OMG Dagu Berlapis? Nah Ibu-Ibu Cuba 7 Teknik Tanpa Diet Ini. Confirm Betul Betul Berkesan !

Share

Dagu berlapis ibarat nigtmare buat kaum wanita yang mementingkan kecantikan. Ini antara masalah yang ingin dielakkan berlaku.

Ada yang mengaitkan masalah dagu berlapis ini dengan pemakanan. Tapi sebenarnya, ada faktor lain. Antaranya:

  • Lemak di bahagian pipi
  • Otot yang kendur
  • Tekanan
  • Kurang rehat
  • Genetik

Usah bimbang ibu-ibu yang bermasalah dagu berlapis ini. Hilangkan lemak di bawah dagu ini tak perlu buat diet yang ekstrem, caranya cukup mudah iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut:

Senaman Otot Muka

Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.

Gaya Mencedok

Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakkan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.

Pipi kembung

Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.

Membujur

Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Korang akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.

Teknik Cium Zirafah

Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.

Genggaman halangan

Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.

Senyum Terpaksa

Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.

IKLAN