Balik kampung kadang benda yang tak best bila tidur, nyamuk datang buat rombongan datang ‘beraya’. Kalau gigit kita ok lagi, anak-anak yang kena kan dah tak comel sana sini merah. Belum lagi bila gatal kerja nak merap je suruh garu.
Nak pasang ubat nyamuk, kadang lupa beli lah, bau tak sedap lah, ada banyak asap lah! Haaa tak payah nak pening-pening kepala, ikut je cara individu ni kongsi di laman Tiktoknya. Confirm menjadi! Jom tengok bagaimana caranya…
HILANGKAN NYAMUK GUNA 1 BAHAN SAHAJA
Tidak pernah terjangka serbuk sabun yang kita gunakan untuk mencuci pakaian boleh bertindak menghalau nyamuk!
“Hanya 1 bahan ni, nyamuk hilang. Share kepada kawan-kawan yang rumah banyak nyamuk.
Ads
Cara penyediaan mudah sahaja dan tidak mengambil masa begitu lama.
Bahan-bahan:
Satu sudu serbuk sabun
Air
Dalam bekas kosong, masukkan satu sudu kecil serbuk sabun.
Ads
Tuangkan air dan kacau hingga sebati.
Letak bekas berisi air sabun ke sekeliling rumah atau di tempat yang mempunyai banyak nyamuk.
Tular di media sosial mengenai sebuah kereta yang terbakar dan seorang lelaki didakwa berjalan dengan keadaan hampir seluruh badannya terbakar.
Kejadian ngeri ini berlaku di Jalan Syed Omar, Kg Syed Omar, Kangar, Perlis. Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kangar Superitendan Wari Kiew berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa berusia 28 tahun itu merupakan pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan.
Lelaki yang melecur 96 peratus badannya selepas membakar diri dalam kereta di Jalan Kampung Syed Omar di sini semalam, meninggal dunia hari ini.
Rentetan daripada video yang tular, seorang pengguna facebook, yang dikenali sebagai Dr Syahr Musafir memberi panduan bagaimana bertindak apabila menghadapi atau melihat situasi sebegitu.
Ini tindakan kena buat
Dulu masa sertai Kedat Bomba di sekolah menengah, pernah diajar sekurang-kurangnya cara nak mematikan api pada badan mangsa itu dengan menggunakan kain/jaket, kalau ada air botol atau apa saja air boleh basahkan kain lalu selimutkan mangsa.
Paling bagus adalah gunakan pemadam api atau fire extinguisher. Spray kepada mangsa dari bahagian belakang supaya api terpadam.
Saya telefon Balai Bomba Kota Bharu pagi ini bertanya, kata pegawai bomba yang menjawab panggilan saya kita boleh beli saja pemadam api kecil dan boleh simpan dalam kereta just in case berlaku emergency seperti ini.
Boleh beli di Shopee, yang ini jenis tiada tarikh luput >> https://shp.ee/e8cajap
Dan saya beli juga jenis kedua ini >> https://shp.ee/jj2wqe7 atau >> https://shp.ee/j8ieiq7 (sekarang ada diskaun 71%)
Saya letak 2 botol pemadam api berlainan jenis dalam setiap buah kereta.
Kita beringat ketika mampu bersedia ni. Jika tak guna untuk diri sendiri, moga dapat guna pemadam api ini untuk membantu mangsa kebakaran seperti dalam video tadi.
Beberapa tahun dulu kita lihat kejadian orang ramai merakam mangsa yang sedang lemas selama beberapa minit di negara luar, sebelum akhirnya barulah ada orang cuba menyelamatkannya tetapi sudah terlambat, mangsa tak dapat diselamatkan.
Semoga kita semua dijauhkan daripada musibah sebegini, sekiranya berlaku kepada kita semoga kita dibantu dengan segera dan semoga apabila kita melihat kejadian sebegini kita akan jadi masyarakat yang prihatin yang membantu mangsa… Janganlah rakam berlebihan. Dan semoga kita tidak jadi orang yang tengok saja kejadian depan mata macam menonton babak filem.
(Maaf ye saya tak share video tu, dan gambar ini pun saya blur-kan mangsa)
DISCLAIMER: Maaf ye, saya tak salahkan perakam video ye. Posting saya ini memperingatkan saja, tentang kena bersedia (contohnya pemadam api) dan tentang membantu (tak kisahlah cara apa). Rakam video pun membantu juga ni – sebagai bukti kejadian, saksi dan sebagainya. Tiada satu apa pun yang sia-sia, ya Allah, moga Allah selalu jadikan kita manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Aameen.
Dianugerahkan anak sebagai zuriat penyambung warisan tentunya sesuatu yang cukup menggembirakan dan membahagiakan.
Lebih-lebih berganda perasaannya bila dikurniakan bukan seorang cahaya mata malah kembar sembilan sekali gus! Rasa bahagia dan syukur yang sukar untuk digambarkan.
Pun begitu tidak dinafikan bukan mudah malah semuanya berganda perlu diuruskan.
“Melahirkan seorang anak sudah cukup sukar. Inikan pula sembilan anak, tidak dapat dibayangkan,” kata Halima, ibu kepada bayi kembar sembilan yang memecah rekod dunia sebagai kembar paling ramai.
Memetik berita di Sinar Plus, difahamkan setelah melahirkan Mei lalu di sebuah di Casablanca, Morocco, Halima Cisse, 26, dan bayi-bayinya akhirnya dibenarkan pulang ke Mali.
“Sungguh mengagumkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam menjaga mereka. Saya berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras dan kerajaan Mali kerana membiayai kelahiran ini,” kata isteri kepada tentera laut, Abdelkader Arby, 35.
Daripada sembilan kembar, empat adalah lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima daripadanya adalah perempuan diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50.
Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan.
Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja.
Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean.
Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.
Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.
Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.
Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Sumber : Sinar Plus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjelang hari raya, pasti ibu-ibu sibuk buat persiapan, ada yang nak tukar langsir baru kan. Tapi satu hal yang sering buat ibu-ibu pening adalah kedudukannya yang asyik berubah.
Menerusi perkongsian febinasaputri di laman TikTok, dia pada asalnya menunjukkan keadaan perhiasan rumah itu yang seakan-akan serabut. Namun, idea bernas akhir terserlah selepas dia mempunyai cara memperbaikinya hanya menggunakan paip span.
Serabut mata tengok langsir tak reti duduk diam, mood men-deco dah kembali.
Kongsi tutorial cara pasang paip span pada langsir, moga bermanfaat kepada semua.
Menerusi perkongsian terbaharu, wanita berkenaan telah menunjukkan tutorial mudah cara memasangnya pada langsir jenis ‘Lenda’.
Caranya cukup mudah. Potong paip tersebut kepada beberapa bahagian. Kemudian, letakkan pada setiap lubang sebelum memasang kembali ke tempat asal.
Siap!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan tips yang dikongsikan wanita itu. Malah, idea tersebut turut memberikan inspirasi kepada mereka untuk menghias rumah dengan bahan yang lebih murah.