Masa itu sangat berharga hingga ada pepatah Melayu menyebut masa itu emas. Lantaran itu hanya dengan adanya masa kita berada disamping insan tersayang, itulah sebenarnya masa yang akan memberi dan mencipta memori berharga yang boleh dikenang sampai bila-bila.
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel turut terpanggil menyalurkan harapannya agar semua pihak dapat menghargai setiap waktu bersama insan tersayang agar memori yang tercipta akan menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila selagi nyawa dikandung badan.
Menurut Naim, ketika pandemik Covid-19 ini macam-macam perkara luar jangka boleh berlaku dalam sekelip mata termasuk dalam hal berkaitan hidup dan mati seseorang.
Tulisnya di hantaran twitter, “Kalian, buatlah banyak kenangan. Tangkap gambar orang yang kalian sayang, berbual dengan mereka tak kisahlah sekejap ataupun benda remeh sekali pun.
“Bagi tahu mereka yang kalian sayangkan mereka.
“Nyawa pada waktu sekarang mudah direntap tanpa amaran. Buatlah banyak kenangan.”
Selain itu menerusi hantaran berasingan di Instagram, penyanyi lagu Sumpah ini turut menzahirkan rasa sedih dan kehilangan di atas pemergian penyanyi Siti Sarah akibat Covid-19.
Ads
Turut berkongsi makluman bahawa sebenarnya lagu yang diingin oleh arwah Siti Sarah telah pun siap dicipta olehnya terlebih dahulu namun akan terus disimpan terlebih dahulu pada masa ini.
Kak, kakak memang seorang kakak, sahabat, ibu, isteri yang baik. Semua orang senang dengan kakak.
Lagu yang adik buat untuk kakak tu, adik simpan ya. Suka bila dengar kakak nyanyi lagu tu, sampai setiap rasa. Dari arwah Lok U mainkan piano, kakak nyanyi, sekarang, Allah bawa kakak balik.
Ads
Kak, rehat ya?
Mohon semua hadiahkan Al – Fatihah buat Allayarhamah @sitisarahraissuddin .
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pada zaman sekarang, ramai isteri yang bekerja malah ada yang membuat extra kerja demi untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga.
Jika dulu, isteri bekerja untuk membantu suami namun kini sudah lain jadinya. Ramai lelaki yang memilih untuk duduk di rumah dan hanya bekerja sambilan tanpa berusaha mendapat pekerjaan tetap.
Namun bagaimana dari segi hukum jika si isteri yang membayarkan zakat fitrah bagi suami yang tidak bekerja juga seisi keluarga. Ikuti penjelasan dari Mufti Selangor berhubung perkara ini.
Soalnya, bolehkah wanita seperti ini membayar zakat fitrah buat sang suami? Untuk menjawab persoalan tersebut, Mufti Selangor ada berkongsikan berkenaan penjelasannya. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti jawapannya seperti berikut:
Kewajipan membayar zakat fitrah isteri dan anak-anak adalah terletak kepada suami. Seandainya suami tidak berkemampuan, maka isteri dan anak-anak tidak diwajibkan membayar zakat fitrah walaupun isteri berkemampuan. Tidak menjadi kewajipan kepada isteri untuk membayar zakat fitrah bagi dirinya mahupun bagi suaminya sekiranya suami tidak berkemampuan. Tidak sah bagi isteri membayar sendiri zakat fitrahnya melainkan dengan keizinan suami. Tanpa keizinan suami, wang yang dikeluarkan oleh isteri dianggap sebagai sedekah biasa dan bukan zakat fitrah. Walau bagaimanapun, diharuskan kepada isteri yang berkemampuan untuk bersedekah atau menghadiahkan wang kepada suami agar suaminya mampu untuk membayar zakat diri, isteri dan anak-anaknya.
Zakat fitrah ini sebenarnya adalah sedekah yang wajib dikeluarkan oleh semua umat Islam yang cukup syaratnya. Ianya wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat fitrah ini adalah bertujuan untuk memberi makanan kepada orang miskin dan mencukupkan keperluan serta permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Macam wakil rakyat. Itulah yang dikatakan oleh wargamaya buat pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz yang membantu meringankan beban masyarakat dengan mengisi minyak motosikal secara percuma buat mereka.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini berkongsi suasana ketika dia dan suami berada di sebuah stesen minyak bagi membantu seramai 500 rider memenuhkan tangki motorsikal mereka.
Difahamkan Bellaz bermurah hati untuk menolong mereka kerana bersyukur ramai yang menyokong perniagaannya dari dulu sehingga kini.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong bisnes kecil saya. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain.
“Semua gembira, tersenyum,” katanya berkongsi.
Menurut ibu kepada empat orang anak ini, seramai 500 orang penunggang motosikal telah menerima sumbangannya.
“Ada yang beritahu saya tadi, sudah lama tak merasa isi minyak ‘full tank’. Hari ini dia dapat dan seronok kerana minyak dapat tahan lama sedikit.
“Alhamdulillah, hari ini 500 buah motosikal..penunggang semua, awak doakan saya boleh bantu ramai lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat pemurah Bellaz dan mendoakan agar perniagaan jurusolek dikenali ramai itu dilimpahkan rezeki berganda kelak.
Sebelum ini, tular kisah wanita ini yang dikenali sebagai Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari meluahkan rasa sedih kerana suaminya tidak datang menjenguk sewaktu dia melahirkan anak.
Malah dia menguruskan hal bersalin seorang diri tanpa bantuan suami di sisi. Lebih memeritkan lagi apabila dia meminta suaminya datang untuk mengazankan anak yang baru dilahirkan itu, tetapi tidak diendahkan oleh suaminya.
“Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan dan kentalkan hati. Tapi bila dekat katil air mata terus jatuh jatuh sebab cemburunya saya kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya.”
Namun baru-baru ini, kisah wanita ini kembali tular apabila dia memuatnaik hantaran sewaktu menguruskan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Cik Pia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila anak yang baru dilahirkan terpaksa dibinkan nasab Abdullah gara-gara suaminya tidak memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menerusi hantaran terbaharu Cik Pia di laman TikToknya, dia tidak dapat menahan air mata apabila anak yang baru dilahirkan terpaksa memilih 99 nama Allah untuk dibinkan telah mengundang sebak ramai.
Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya mempunyai ruang dan masa untuk melakukan siaran secara langsung di media sosial namun tidak dapat hadir ke JPN untuk mendaftarkan nama anak mereka.
“Pedih bagai dihiris hati ini..bapa masih live masih ada masa ke sana ke sini dengan “makwe” tapi untuk datang ke JPN daftarkan anak tak ada masa,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Dia yang sedih mengenangkan apabila anaknya besar nanti tidak mengenali adik beradik yang lain memandangkan suaminya mempunyai isteri lain.