“Padan Muka Ibu Dah Meninggal.” Anak Siti Sarah Menangis Diejek Rakan Sekolah, Raih Simpati Warganet!

Share

Selepas Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, hanya Shuib Sepahtu menjadi tempat anak-anak melepaskan kerinduan dan menumpang kasih.

Walaupun masih kecil, namun anak-anak pasangan ini cukup kuat dan tabah orangnya. Namun siapa sangka, disebalik kekuatan itu adakalanya akan ‘kalah’ dek kata-kata orang.

Demikianlah dengan Dzakira Talita Zahra atau lebih mesra digelar Dekta baru-baru ini diuji dengan gangguan oleh kawan-kawan di sekolah.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik isteri kepada Raissuddin Hamzah itu, dia memaklumkan ketika pulang dari pejabat, Dekta telah mengadu yang dirinya diejek kerana sudah tidak mempunyai ibu lagi.

Anak kedua kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah ini terlihat menangis kesedihan dan cuba ditenangkan.

Luahan Dekta membuatkan ramai yang bersimpati. Dalam masa yang sama berharap ibu bapa lebih alert dalam menasihati anak-anak supaya menjaga percakapan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

allahu..ayah ibu pls monitor adab anak2..😭😭

xpe dekta, dorang xthu pergi nya ibu dekta, satu dunia cemburu 😊 semoga dekta kuat ye 🤍

kwn2 pun satu hal….ibu meninggal bukan perkara yg kite mintak2🥺.kesian dekta😳

ni yg saya takut Klo anak2 saya salah kata menguris ht kawan2 atau org lain sbb depan mata kite Selagi boleh diajar adab dikwl dipantau.

dekta..budak tu x tahu kitorg ni 1 malaysia dh jd ibu dekta tau. sape yg cari psl ng dekta,netizen malaysia ni xkan duk diam.dekta kene kuat ye syg 🥰

@sitihasreena Moga anak2 kita dilindungi #fypシ ♬ bunyi asal – Cyborg – Hijau Rumput

Sumber:suciuwais & Sitihasreena


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : 

“Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN