Memesan makanan menggunakan perkhidmatan Food Panda boleh dikatakan suatu kebiasaan buat kita pada masa kini. Apatah lagi pada masa pandemik ini, kalau boleh memang kurangkan untuk keluar rumah. Kalau nak makan apa yang teringin hanya memesan sahaja secara dalam talian.
Baru-baru ini tular juga satu video yang dikongsikan oleh seorang remaja apabila membuat pesanan makanan segera secara online, tidak menyangka penghantar makanan tersebut adalah bapanya sendiri.
@aniezelizzaReply to @johndblend___88 dia punya terhibur tu takleh bincang 🥲
Menurut pemilik video ini, @aniezelizza sebelum menempah makanan ibunya mencadangkan menggunakan nombor ID tertentu dipercayai milik si bapa, namun beliau tidak berbuat demikian.
Ads
Tanpa disangka ayahnya yang menghantar pesanan makanan ke rumah mereka. Biarpun dikendalikan oleh bapa sendiri remaja tersebut tetap membayar harga makanan segera itu lebih daripada jumlah asal.
Meninjau di ruangan komen, turut berkongsi pengalaman yang sama bila mana penghantar makanan yang dipesan dihantar dikalangan ahli keluarga. Kejadian tersebut ada yang merasakan lucu
Biarpun dilahirkan serba kekurangan kerana tidak boleh melihat sejak kecil lagi, namun Tuhan si cilik ini ‘celik’ hatinya kerana mampu menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran.
Ahmad Aqeel Faiz Mohammad Noor, 7, anak istimewa yang buta kedua belah matanya juga memiliki masalah ‘Mild Autisme’ ketika berumur setahun setengah.
Tidak sempurna dari segi penglihatan, namun Aqeel nampak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Malah dia kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 18, Putrajaya di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan.
Alhamdulillah, Aqeel ‘disuluh’ Al-Quran. Menurut ibunya, Nur Izzah Mohamad Kamil, 36, ketika Aqeel berumur setahun, perkembangannya agak lambat dan suka menghantukkan kepala di lantai.
Malah, dia juga dikatakan sering menangis tanpa diketahui punca ketika berusia setahun. Setelah beberapa bacaan dilakukan barulah mereka sedar bahawa Aqeel mempunyai ciri-ciri penyakit Autisme.
Untuk mengesahkan perkara itu, mereka turut membawa Aqeel ke pakar psikiatrik dan doktor mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit ‘Mild Autisme’.
Nur Izzah mengatakan bahawa, “Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia. Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi.
Ketika mengandungkan Aqeel, ibunya sering mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah kanak-kanak itu besar. Surah berkenaan dipasang melalui YouTube, radio dan TV.
“Lagipun Aqeel ada Autisme, jadi kalau dia ‘tantrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia,” tambahnya.
Ayat suci Al-Quran juga dikatakan telah sebati dalam diri Aqeel ketika dalam rahim lagi.
Kekurangan Aqeel sebenarnya membuktikan bahawa dia mempunyai ‘kelebihan’ yang jarang dimiliki orang lain.
Aqeel yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan lebih hebat daripada adik-beradiknya yang lain dalam menghafaz surah dalam Al-Quran. Menurut ibunya, Aqeel menghafaz surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa, dan Yassin.
Ayah Aqeel, Faiz Mohammad Noor Kamaruzaman, 36, pernah meminta Aqeel menyambung ayat yang dibacanya dan Aqeel berjaya melengkapkan surah yang dibaca oleh ayahnya itu. Bukan setakat itu sahaja, Aqeel juga boleh meneka surah apa yang dibaca oleh ibu bapanya walaupun tanpa penglihatan.
Aqeel turut dihantar ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk persiapan dirinya di masa hadapan. Semoga Aqeel dapat bertanding dalam tilawah Al-Quran suatu hari nanti. Semoga cita-cita dan impian Aqeel tercapai suatu hari nanti.
Pasti ada di kalangan kita yang pernah melalui pengalaman waktu kecil dulu disuruh ibu atau bapa untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran. Pengalaman yang dilalui ketika itu, cukup meriah dirasakan. Apa tidaknya boleh dikatakan setiap hari ada sahaja menu yang ingin dikongsikan bersama jiran-jiran, semuanya saling bertukar-tukar juadah.
Walaupun hakikatnya bukanlah balasan hidangan yang dinanti-nantikan, namun dengan menghidupkan suasana harmoni dengan semangat kejiranan yang kuat seperti itu di bulan Ramadan dapat membuatkan hubungan antara kejiranan sangat baik dan rapat.
Nanti Pulangkan Pinggan
Menerusi perkongsian video dari seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @iqblzmri, telah memuat naik satu video yang cukup menarik perhatian bila seorang kanak-kanak menghantar juadah berbuka kepadanya.
comel je “aah” pastu dia boleh ckp “nanti pulangkan pingan” “pulangkn pingan” alah alah alahh😂😂😂 terigt kecik2 dlu selalu berkongsi juadah berbuka dgn jiran pic.twitter.com/LUzPn3YjmS
Dalam video ini, kanak-kanak lelaki tersebut menghulurkan sepinggan kuih kepadanya untuk dijadikan juadah berbuka. Apa yang menariknya adalah aksi si anak kecil memberi peringatan untuk pastikan pinggan tersebut dikembalikan dengan gaya yang begitu comel dan geram melihatnya.
Berulang kali menyebut “Nanti pulangkan pinggan…nanti pulangkan pinggan” sambil berlari dan melompat dengan nada yang cukup membuatkan pengguna Twitter cukup tertarik melihat video yang dikongsikan.
Tidak kurang juga melalui perkongsian video tersebut ada yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika menghantar makanan kepada jiran semasa bulan Ramadan.
Sejak bulan lepas lagi, pakar kesihatan kerap menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar rumah serta banyakkan minum air kosong kerana cuaca panas yang tinggi berlaku sejak kebelakangan ini.
Berikutan dari itu, ianya boleh mengundang kepada masalah kesihatan akibat dari perubahan cuaca ini seperti strok haba.
Namun, mungkin kerana kemeriahanmenyambut Syawal ini telah menyebabkan kita terlepas pandang akan peringatan ini lebih-lebih lagi teruja bertemu sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa.
Baru-baru ini, telah tular di laman sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi selepas bermain di luar rumah. Ianya telah disahkan sendiri oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Wanie Iwan, melalui hantaran di media sosial.
Menurut Wanie, anaknya bernama Aqil atau nama penuhnya Muhammad Syamil Aqil adalah seorang yang sangat aktif bermain di luar rumah pada hari raya pertama dan kedua sebelum mula menunjukkan tanda-tanda lemah pada hari raya ketiga.
“Raya pertama dan kedua sangat-sangat aktif. Raya ketiga hanya demam biasa dan cirit-birit. Ibu monitor setiap jam suhu badan tetapi tak tinggi sangat, 37 – 39’c sahaja.
“Raya keempat selepas Subuh, Aqil kelihatan lemah dan dibawa ke klinik. Siap-siap pakai baju dan tiba-tiba nyetok (kekejangan) dan terus bawa ke klinik berdekatan.
“Sampai di sana, doktor masukkan oksigen dan air. Nadi Aqil tiba-tiba berhenti dan masa ini jantung ibu pun rasa macam tak ada dah. Semua doktor on call turun sebab Aqil tiba-tiba colapse.
“Semua doktor berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan Aqil. Saya dan suami serahkan kepada doktor untuk buat apa pun agar anak dapat diselamatkan. Sejam doktor berusaha, tetapi nadi Aqil tak naik-naik.
“Doktor minta kami redha. Tepat jam 9.27 pagi, 25 April 2023, doktor mengesahkan Aqil telah tiada,” katanya.
Keputusan dari bedah siasat mengesahkan bahawa Aqil disahkan mengalami strok haba dan dehidrasi.
“Doktor operate terus nampak semua isi dalam dah ‘hangus’, jantung dan buah pinggang Aqil ‘hangus’ habis dah. Dalam dah kosong. Air dan darah dalam tubuh dah kering,” kata Wanie.
“Jam 9 lebih, Aqil dah selamat pergi ke negeri abadi. Selamat berehat anak ibu. Penghuni pertama rahim ibu, zuriat pertama abah ibu yang mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Semoga Aqil tenang dan riang bersama kawan-kawan baru,” katanya.
Dalam pada itu, Wanie juga menasihatkan golongan ibu bapa mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku pada anaknya.
“Tolong ibu bapa di luar sana, ambil iktibar dari cerita anak saya. Tolong jangan bagi anak bermain di luar yang cuacanya panas. Suhu pada ketika ini sangat-sangat panas. Beri anak minum air secukupnya.
“Saya redha, doakan untuk saya terus kuat menghadap kehidupan dunia dengan kehilangan satu nyawa saya. Damailah anak syurga ibu Muhammad Syamil Aqil,” katanya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...