Semalam, Abby Abadi selamat melahirkan seorang bayi lelaki tak cukup bulan ketika kandungannya baru 24 minggu. Kini, bayi tersebut terpaksa ditempatkan di NICU kerana beratnya hanya 540gram.
Prihatin dengan keadaan Abby Abadi yang masih lemah menyebabkan Memey dan Norman sepakat membantu Abby dan suaminya itu dalam menguruskan hal-hal berkaitan bayi.
Dalam Satu perkongsian, Memey memberitahu mereka berusaha memberikan susu badannya kepada bayi memandangkan susu yang dihasilkan Abby hanya sedikit.
Ads
You are the reason #BabyD ❤️ We love u so much🥰 Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany Sama2 kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye.. Tadi dtg ziarah mama,sambil2 pam susu utk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu..
Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan utk terus membesar dgn sihat.. mudah2an…mohon terus sama2 kita istiqomah utk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD ye…❤️
Sementera itu. Norman pula membantu menguruskan hal menanam uri bayi berkenaan.
Ads
Alhamdulillah settle tanam uri #BabyD on behalf of Abah @jaiezzany .Mohon terus mendoakan terutama buat #BabyD ,zuriat buat Abah & Mama @abby_abadi112 utk terus survive & sihat walafiat ye🙏🏻 .
Dalam pada itu, Abby dan suaminya turut memuat naik perkongsian mengenai bayinya yang dikatakan mempunyai masalah dalaman. Pasangan ini mengharapkan ada keajaiban buat bayi mereka selain memohon semua mendoakan bayinya.
Mohon doa kalian. Baby D kami dalamannya tak kuat. Tengah malam tadi, Dr pakar panggil suami @jaiezzany dgn Sy utk bgtau keadaan Baby, tp Sy tak kuat nk berdepan dgn Dr.. pastu Dr suruh suami duduk standby je kt hospital, jgn pergi jauh… 😫 Apapun syukur sehingga pagi ni. Terus doakan utk Baby D & Mamanya ni ye. Tak terluah dgn kata2. ALLAH Maha tau 😢🤕 . “Ya ALLAH, sekiranya anak ini baik untuk ibu dan ayahnya, Engkau pinjamkanlah Ya ALLAH. Sihatkanlah tubuh badannya, sempurnakanlah akalnya, kuatkanlah jiwanya dan teguhkanlah akidahnya” Amin ❤️ #MohonAminkan
. @Regrann from @jaiezzany – My Love dunia akhirat @abby_abadi112 . Terlalu besar pengorbanan mu sayang, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawamu . Pergorbanan yng terlalu sukar untuk dibalas…moga Allah berikan syurga untuk sayang. . Rehat ya sayang.. . Baby Boy Abah…Abah tahu baby kuat..baby nk jumpa mama, Baby nk jumpa Daiyan Dayana…baby nak jumpaAbang Kakak semua.. . Abah doakan moga Allah lindungi baby dan berikan kesihatan yang terbaik untuk baby… . Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah…dapat merasakan nikmatnya solat… . Ameen…moga Allah permudahkan . ❤️Ps; Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia 😫🤕 . Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, mcm2 berlegar difikiran. Yelah dari apa yg dibgtau oleh Doc, dari pengalaman org keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!! 😫 Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni buleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni 🙊 . Mohon ALLAH SWT bg ruang & peluang utk Sy /Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa Sy juga.. Amin 😘 #MohonDoaKalian#Doabulehmengubahtakdir
Namanya tidak pernah tercicir dari senarai 10 pelajar terbaik di sekolah. Usaha gigihnya yang sentiasa mengulang kaji pelajaran dan tidak suka membuang masa antara faktor yang membolehkan dia mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR tahun lepas.
Muhammad Zaki Mahdi bin Chamam, muncul sebagai anak Melayu pertama yang memperoleh 8A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).
“Zaki merupakan seorang yang sensitif dan boleh dikatakan manja. Selagi kerja rumah atau hasrat dia tidak saya turut selagi itu dia tidak akan berhenti berusaha. Dalam erti kata lain dia seorang yang konsisten dan tahu apa yang dia nak.
Dia juga lebih suka habiskan masa dengan membaca buku cerita pada waktu lapang. Sekiranya kami ke Ampang Point, kedai buku Popular sudah menjadi keutamaan untuk dia singgah. Selain itu, di rumah dia ada jadual belajar sendiri yang memang dia akan ikut sepenuhnya.
“Malah, dia rajin buat peta minda dengan pen warna-warni. Zaki juga gemar membaca buku cerita. Untuk memperbaiki bahasa Mandarin saya bawa dia ke kedai buku Popular dan belikan buku cerita yang dia pilih sendiri. Setiap buku cerita yang dibeli pasti Zaki akan meminta saya balut terlebih dahulu.
“Seminggu 3 kali mereka akan ikuti kelas bimbingan untuk mata pelajaran UPSR. Saya menyediakan mereka dengan pelbagai jenis kamus sebagai bahan rujukan. Saya juga beli kan buku latih tubi sebagai persediaan dan saya akan tetapkan masa seperti peperiksaan sebenar agar mereka terbiasa untuk menyiapkan soalan dalam masa yang ditetapkan. Selain dari itu saya juga menyediakan whiteboard untuk mereka gunakan sebagai alat bantuan agar dapat ajar satu sama lain,”jelas Nurhidayu ibu kepada si kembar Muhammad Aqil Mahdi dan Muhammad Zaki Mahdi ketika ditemu bual oleh Majalah Keluarga baru-baru ini.
Kembar tidak bermakna minat dan pemikiran sama. Namun satu kelebihannya mereka punya hati dan perasaan yang sama. Saling menyayangi dan tidak wujud perasaan iri hati jauh sekali cemburu biarpun salah seorang daripada mereka lebih berjaya.
“Waktu mengambil keputusan UPSR baru-baru ini, saya dari awal sudah tahu keputusan mereka kerana menerima melalui SMS. Sebagai ibu, saya rasa gembira dan terharu sehingga menitis air mata. Cuma saya kena bijak main peranan supaya tidak ada yang terasa hati. Walaupun abang tidak mendapat A dalam Bahasa Mandarin, tetapi dia seolah olah dapat menjangka yang adiknya pasti mendapat keputusan lebih baik dan dia turut rasa bangga atas pencapaian adiknya. Keputusan Zaki mendapat 8A’s juga semuanya atas izin Allah SWT. Saya selalu mengingatkan Aqil dan Zaki, UPSR hanya permulaan, mereka perlu tempuh ujian yang lebih besar lagi selepas ini. Justeru, sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan anak-anak saya akan mendapat keputusan yang cemerlang juga di PT3 dan SPM.
“Bab layanan tidak timbul soal berat sebelah kerana sejak dahulu lagi saya berusaha sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata baik abang mahupun adik. Soal gaduh itu perkara biasa nama pun adik- beradik kan. Oleh kerana mereka belajar di SJKC, setiap Sabtu dan Ahad pagi mereka akan belajar agama dan mengaji Al-Quran di Azraq Center. Selepas itu kami akan melakukan aktiviti bersama seperti bermain badminton di Sport Planet, roller blade di Taman Cabaran Putrajaya, berenang di rumah. Aktiviti seperti ini setiap minggu saya akan ganti-ganti agar mereka tidak bosan.
“Pada hujung minggu juga saya akan bawa Aqil Zaki untuk berjumpa atok dan nyang mereka di Kota Warisan Sepang. Bila di rumah atok pasti Tok Wan akan masakan kari ayam lauk kegemaran Aqil Zaki. Di sana mereka juga akan meluangkan masa bermain bersama sepupu,” ujar Nurhidayu Kamaludin sambil memberitahu anaknya gemar makan bijirin dengan susu sebelum pergi sekolah dan setiap hujung minggu dia akan bawa anak-anak ke bakery untuk memilih roti kegemaran mereka sebagai bekal sekolah.
Memegang jawatan sebagai Regional Sales Manager, GeoTeric di salah sebuah syarikat oil & gas services, Nurhidayu bagaimanapun tidak mahu kerjaya menyebabkan masanya dengan anak-anak terbatas. Bahkan, setiap kali menjelang peperiksaan baik dia mahupun suami, Chamam Zulkarnen yang bertugas sebagai Freelance Konsultant Geophysicist sentiasa menadah telinga dan membuka mata untuk anak-anak andai diperlukan.
“Satu yang penting apabila menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan adalah menyediakan pelbagai kamus supaya mereka dapat banyak manfaat daripadanya. Saya dan suami tiada pengetahuan dengan Bahasa Mandarin, jadi kami kena banyak guna kamus untuk membantu mereka. Sebab itu saya belikan pelbagai kamus kerana dapat memahami banyak perkataan baru.
“Dua minggu sebelum UPSR, ibu saya iaitu nenek kepada Aqil dan Zaki yang telah pun bersara merupakan seorang guru bahasa Melayu, turut membantu mereka mengulang kaji dalam subjek bahasa Melayu. Sehari sebelum peperiksaan, saya mengingatkan mereka untuk menelefon nenek dan atok agar mendoakan kejayaan buat mereka.
“Ketika hari peperiksaan UPSR saya memberi mereka motivasi dengan menghantar mereka ke sekolah dan teman mereka ulang kaji di dewan sekolah sehingga lah loceng berbunyi. Saya cuma berpesan, lakukan yang terbaik dan berserah pada Allah. Sekiranya panik ingat pada Allah dan berdoa lah.
“Kami tidak pernah bertanya bagaimana kertas soalan peperiksaan pada hari tersebut sehingga lah semua kertas UPSR telah selesai sepenuhnya. Yang sudah selesai tidak perlu dibicarakan. Fokus pada kertas yang seterusnya,” ujar Nurhidayu lagi sambil memberitahu anak-anaknya juga seperti kanak-kanak lain yang berminat main game dan mereka hanya boleh berbuat demikian pada hujung minggu selepas selesai kerja sekolah dan membasuh kasut.
Ditanya mengenai pemakanan untuk anak-anaknya, akui Nurhidayu selain bijirin dan susu, menu sayur antara yang wajib ada di meja makan baik siang mahupun malam.
“Sejak dari kecil mereka suka makan sayur. Sayur kegemaran mereka seperti bayam, kacang panjang, sawi dan kangkung. Susu pula minuman pilihan selepas makan malam dan sarapan mereka. Setiap minggu saya akan masak tempe dan tauhu goreng buat mereka. Selain dari itu Zaki juga suka sangat makan telur mata separuh masak. Alhamdulillah mereka pengemar sayur tetapi kurang gemar makan daging dan tidak makan seafood. Nasi goreng cina dan nasi goreng telur menjadi pilihan bila makan di luar.
“Saya jadikan waktu makan dan hujung minggu sebagai waktu bersama-sama keluarga. Oleh itu pada waktu makan malam saya akan sentiasa bertanya kegiatan dan kejadian yang berlaku seharian di sekolah. Masakan spegetti bolognise yang saya masak merupakan makanan kegemaran Zaki. Oleh itu hujung minggu saya akan hidangkan untuk mereka.
“Buah yang mereka makan hanya Buah Naga yang berwarna merah. Buah ni dari kecil mereka makan sampai lah sekarang. Kalau buah lain mereka akan makan kalau dipaksa. Kalau bab makan mereka banyak persamaan tetapi hobi sedikit berbeza, Aqil suka membaca komik dan aktiviti lasak manakala Zaki pula suka membaca buku terutama novel selain melukis.
Ditanya sama ada akan terus belajar di SJKC selepas ini, Zaki hanya menggelengkan kepala kerana dia kini sudah ada impian lain iaitu ingin menyambung pengajian di Sekolah Aminuddin Baki bersama abangnya, Aqil jika ada rezeki dan terpilih.
“Sebagai ibu, saya tidak akan memaksa mereka untuk sambung belajar di sekolah menengah cina. Saya akur dengan pilihan mereka untuk tidak sambung belajar di sekolah menengah cina. Saya sendiri telah melihat bagaimana mereka luangkan masa mengulangkaji dan cuba memahami mata pelajaran yang tidak mampu saya ajar sendiri.
“Saya cuma boleh support mereka dengan membayar kelas tambahan. Kami hanya dapat mengajar mereka subjek Bahasa Melayu dan English sahaja. Matematik dan Sains semua nya dalam bahasa Mandarin.
‘Satu lagi, saya dan suami elakkan gajet pada anak-anak. Cuma apabila mereka capai kejayaan dalam UPSR jadi saya belikan hadiah telefon kerana itu yang mereka inginkan. Cuma jika mereka mahu belajar bahasa Mandarin, saya berikan telefon saya kerana ada apps di dalamnya yang boleh membantu mereka. Malah, kami tahu siapa kawan mereka dan dengan siapa mereka bergaul. Saya suka mereka bawa kawan ke rumah, saya akan memasak dan mereka akan makan bersama.
“Alhamdullillah mereka hargai pengorbanan yang kami lalukan buat mereka. Terima kasih Zaki dan Aqil telah berusaha dan juga membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya berpesan kepada mereka agar lakukan yang terbaik untuk PT3 dan SPM agar terus mengharumkan nama bangsa Melayu,”ujar Nurhidayu lagi.
Tip belajar dari Zaki
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes penderaan adik Bella mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Lantaran itu, Tunku Ismail yang peka dengan keadaan menimpa mangsa berkenaan turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) di mahkamah.
Tunku Ismail Dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.
Justeru, undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dipinda segera bagi memastikan kes penderaan remaja perempuan sindrom down bernama Bella tidak berulang.
Baru-baru ini satu pertemuan telah diadakan TMJ bersama Datuk Seri Rina Mohd Harun, Wakil UNICEF, Amanda Bissex dan YB Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail hari ini di Royal Johor Polo Club.
Dalam pertemuan tersebut, baginda telah mencadangkan 3 langkah penting yang perlu dilakukan bagi memastikan kes-kes seperti kes Bella tidak berulang.
“Yang pertama adalah membuat Pindaan Perundangan. Penambahbaikan undang-undang semasa, seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera.
“Ia harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan, untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.
“Yang keduanya, dari sudut penguatkuasaan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan JKM atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.
“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha/pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram.
“Selain itu, kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan penglibatan UNICEF dan institusi-institusi bebas lain. Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum.
“Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” ujarnya lagi.
TMJ juga menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.
Batuk berpanjangan pastinya buat kita rasa tidak selesa. Walaupun habis sebotol ubat namun batuk masih lagi ada dan mengganggu pernafasan.
Bila diserang dengan masalah batuk berpanjangan, terasa cukup meletihkan. Sedikit sebanyak ia pasti menganggu proses pernafasan serta rutin dalam melakukan aktiviti seharian.
Melalui perkongsian Jes Tham dalam Facebook miliknya, beliau menunjukkan cara mudah dan berkesan yang dipercayai boleh menyembuhkan batuk yang berlarutan hanya menggunakan buah oren!
Menurut beliau, petua ini diperolehi daripada pakar perubatan dari negara China dan Taiwan dan sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Apa-apapun keberkesanannya bergantung pada kesesuaian individu. Namun tidak salah mencuba kan!
Caranya:
1. Potong buah oren bahagian atas dan bawah.(seperti dalam gambar)
2. Cucukkan bahagian atas buah oren tersebut dengan garpu atau chopsticks, agar garam dapat meresap dengan cepat ke dalam buah oren nanti.
3. Letakkan secubit garam pada bahagian atas buah oren tersebut dan sapu rata.
4. Kukus selama 2 jam dan minum jus tersebut.
Rasanya sedikit masin dan pahit. Buat dan minum sampai batuk berhenti.
Sumber Facebook: Jes Tham
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di