Biasanya peristiwa yang berlaku di depan mata boleh dijadikan asbab untuk kita mengambil pengajaran dan sekali gus menjadikan diri kita berubah menjadi lebih baik. Ini sebagaimana perkongsian daripada Muhammad Yusof tentang pengalamannya dipertemukan dengan sepasang suami isteri yang berusia di sebuah masjid.
Kisah yang cuba disampaikan nampak ringkas namun tidak semua suami mampu memberi ruang waktu me time berkualiti sepertimana pakcik ini. Untuk itu, jom kita selami apa yang cuba dikongsikan oleh lelaki ini.
Ini perkongsiannya.
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Ads
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Ads
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Ads
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Selalunya kalau anda lihat di feed Instagram, ataupun Facebook mesti pernah terlihat video seorang chef yang murah dengan senyuman di mana setiap video yang dimuat naik olehnya pasti tidak akan lekang dengan senyuman di bibir.
Berikutan kejadian gempa bumi di Bumi Turkiye baru-baru ini, Chef selebriti, CZN Burak yang juga berasal dari Turkiye dilihat menangis teresak-esak susulan tragedi gempa bumi melanda bahagian tenggara negaranya dan sempadan Syria.
Menerusi satu ciapan IlmFeed di laman Twitter, difahamkan chef berusia 29 tahun itu menggesa pengikutnya di serata dunia bagi menghulurkan sumbangan supaya dapat meringankan beban mangsa yang terjejas.
“Chef Turki, CZN Burak yang popular dengan video masakan cerianya dilihat menangis apabila merayu orang ramai untuk tampil membantu dalam apa cara sekalipun,” tulis ciapan tersebut.
Turkish chef CZN Burak who is known for his cheerful cooking videos was seen in tears as he asked for people to help in any way they could. “If anyone is able to help, should help” pic.twitter.com/qPEJuIJcpi
Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet turut sebak melihat kesedihan Chef Burak apatah lagi tidak pernah melihatnya menangis meskipun dilaporkan menghidap sakit tumor otak sebelum ini.
Malah, segelintir individu turut mendoakan semua mangsa terlibat diberikan kekuatan dan pasukan yang membantu juga dipermudahkan urusan di sana.
Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di aplikasi TikTok, dia turut melakukan misi bantuan dengan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan ke Hatay selain beberapa wilayah lain bersama pasukannya.
@cznburakYolculuk Hatay’a ve sırayla diğer illerimize Tırlarımızı çıkartıyoruz😔🤲
Kita selalu usik anak dengan perkara yang menakutkan seperti hantu, lipas dan sebagainya. Ini sepatutnya tak perlu berlaku.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Eh Fhais Salim, keadaan ini lama-lama boleh meningkat lagi Anxiety Disorder anak.
Suka momok momokkan anak dengan hantu, monster, lipas & gelap adalah sangat merugikan kerana ini meningkat lagi Anxiety Disorder si anak.
1. Risiko besarnya anak bukan sahaja takut hantu tapi dia akan takut semua benda.. sampai nak ke tandas sorang sorang pun takut.
2. Menambah kerisauan & buatkan anak fikir berlebihan (overthinking) untuk benda yang tak ada asas.. punca takut tanpa sebab.
3. Kanak-kanak ni imaginasi dia lagi la unlimited. Momokkan begini buatkan imaginasi dia lagi liar tak teratur. Pernah tengok budak takut air? Hah ini juga tanda imaginasi yang liar.
4. Anxiety disorder juga boleh menjadi punca anak-anak ni jadi introvert atau ada social anxiety. Tak pandai nak berkawan & bersosial.
5. Tolong berhenti momok momok anak dengan perkara seperti ini. Tak lucu langsung sebab anak kecil dia tahu apa, dia percaya je apa kita cakap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu ayah mana yang tidak bimbang apabila anak perempuan semakin meningkat dewasa. Tidak lama lagi bakal mempunyai suami.
Justeru dalam tempoh itu, ibu ayah terutamanya si ayah perlu menjadi role model terbaik buat anak perempuan.
Layanan baik seorang ayah kepada anak perempuan akan menjadi rujukan kepadanya bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki.
Sebagaimana perkongsian DrRizal Abu Bakar mengenai peranan seorang ayah untuk mendedahkan anak perempuan mengenai layanan baik yang seharusnya dilakukan oleh seorang lelaki agar anak tidak tersalah pilih sebagai teman hidup.
Ikuti perkongsian beliau.
Ayah kena rapat dengan anak perempuan. Penting untuknjadi role model. Sebab tulah saya selalu temankan Maryam.
Anak perempuan perlu tahu bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayahlah yang akan letakkan standard itu.
Dalam konteks ini sayalah yang cipta standard itu untuk Maryam.
In future, kalau si anak berkawan dengan lelaki dia akan tahu lelaki itu baik atau tidak. Dia dah ada point of reference. Dia dapat buat keputusan yang baik.
Lisa Nichols pernah ceritakan perkara yang sama. Masa umur dia 13 tahun ayah dia bawa dia keluar. Dia pakai dress ala princess. Happy sangat dia waktu itu.
Bila masuk kereta si ayah tolong bukakan pintu. Begitu juga keluar dari kereta. Sama juga ketika nak duduk. Si ayah akan tarik kerusi.
Ketika pulang ke rumah si ayah bukakan pintu untuk Lisa. Tetapi saat Lisa mahu masuk ke rumah, ayahnya pegang bahu Lisa. Dia berhenti. Pandang wajah ayahnya.
Ayah si Lisa sebut “ Lisa apa yang ayah tunjukkan pada kamu adalah cara bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayah dah tunjukkan caranya. Kamu merasainya. Tugas kamu pada masa hadapan untuk pilih lelaki yang betul. Terserah pada kamu bagaimana kamu memilihnya. Waktu itu ayah tidak ada suara lagi,”
Lisa angguk. Mungkin tanda faham. Apa yang si ayah buat sangat luar biasa. Dia berikan pengalaman berharga buat Lisa. Dia rasa bagaimana dirinya dihargai. Bagaimana sepatutnya dia dilayan.
Saya tidak sampai peringkat seperti ayah Lisa Nichols. Budaya mereka berbeza. Budaya kita lain pula caranya.
DrRizal Abu Bakar bersama anak perempunannya .
Saya guna bahasa. Gunakan nada suara. Gunakan bahasa badan untuk letakkan standard itu. Masukkan cara fikir yang berbeza.
Kalau si ayah tidak rapat dengan anak perempuan, lelaki lainlah yang akan jadi point of reference. Pada waktu itu, apa sahaja dilakukan oleh si lelaki , itulah dianggap sebagai standard.
Jangan tersalah pilih lelaki
Kalau lelaki itu kaki pukul dan kaki herdik, si anak perempuan akan anggap begitulah caranya perempuan dilayan. Mereka terima keadaan itu. Walaupun itu tidak benar.
Mereka akan terperangkap. Menderita. Dilayan sebagai hamba.
Saya pernah buat clinical work di rumah remaja mengandung luar nikah. Ada beberapa rumah yang sempat saya kunjungi.
Saya dapati ada satu perkara yang sangat konsisten pada remaja remaja ini. Mereka tidak ada role model lelaki di rumah.
Di atas sebab kekosongan ini, mereka cari kasih pada lelaki lain. Malangnya mereka tertipu.
Pada ayah ayah yang ada ada perempuan, pastikan anda rapat dengan anak. Jadikan diri anda sebagai point of reference. Biar anda jadi model terbaik untuk dia.