Program Hari Keluarga memang seronok jika diadakan, macam-macam aktiviti kita boleh buat bagi memeriahkan suasana. Bukan untuk kanak-kanak sahaja malah seluruh keluarga akan terlibat dan jangan tak percaya, opah pun boleh kalahkan cucu cicit dalam pertandingan yang dianjurkan.

Contohnya macam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh @sayazafirah97, berkongsi momen indah dan ceria saat mengadakan perjumpaan hari keluarganya baru-baru ini selepas sekian lama tidak boleh berkumpul akibat pendemik Covid-19.

Balingan Opah Ha Tepat Menangi Hadiah Utama

Opahnya berusia 83 tahun berjaya menewaskan anak,cucu dan cicitnya dalam pertandingan ‘baling nasib’ dan ternyata  bukan sahaja ahli keluarga gembira malah seluruh wargamaya yang menonton video tersebut turut terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh opah tersebut.

Opah Tunjuk Skil Menang ‘Game’ Kalahkan Cucu Cicit, Warganet Tumpang Terhibur Lihat Gelagat Opah!

Apa yang lebih mengujakan dalam pertandingan ini opah yang dikenali sebagai Opah Ha berjaya membolot hadiah paling utama iaitu berupa hamper dengan hanya sekali balingan.

Opah Tunjuk Skil Menang ‘Game’ Kalahkan Cucu Cicit, Warganet Tumpang Terhibur Lihat Gelagat Opah!

“Opah selalu main guli ke kecil-kecil dulu” komen salah seorang warganet dan tidak kurang juga ada yang menyakat dengan menulis di ruangan komen, “Opah dapat bakul hamper, isi dalam semua kasi kat cucu”

Memetik perkongsian daripada cucunya iaitu Wan Norzafirah Jamaludin, 24 di mStar, menurutnya aktiviti dan pertandingan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terpaksa berjauhan sebelum ini akibat pendemik Covid-19.

Mesra dipanggil Fira, peniaga dalam talian ini berkata, majlis hari keluarga seperti ini sebenarnya sering diadakan di rumah opah di Kampung Bekut, Sungai Siput, Perak, namun kali ini mereka memilih untuk meraikannya di Chalet Impian Teluk Batik.

“Event ini adalah sambutan hari keluarga adik beradik belah mak, sejak Covid ni susah nak berjumpa jadi bila dapat berkumpul itulah masa nak eratkan hubungan kekeluargaan.

IKLAN

“Jadi kami buat beberapa aktiviti, macam ‘game’ yang opah menang hamper tu kami namakan sebagai ‘baling nasib’ sebab bila baling tin tu kira nasib la dapat apa,” ujarnya.

@sayazafirah97 Family day syed hamid & hawa ❤️ opahku sayang 😘 #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #opah ♬ original sound – Sayazafirah

Menurut Fira lagi, selain ‘baling nasib’, opahnya juga sporting menyertai pelbagai aktiviti lain seperti ‘balingan kasih sayang’ iaitu belon isi air, acara kepit belon, mandi tepung dan pertandingan tiub belon.

“Opah cuba juga nak tiub belon tapi belon tak kembung-kembung, dia cakap ‘gigi takde’ kesudahannya cucu dia dapat belon tu,” ceritanya lagi.

Opah Tunjuk Skil Menang ‘Game’ Kalahkan Cucu Cicit, Warganet Tumpang Terhibur Lihat Gelagat Opah!

@sayazafirah97 Opah tiup balon xlepas2 😅🤪 heheheh #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #opah ♬ original sound – Sayazafirah

 

Satu Keluarga Bawa Satu Menu

IKLAN

Difahamkan juga sambutan keluarga kali ini telah disertai sekitar 40 ahli keluarganya.

“Kami gerak dari kampung secara konvoi, sampai je makan tengah hari dulu sebelum check in.

“Makanan pula kami buat pot luck, satu keluarga masak satu menu. Jadi kami ada 9 keluarga semua anak-anak opah, jadi adalah sembilan menu,”jelasnya yang turut memaklumkan olahnya mempunyai 28 cucu dan sembilan cicit.

Manakala untuk juadah makan malam, difahamkan keluarga ini ada buat BBQ. Tidak hanya itu, acara malam harinya turut dimeriahkan lagi dengan mengadakan pertandingan rebut kerusi kategori lelaki dan perempuan, penyampaian hadiah adik beradik, cabutan bertuah dan pemberian cenderahati kepada opah.

Sumber : Tiktok  @sayazafirah97 & mStar

 

IKLAN

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI