Akhirnya tamat sudah drama yang buat orang ramai trigged kebelakangan ini, iaitu ‘Aku Tanpa Cintamu’.

Bila sebut je nama Adam, semua orang pasti akan menyampah dengan watak yang dipegang oleh pelakon Zamarul Hisham itu. Mana tidaknya, wataknya yang panas baran, kaki pukul dan mahu orang mendengar katanya sahaja itu membuatkan orang ramai geram dengan wataknya.

Namun, hakikatnya orang ramai perlu sedar, sebenarnya ada individu seperti ini di luar sana. Cumanya tak berlaku di depan mata kita sahaja. malah, orang sebegini sebenarnya tergolong dalam individu Nascissist iaitu Narcisstic Personality Disorder. Nak tahu lebih lanjut? Jom ikuti  perkongsian dari Jannah Ithnin ini.

Siapa layan drama ni?
Pandaikan dia manipulate orang lain untuk tutup kelemahan diri.
Nak tau inilah ciri² individu NARCISSIST (NARCISSTIC PERSONALITY DISORDER)

1. Berasa diri sendiri lebih penting
2. Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
3. Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
4. Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
5. Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi
6. Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
7. Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
8. Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
9. Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
10. Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

IKLAN

Orang Macam Adam Ni Sebenarnya Sakit! Kenali Ciri Narcisstic Personality Disorder

Kelemahan individu NARCISSIST ini

1. Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
2. Sukar mengawal emosi dan perasaan
3. Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya
4. Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

IKLAN

Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.

Dengan itu, mereka tidak mendapatkan rawatan atau pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.

Jika anda atau orang yang anda kenali mengalami gangguan ini, dapatkan bantuan profesional bagi mengurangkannya atau mengawalnya.

IKLAN

Sumber : Jannah Ithnin

Orang Macam Adam Ni Sebenarnya Sakit! Kenali Ciri Narcisstic Personality Disorder

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI