Bila sebut tentang memasak, mestilah kita orang perempuan yang selalu masuk ke dapur untuk sediakan menu untuk keluarga. Biasanya kita akan pastikan menu yang dimasak bukan sahaja sedap rasanya malah kita akan ambil kira bentuk masakan itu juga agar nampak menyelerakan, sempurna dan cantik bentuknya. Maklumlah, bukan ke wanita ini begitu teliti orangnya.
Untuk itu, sekiranya sebelum ini anda pernah menyediakan kuih bom sebagai menu minum petang atau sarapan, dan keadaan ‘rupa parasnya’ mengecewakan apa kata anda cuba ikut petua yang dikongsikan oleh Marlia Lia bersama MAHN.
Jadi selepas ini, kuih bom yang dimasak bukan sahaja sedap malah cantik bentuknya dan membuatkan seisi keluarga tidak sabar untuk menjamahnya. Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS Kuih BOM kekal cantik membulat
Ads
Anda boleh mengikuti beberapa tips dibawah supaya kuih bom tidak meletup di dapur
1.Campurkan sedikit GULA ke dalam adunan tepung pulut dan tepung gandum
Ads
2. REHATkan doh 1-2jam sebelum mula menggoreng. Seelok²nya semalaman / boleh juga disimpan dalam CHILLER beberapa jam sebelum goreng.
Ads
3.Masukkan kuih ke dalam minyak yang dah CUKUP PANAS.
4. Guna api yang KECIL semasa mula masukkan kuih, dan SEDERHANA semasa kuih dah hampir masak. Bijan boleh masak garing dan tak serap minyak
5.Pastikan minyak mencukupi semasa menggoreng.. 3/4 MENUTUPI keseluruhan kuih
6.Semasa menggoreng, balik²kan kuih supaya MASAK RATA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasa segar, dingin dan nyaman pasti dirasai tatkala menikmati minuman Soda Herbs istimewa ini. Gandingan rasa yang sempurna ini sangat sesuai sebagai pembuka selera.Nak nak lagi musim panas begini memang sangat sesuai. Pasti menarik!
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hazirah Maulana menerusi laman facebooknya.
Hari tu pegi kenduri kahwin. Tuan rumah buat air ni. Aduhh sedap beb. Pekena pulak ais. Minum time panas leting ni.
Sambil beratur nak ambik air sambil mata dok belek semua bahan yang ada dalam balang air tu. Bahan bahan tengok lah gambar bawah ni.
Malam tadi mimpi air ni. Terus pegi kedai kemudian buat. Senang je buat dia. Campurkan semua bahan. Letak ais banyak. Ada rasa manis manis buah laici, rasa soda sikit, rasa masam sikit, rasa berangin sikit. Aduh malas lah nak cerita. Korang buat sendiri baru tau.
Bahan-bahan:
air aiskrim soda
1 tin laici/ longan (ambil buah sahaja)
2 batang serai (dititik)
1 biji lemon (dihiris nipis)
asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina (ikut cita rasa)
Cara membuat:
Info Ekstra:
Ais krim soda tu kalau mangkuk besar saya tu jangan lah masukkan 1 botol. Letak separuh sahaja. Kalau rasa gas sgt tak best.
Pelbagai pandangan dan luahan diutarakan selepas pihak berkuasa menetapkan pemakaian carseat di dalam kenderaan. Ini bagi memastikan keselamatan anak ketika berada di dalam kereta terjamin.
Menurut laporan, kes kemalangan jalan raya adalah pembunuh no 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.
Ironinya, Keputusan ini ada baik dan buruknya. Wanita bernama Wana Abas ini berkongsi info yang penting buat ibu bapa berkenaan pemakaian carseat.
Menurutnya lagi, info tersebut diperoleh selepas dia mengikuti taklimat bersama pihak JPJ.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat dan membantu dalam membuka mata masyarakat tentang penggunaan carseat.
Kalau cerita bakal kena kecam, tapi kalau saya tak sampaikan siapa lagi nak cerita.
Pada 10.11.19, kami wakil penjual dan pekedai mendengar taklimat garis panduan kerusi keselamatan kanak kanak/ child restraint system atau bahasa pasar orang pakai ialah child carseat.
Antara yang memberi taklimat ialah pengarah penguatkuasa JPJ, pegawai bahagian kelulusan komponen JPJ, wakil Miros dan wakil Kpdnhep.
Saya senaraikan point utama dan soal jawab pada hari tersebut
1. Jpj akan menggunakan 2 punca kuasa untuk kuatkuasa arahan “wajib menggunakan child carseat bagi kanak kanak” iaitu kaedah jpj seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child carseat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang.
2. Maksudnya bermula 1 Januari, semua child carseat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.
3. Tugas JPJ adalah memastikan child carseat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child carseat tak lulus piawai selepas ini.
4. Bagi child carseat yang masuk sebelum 1 januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman.
Jadi kalau pakai child carseat sebelum 1 januari tiada kelulusan CTA tidak akan di saman.
5. Akta child carseat ini adalah sangat sama dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu
a. tidak memakai helmet,
b. pakai helmet tapi tidak ikat
c. kesalahan memakai helmet yang tak lulus spesifikasi.
Jadi untuk carseat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai carseat. Tidaklah JPJ nak tahan tengok carseat ada lulus CTA ke tiada ke. Janji anak duduk atas carseat.
6. Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai carseat sebab kena saman RM300. Carseat dalam RM300 juga. Baiklah beli carseat dari kena saman.
7. Kerajaan kena juga kuatkuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah pembunuh no 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.
Pada pendapat saya, perjuangan kesedaran penggunaan carseat sama macam pejuangan penyusuan di Malaysia.
Kempen dan kuatkuasa perlu dimulakan sekarang kerana ambil masa lama untuk didik dan kesan kesedaran akan nampak 10 tahun akan datang.
Ini antara soalan biasa didengar.
Kenapa kena pakai child carseat?
Kerusi kereta sekarang memang tidak dicipta untuk membawa bayi. Bayi perlukan kerusi istimewa jika nak naik kereta. Macam letak bayi dalam roller coster. Memang tak selamat.
Bagaimana dengan mereka anak ramai?
Cadangan ialah utamakan yang paling kecil dahulu. Sebab posisi bayi paling bahaya adalah atas riba ibu kerana terlalu banyak kes bila kemalangan baby tercampak keluar manakala ibu dan ayah selamat.
Buat apa pakai carseat, kalau dah ajal anak akan mati juga?
Dalam Islam Nabi Muhammad pun suruh ikat unta bukan biar je unta tu lepas kerana ikat unta itu juga ikhtiar. Ikat anak ke carseat itu satu ikhtiar.
Bagaimana dengan mereka yang miskin dan tiada duit?
Ada program kutu carseat RM50 sebulan oleh CPSM, dan kos carseat hanya RM0.29 sen sehari. Bakal ada juga program charity selepas ini. Tunggu je la.
Kita letak tepi dulu isu golongan B40, ada ramai lagi golongan M40 dan T20 yang tak pakai dan tak peduli nak pakai walaupun mampu. Baju mak berjenama RM700 tapi selfie letak anak atas riba.
Ayah pula spotrim kereta RM2000, tapi child carseat kata tak mampu beli. Tak cerita lagi bab telefon yang model sentiasa upgrade dan koleksi tupperware kat dapur tapi bab CRS berkira.
Ada yang kata agenda ni saja nak untungkan perniaga. Percayalah jual carseat tak besar untung pun. Pertama saiz carseat besar, makan ruang untuk simpan dan kos pengangkutan mahal. Kedua terlalu banyak saingan dan buang harga menyebabkan untung tersangat kecil.
Belum kira faktor sewa dan gaji pekerja. Ketiga kos melatih staf untuk pandai carseat amat mahal mencecah ribuan ringgit. Nak kaya, untung banyak kena jual baju bukan carseat. Jual carseat ni macam khidmat masyarakat je.
Anak saya langsung tak nak duduk dalam carseat, macamana?
Anak kami masa umur setahun tak nak duduk carseat dan masih menyusu badan. Tapi memang paksa ikat dan tahan telinga. Anak menangis lagi baik dari anak tak bernyawa. Selepas setahun, sekarang naik kereta dia sendiri tunjuk dan nak duduk carseat.
Kesemua 4 anak begitu. Tiada yang lahir terus diam pandai duduk carseat. Ada banyak tips dan trick untuk ajar mereka duduk carseat. Belajarlah.
Kesimpulan, nak mengamuk dan maki semua orang silakan. Sama seperti larangan merokok. Tapi cuba sekali berlapang dada dan buka hati. Kalau kita tak mampu diam diam dan cari jalan. Kalau kita mampu beli dan pakai lah. Jangan sebarkan kebencian hanya kerana kita tak faham sesuatu.
Kami mempunyai kesedaran awal kerana 2 sahabat kami kehilangan anak akibat kemalangan jalan raya. Tak perlu tunggu anak sendiri jadi mangsa untuk ambil peduli.
#cakna #bakaldikecam #ahkakredha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peguam hartanah kongsi kebaikan dan keburukan urus sendiri jualan hartanah. Anda bercadang untuk menjual hartanah yang dimiliki? Tidak kisahlah apa jua sebab dan situasi anda, sebaik-baiknya apabila ingin menjual hartanah yang anda miliki, carilah seorang peguam yang dapat memudahkan urusan anda.
Khidmat guaman ini bukan sahaja memudahkan urusan anda tetapi juga mengelakkan daripada berlaku masalah-masalah yang tidak diingini pada masa hadapan. Jangan kerana ini berjimat sedikit kelak nanti anda terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih banyak.
Melalui satu hantaran yang dikongsikan oleh Nazri Mustafa, peguam hartanah ini berkongsi kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk penjualan hartanah yang dimiliki.
Antara kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam urusan jual beli hartanah adalah seperti berikut:
1. Kos yang Lebih Rendah
Tanpa melibatkan seorang peguam, penjual mungkin dapat mengurangkan kos transaksi, kerana tidak perlu membayar yuran perkhidmatan peguam.
2. Kawalan Lebih Besar
Penjual mungkin merasa lebih banyak kawalan dalam proses jual beli dan tidak perlu bergantung kepada nasihat seorang peguam.
3. Kesilapan undang-Undang
Risiko kesilapan undang-undang adalah lebih tinggi jika tidak ada peguam yang terlibat. Ini boleh membawa kepada masalah undang-undang yang serius dalam urusan jual beli.
3. Kesukaran dalam perundingan
Penjual mungkin tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi untuk berunding dengan berkesan dalam urusan jual beli, yang boleh mengakibatkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
4. Tiada perlindungan undang-undang
Tanpa peguam, penjual mungkin kehilangan perlindungan undang-undang dalam kes-kes tertentu, seperti jika pembeli gagal menunaikan kontrak.
5. Semua urusan buat sendiri
Penjual perlu uruskan sendiri urusan permohonan pindahmilik, urusan penebusan harta (bank biasanya mahu berurusan dengan Peguam sahaja), urusan pengemukaan laporan cukai keuntungan harta tanah, urusan suratan hakmilik (jika sudah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik ke atas nama penjual) dan lain-lain lagi urusan yang terlibat.
Oleh itu dalam pada tidak melantik seorang peguam boleh mengurangkan kos, penjual hartanah perlu menyedari risiko undang-undang dan kesukaran dalam urusan jual beli yang mungkin timbul jika tidak ada peguam yang terlibat.
Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.