allah tima kasih ada suami yang baik.
4. senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyak nya. menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak
5. jaga aurat..labuhkan baju, tudung dan stokin.
6. istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyak nya rezeki.
7. saya biasanya buka enfon selepas jam 10 pg selepas saya siap 3 di atas.
8. sepanjang bekerja banyakkan zikir hasbunallahuwanikmal wakil – cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.
9. saya berhenti rehat 10 min sebelum zuhur. habiskan 1 surah pendek al waqiah sambil tunggu zuhur.
10. selepas solat amalkan
33 kali alhamdulillah
33 kali subhanallah
33 kali allahuakbar
33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad
sambung keje.
11. stop 10 min sebelum asar utk baca al mulk dan asar awal waktu.
12. bila saya amalkan ni masa saya sangaaaaat panjang. banyak benda boleh buat.dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.
13. lebihkan masa bersama keluarga selepas asar sehingga maghrib jemaah sama2 sehingga lah isyak berjemaah. Tak dapat di masjid. amalkn di rumah.
14. setiap hari amalkan sedekah walau pun singgit. masa saya susah hutang banyak..saya buat air sirap..buh dalam botol banyak-banyak dan sedekah pada orang sapu-sapu sampah. tu je saya mampu masa tu.
15. antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. sedekah ilmu.
16. saya tak mampu sedekah wang. saya ajar orang lain menjual percuma. saya nak sedekah ilmu sahaja.
17. sebelum tido amalkan 1000 istighfar mohon ampun apa kita dh buat seharian.
18. solat taubat sebelum tido. biasanya saya tido awal jam 10 mlm bangun balik jam 11 mlm sehinggalah jam 3 pagi atau saya tido jam 12 mlm bangun jam 4 pagi
19. masa ni jam 4 pagi awak tahajud minta lah dengan tepat. doa betul2 minta merayu betul2. lau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa. bila nak bayar.
20. sebelum tido minta maaf ngan suami. jaga betul2 hubungan suami isteri. lebihkan akhirat..lebihkan suami daripada bisnes.
21. paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.. duk baik2.. saling terima kurang lebih masing2. kita semua tak sempurna.
22. redha apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.
23. mula belajar. rendahkan ego. lau orang tu berjaya.pegi jumpa dia belajar. hormat guru kita.
24. sentiasa lah merendah diri. ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. bisik pada diri. kau hanya meminjam.
25. jaga orang tua. berkhidmat masa mereka masih ada. saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti keje untuk jaga arwah mak sediri.kuar masuk wad dengan dia sehingga lah mandian terakhir di pangkuan saya.
Saya tiada apa apa, surirumah sahaja. Allah yang bantu saya. Semua dengan izin Allah swt
Lebatnya buah mangga tu, macam mana jaga ye? Itu antara soalan yang sering ditanya jika anda memiliki pokok mangga yang berbuah lebat.
Sebenarnya ada cara yang boleh membantu membuatkan buah mangga lebat merimbun. Petua ini dikongsikan oleh Kak Chah menerusi grup Berkebun Di Rumah. Di dalam perkongsian yang mendapat 1.7k shared itu, kak Chah memberitahu kaedah itu adalah dari idea anaknya sendiri.
Tidak sangka tip tersebut menjadi dan pokok mangga di tepi rumahnya berbuah lebat merimbun. Sehinggakan satu dahan patah dek tak mampu menampung berat buah tersebut.
Mangga tepi rumah… Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nk tanggung dahannya…. Patah satu dahan besar plk tu. Buah plk blom cukup tua. Bagi bagikan pd jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu, bagikan pada jiran jiran juga 😄😄
Ramai yg tanya baja apa sy gunakan. Sebenarnya sy xder baja specific. Cuma anak saya bagi tip, dia terbaca satu article dr barat…
Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak terpakai dan mdpt hasil yg baik. Jadi saya cuba dan menuangkan minyak masak yg sudah xnak guna lagi spt bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam dsb sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu.
Alhamdulillah buah kali ini sgt lebat dikebanyakan tangkai dan manis. Cuma pesennya kali ini dia berbuah dahan by dahan bukan semua sekali satu pokok. Ada yg dah masak, buah muda, putik buah dan byk juga yg baru keluar bunga 😁😁
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen mendapati warganet terhibur gelagat Faruq menyakat adik perempuannya. Malah ada juga yang memuji dekorasi kediaman mereka.
Sumber: Twitter @MyrulFaruq
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.