Ini bahaya. Paksa anak belajar hanya akan menanam belief system buruk tentang ‘belajar’
Tak salah pun 7 tahun tak pandai membaca. Tak gagal pun 6 tahun tak boleh tulis huruf cantik cantik.
Membaca tak buatkan anak kita pandai. Tulisan cantik pun belum comfirm dia suka belajar.
Ini antara punca-punca anak jadi tak suka belajar sampai kena di paksa-paksa :
1. Terlalu menekan ( presure )
Jika kita terlalu obses nak anak belajar risau dia fobia. Sebut je belajar dia stress sebab dia ingat how stressful dia kena paksa belajar masa kecil.
2. Letak expectation yang tak realistik
Ads
Expectation kena ada tapi bila tak realistik, itu dah melampau. Expectation mesti ikut kemampuan anak, bukan ikut kemampuan anak orang lain.
3. Terlalu perfectionist
Tulisan buruk sikit tak boleh. Buat salah sikit kena denda. Haih, belajar tak perlu sempurna malah sebab kita tak sempurna la kita kena sentiasa belajar tanpa henti.
4. Tidak enjoy belajar
Sungguh ke proses belajar tu kena stress, kena paksa paksa & ugut ugut. Memang pelik la jika begitu.
Ads
5. Belajar kena pandai
Ini lagi satu fahaman yang buat segelintir anak benci belajar. Belajar kena di ukur, yang pandai di julang julang, yang tak pandai di sisih. Hmm..
Sudah sampai masanya kita didik anak kita belajar sungguh-sungguh, belajar dengan hati bukan otak semata-mata.
Nak buat anak suka, minat & cinta pada belajar itu la hati tempatnya. Otak mana ada perasaan.
Biarpun usia perkahwinan sudah lama, tidak bermakna pasangan menjalani kehidupan hambar termasuk tiada perkataan sweet atau berbunga-bunga.
Sebagaimana yang dipraktikan oleh Cik Puan Ammy (CPA) berkongsi cara tetap menggunakan kata-kata manis kala berkomunikasi dengan suami.
Baru-baru ini CPA ada post gambar perbualan CPA bersama suami tentang ‘minta cuti masak’ dengan sepotong ayat bunga-bunga. Ramai pula yang shared status itu dan seperti biasalah ada yang suka dan tidak kurang juga ada yang kecam dikatanya CPA terlalu berlebihan…
Betul… Sebenarnya tidak perlu lah CPA mengarang ayat atau puisi bunga-bunga untuk ‘minta cuti masak’. Cukup hanya sekadar…
” Yunk, jom keluar makan…”
” Yunk, malam ni malas masak, makan luar yuk…”
” Yunk, jom layan char Kuew teow…”
Ringkas jer kan… Senang suami nak faham. Tidak perlu lah berbunga-bunga… Betul tak..?
AYAT BERBUNGA RAHSIA BAHGIA RUMAHTANGGA.
Tapi tahukah kalian.
Ayat bunga-bunga ini adalah salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga selain sefahaman dan tolak angsur…
Tidak salah rasanya jika sesekali kita membuat pasangan kita berasa teruja dengan puisi cinta ataupun ayat puji-pujian untuk menyemarakkan lagi perasaan cinta dan kemesraan antara kita dan pasangan… Contohnya…
” Pelukkan kamu malam tadi hampir membuatkan aku lemas dalam lautan cinta…”
” Selamat pagi syg… Jangan lupa Isikan perutmu dengan juadah yang telah aku bekalkan dengan penuh kasih dan sayang agar aku sentiasa berada di hatimu…”
” Hujan ini turun menggila seolah-olah ia tahu betapa beratnya perasaan ku melepaskan kamu untuk bekerja…”
” Pulang cepat ke pangkuan ku sayang kerana aku sudah mula rinduuu…”
Haaa giteewww… Mesti pasangan kita akan senyum sepanjang hari apabila membaca text yang kita kirim atau ucapan yang kita ucapkan di muka pintu sebelum dia mulakan kerjanya.
BERMANJALAH SEMENTARA PASANGAN MASIH ADA
Bila lagi nak bermanja-manja dengan pasangan kita kan…? Tak kan nak tunggu dia pulang ke pangkuan Ilahi baru nak tulis panjang-panjang luahan hati mengatakan kita cinta kan dia…
Itu sudah terlambat… Dia sudah bertemu dengan Allah SWT yang lebih menyayangi dia daripada kita… Jangan di ganggu dia dengan pelbagai curahan hati lagi kerana sewaktu dia hidup kita tidak berusaha menyatakan betapa kita mencintai dia… Cukup lah doa sebagai pengikat kasih.
Jangan pula nanti kita meroyan apabila tiba-tiba pasangan kita dapat ayat bunga-bunga seperti itu daripada orang lain. Tidakkah dia akan turut teruja dengan ayat-ayat manis tersebut…? Contohnya…
” Sayang… Hujan lah… Alangkah indahnya jika kamu berada di samping aku ketika ini…”
” Selamat malam wahai cinta hatiku, semoga malam mu mimpikan aku walaupun di dakapanmu ada dia…”
” Selamat pagi kekasihku, rindu ku padamu sudah tidak terkira cepat tinggalkan dia dan datang kepadaku…”
Sedangkan kita…
” Bang hujan ni, bawa kereta elok-elok…”
” Bang dah tidur ke belum. Tidur dulu yer…”
” Bang dah pagi ni, nak sarapan apa roti ke nasi lemak..?”
Semuanya hambar… Langsung tiada rasa cinta… Walaupun dia berada di hadapan kita, jangan lah terlalu ‘street to the point’ bila berkata-kata… Selitkan sedikit ayat bunga-bunga… Jangan lupa kita tidak memegang hati pasangan kita… Bila-bila masa jer ia boleh berubah memilih sesuatu yang lebih indah.
Waktu itu nak menyesal memang tidak berguna lagi dah, sebab dia sudah kemaruk cinta…
Jadi sebelum ia terjadi sila buang ego dan rasa besar kepala jauh-jauh. Istilah ‘dah tua-tua nak bermanja lagi’ tu pun sila buang ketepi… Berkasih-sayang lah sehingga ke nafas yang terakhir. Sentiasalah uli perasaan cinta di hati pasangan kita dengan ayat-ayat manis dan kata-kata pujian agar kasih sayang sentiasa menggebu di hati…
Ada seorang tua pernah berpesan…
“Jadilah seperti si ‘jalang’ di ranjang ketika bersama suami agar nafsunya tersimpul mati hanya untuk kamu”
” Ikat lah perut suami kamu dengan air tangan mu agar hatinya tetap bersama kamu…”
” Berkasih sayang lah dengan suami mu umpama Adam dan Hawa ibarat di dunia ini hanya ada kamu berdua…”
Banyak maksud tersirat di dalam pesanan tersebut. Jadi, luangkan masa dan olah sendiri apa yang ingin di sampaikan itu.
Jangan malu atau segan untuk jatuh cinta berkali-kali dengan pasangan kita. Ingatlah, tidak semua orang memiliki nasib baik untuk mendapat pasangan yang penyayang, baik hati, jujur, romantis dan lain-lain. Jika kita berjaya memilikinya maka teruslah pegang tangannya agar tidak terlepas untuk menggapai cinta itu bersama-sama.
Akhir kata, cuba lah mengayam ayat indah dan selalulah buatlah pasangan kalian berasa teruja, in Sha Allah akan ada kejutan istimewa daripada pasangan kalian nanti… Bagaimana CPA tahu…? Sebab CPA sudah berkali kali melaluinya…
Alhamdulillah dah nak masuk 17 tahun usia perkahwinan… Daripada surat cinta bedak berkepok tu sampailah ada aplikasi WhatsApp semuanya tetap sama tidak berubah…
Baby Photoshoot anak kedua Intan Ladyana dan Hariss, “Umayr muka mommy, Evie muka daddy. Gambar baby photoshoot anak kedua Intan Ladyana dan Hariss iaitu Umayr telah meraih perhatian ramai warga maya.
Gambar-gambar baby photoshoot ini dikongsikan di akaun Instagram newborn.heartshotfocus. Beberapa keping gambar Umayr bersama Intan, Hariss dan Evie yang dikongsikan membuatkan ramai yang geram dengan dua beradik ini.
Subuh adalah waktu yang sering kita ambil ringan, padahal ia menyimpan sejuta keajaiban yang tak ternilai harganya. Ketika ramai masih lena dibuai mimpi, mereka yang bangun dan menyempurnakan waktu ini mendapat ganjaran yang luar biasa daripada Allah SWT.
Bayangkan, hanya dengan dua rakaat solat sunat sebelum Subuh, Allah menjanjikan pahala yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Tidak cukup dengan itu, Rasulullah SAW mendoakan keberkatan umatnya di waktu pagi. Ini menjadikan waktu sebelum azan Subuh sebagai detik penuh rahmat untuk kita bermula.
Sebagaimana perkongsian Faridah Mohd Ali, ia sangat bermanfaat untuk dijadikan motivasi agar kita terus istiqomah dalam melaksanakan amalan harian.
Keajaiban Waktu Subuh
1. Betapa waktu Subuh itu terlalu banyak keajaibannya. Sangat rugi bagi mereka yang sering melewatkannya atau langsung tidak mengambil peduli akan keberkatan yang Allah kurniakan kepada kita. 2. Waktu sebelum azan Subuh itu mendatangkan keberkatan yang sangat luas dan besar oleh Allah SWT. Kata Allah, Aku berikan kepada orang yang solat sunat Subuh dua rakaat pahala yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Ganjarannya kita tidak nampak sekarang, tetapi di akhirat nanti berbondong-bondong ia datang kepada kita.
3. Keutamaan solat Subuh yang pertama adalah dapat mendatangkan keberkatan kerana solat Subuh merupakan satu aktiviti pagi hari yang Rasulullah SAW sendiri mendoakannya secara khusus. “Ya Allah berkatilah umat ku pada waktu pagi.” Hadis riwayat Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) Itulqh sebab kita wajib berlumba-lumba untuk bangun sebelum Subuh dan tidak menyia-nyiakan waktu sebelum Subuh ini. 4. Waktu Subuh dapat menghantarkam orang mukmin menuju pintu syurga. Rasulullah SAW bersabda.. “ Barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dan Asar, maka dia kan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.) 5. Seorang Muslim yang melaksanakan solat Subuh pun akan mendapat keutamaan lain iaitu terhindar daripada neraka. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW.. “Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari(solat Subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari(solat Asar).” Hadis Riwayat Muslim)
6. Selepas solat Subuh jangan sesekali meninggalkan zikir ini.., Subhanallah 33 kali Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 33 kali Nabi menyebutkan bahawa semua dosa kecil kita diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di laut. 7. Pahalanya seumpama solat malam yang penuh bagi mereka yang bangun awal dan menunaikan solat dua rakaat. Mereka berada dalam jaminan Allah, keutamaan dan keajaiban waktu Subuh itu sangat luar biasa kerana orang mukmin yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah adalah orang yang berada dalam jaminan Allah. Keselamatannya dijamin, rezekinya dijamin, keadaannya dijamin, ketenangannya dijamin dan urusan hidupnya dijamin. 8. Mereka juga mendapat cahaya sempurna pada hari kiamat. Tidak hanya itu sahaja,mereja mendapat cahaya dan sinarbyang sempurna pada hari Kiamat nanti.
9. Waktu Subuh adalah penentu keberkatan hidup bagi seorang mukmin. Abdullah Bin Umar Bin Khattab berkata.. “Salah satu tanda Allah mencintai seorang hambaNya dan tanda dosanya diampunkan, semakin kuat dia menjaga waktu Subuhnya, semakin Allah memberi jaminan kecukupan untuknya. Kehidupan yang penuh keberkatan bermula dengan menjaga waktu Subuhnya.”
10. Ketika kita serius menjaga waktu bangkit kita sebelum azan Subuh, kemudian membersihkan diri untuk sujud kepadaNya, maka Allah memberi jaminan bahawa Allah membuka kesempatan seluas-luasnya kepada kita untuk memperbaiki diri dan menikmati ketenangan dalam sujud kita sehingga Allah menghapuskan benan hidup dengan menghapuskan semua dosa kita.
11. Sesiapa yang mahu memperbaiki hidupnya, maka hendaklah dia memulai dari memperbaiki waktu bangkitnya sebelum azan Subuh.
Sesiapa yang hendak dilancarkan rezekinya, maka hendaklah dia menjaga dengan baik-baik solat Subuhnya. Sesiapa yang ingin dikurnikaan kebahagiaan di dunia dan akhiratnya, maka hendaklah dia memperhatikan solat Subuhnya. Dan semua perubahan atau penambahbaikan seluruh hidupnya berawal daripada memperbaiki waktu bangkitnya sebelum masuk azan Subuh dan memperbaiki kualiti solat Subuh. Maka Allah akan memperbaiki seluruh hidup kita.
12. Solat Subuh itu baru disempurnakan dua rakaat sahaja, Allah akan mencukupkan semua keperluan dunianya, tidak diperdayakan oleh tipu daya dunia, rezekinya dicukupkan, hartanya diberkati, kariernya dibangunkan dengan baik dan sempurna oleh Allah, keluarganya nyaman, hidupnya tenang. Itulah rahsia bagi mereka yang konsisten menjaga waktu Subuhnya bermula bangkit sebelum azan Subuh. 13. Malahan itulah yang selalu disebutkan… “Rabbana atina fiddunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar.” Kitalah yang membangunkan hubungan direct dengan Allah yang mempunyai segalanya, kita mengerjakan perintah Allah dengan sempurna dan menuruti semua tuntunanNya, dunia dia dapatkan dan akhiratnya diraih dengan anugerah Allah. 14. Mari sama-sama kita berazam bersungguh-sungguh memperbaiki diri dengan memperbaiki waktu Subuh kita.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.