Umum mengetahui bahawa usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida bersama kedua-dua anaknya Cik B dan Kacak kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Terbaru Vida menerusi hantaran di Instagram miliknya, dilihat berkongsi momen bersama anak-anaknya. Namun apa yang menarik perhatian adalah cara anak lelakinya melindunginya apabila berjalan didalam persekitaran ramai orang.
Ads
Video yang dikongsi telah meraih perhatian ramai wargamaya. Ada yang memuji sikap Kacak yang dilihat sebagai seorang anak lelaki yang bertanggungjawab kepada keluarganya.
Kacak Pandai Jaga Mama
Ads
Ads
Sumber: Instagram Datoserivida
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati isteri mana yang tidak sedih kehilangan suami tercinta. Insan yang dicintai sepenuh hati pergi mengadap sang pencipta.
Begitulah yang dirasai oleh Siti Nurhidayah Mohd Ali yang kehilangan suami tercinta, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ali dua tahun lepas.
Terbaru muat naik di akaun TikToknya, hidayah_hamzah menunjukkan anaknya sedang memeluknya gambar arwah.
Malah anaknya kelihatan sedang mencium gambar ayahnya. Gelagat anak kecil ini meruntun jiwa setiap ibu yang melihatnya. Anak tunggal hasil daripada perkahwinan mereka, Syed Uthman Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun kelhatan rindu
“Kenangan Hamzah syg Ayah. Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah. Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar.”
Perkongsian itu telah meraih perhatian para peminat arwah. Ramai yang sebak dan mendoakan anak arwah dipermudahkan urusan hidupnya.
Takziah diucapkan buat penyanyi, Khai Bahar yang kehilangan ibunya, Rosnah Mohamad, 62, yang dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 10.40 malam tadi.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh pengurus Khai yang dikenali sebagai Jai menerusi hantaran di Instagram Story.
“Saya pengurus yang mewakili pihak Khai ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (panggilan ibu Khai) telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis sekitar jam 10.40pm.
“Proses solat jenazah akan diadakan pada 3 Jan di Masjid Tuanku, Kangar sejurus selepas solat Zohor diikuti dengan pengkebumian di tanah perkuburan Tok Paduka,” kongsinya.
Sementara itu, menurut perkongsian adik Khai, Syakira Baharuddin, ibu tercinta mereka meninggal dunia dalam keadaan tidur.
“Mohon sedekah al-Fatihah buat ibunda tercinta Rosnah binti Mohamad. Mak pergi dalam keadaan tidur,” tulisnya.
Tidak dapat dipastikan namun ibu Khai dikhabarkan telah lama mengalami masalah kesihatan yang kurang memuaskan.
Malah beberapa perkongsian hantaran di Instagramnya, Khai sering berkongsi masalah ibunya yang kurang sihat.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Siapa sangka seorang suami yang rasa gembira menanti saat-saat kelahiran anak keempat bertukar menjadi kisah sedih dalam hidupnya apabila isteri kesayangan yang selamat melahirkan terpaksa pergi jua setelah bertarung nyawa 13 hari melawan Covid-19.
Norieszah Ishak meninggal dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.
Memetik laporan di myMetro, Norieszah, 31, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.
Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jenazah isterinya itu buat kali terakhir.
“Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan takdir.
“Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jenazahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arwah isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi.
Tunggu Hari
Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.
Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.
“Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.
“Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu sakit perut sebelum tumpah darah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembedahan,” katanya.
Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif Covid-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.
Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.
“Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.
“Selepas dua hari, arwah kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.
“Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana sakit, jadi saya minta arwah berehat.
“Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah nazak kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pagi esoknya,” katanya.
Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.
Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.
“Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.
“Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.