Pernah tak panggil anak tapi diorang tak menyahut? Malah ada sampai dah panggil nama penuh tapi diorang buat ‘dek’ je sebab tak dengar telinga tengah pasang lagu.
Yang mana anak-anak suka sangat pakai earphone tidak kira waktu tu, tak kira la main game ke, dengar lagu atau tengok movie, mak ayah perlu tegur tau sebelum telinga mereka ada masalah! Nanti bila dah rosak, satu hal pula nak kena pergi ubati!
Nak tahu apa tanda seseorang itu megalami masalah pendengaran dan tip untuk elak jadi pekak di usia muda untuk anak-anak, jom tengok perkongsian dari Dr Ahmad Samhan ni!
“Doktor, telinga saya macam pekak la”
“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”
“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”
Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?
Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur. Tahu tak penggunaan alat ini dalam jangka masa yang lama dan kuat boleh jadi pekak?
Ads
Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi(alat audio, konsert & tempat kerja)
Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.
Tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah pendengaran bermula dengan beberapa tanda.
1️⃣ Bila berada di tempat yang banyak bunyi (background noise), misalannya stadium, pusat beli belah, kenduri kendara dan orang sebelah bercakap, kita susah menangkap butir kata-katanya.
2️⃣ bila orang menelefon kita tak dapat dengar dengan jelas dan terpaksa menukar telinga kanan ke kiri atau sebaliknya.
Ads
3️⃣ bunyi suara budak menangis biasa tapi kita dengar terlalu kuat sedangkan bunyi menangis tadi biasa-biasa sahaja.
4️⃣ Kita tak dapat menangkap bunyi datang dari arah mana, depan, belakang, kiri atau kanan/
Tip Elak Jadi Pekak Di Usia Muda
1️⃣ Elak penggunaan ‘earbud’
Earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga. Gantikan penggunaan earbud kepada headphone.
Ads
2️⃣ Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit
Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone/headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak. Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kalian harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.
3️⃣ Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan
Telinga kita memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.
4️⃣ Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh
Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.
5️⃣ Minimum Penggunaan Earphone
Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pantang ada cerita yang trigged sikit di televisyen, mulalah netizen ni meluah rasa tak puas hati di media sosial. Misalnya seperti baru-baru ini, sana sini buka lah sosial media apa pun, mesti akan ada nama Nuha dan Adam, nama watak dalam drama hangat ‘Aku Tanpa Cintamu’.
Malah, ada sampai yang tak sanggup menonton khuatiri terlampau emosi menonton drama tersebut. Tetapi, pada hakikatnya, konflik rumahtangga sebegitu sememangnya ada sahaja di luar sana. Bezanya didedahkan pada umum atau tidak sahaja.
Tidak ketinggalan, baru-baru ini, penceramah bebas Ustaz Syamsul Debat akui tahu tentang watak Nuha dan Adam itu selepas menonton di laman Tiktok. Dia yang sedang memberi ceramah sempat menyebut nama Adam dan Nuha dalam perbincangan topik bertajuk ‘Keluarga & Kerjaya’ dan menjadikan mereka contoh dalam topik tersebut.
Mengambil contoh bagaimana Nuha terpaksa menggunakan wang sendiri untuk memenuhi kemahuan suami, hal sebegitu sebenarnya tidak seharusnya berlaku.
“orang perempuan tak wajib tolong suaminya. Dari sudut duit gajinya, tak wajib bagi kat suaminya.
“Isteri pula tolong settle bayar duit kereta suami, isteri yang teruk. walaupun isteri anak orang kaya.” kata ustaz dalam petikan video yang tular itu.
Tambah ustaz, dalam segi pengurusan rumah, sepatutnya itu adalah kerja suami tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk isteri membantu.
“Cuma, Walaupun itu tanggungjawab lelaki, orang perempuan dengan penuh rela hati menganggung tugas suami dan membuatnya dengan lebih baik daripada suami buat.” jelansya.
Bagi yang mengenali ustaz, sememangnya tahu bahawa ustaz sememangnya gemar menyelitkan unsur lawak dalam percakapannya. Bertanya apakah tajuk drama tersebut, ustaz sempat bergurau dengan tetamu lain tentang drama yang menjadi bualan orang ramai itu.
Melalui ruangan komen, ratusan netizen sangat terhibur dengan gaya santai ustaz menjadikan 2 watak itu sebagai contoh mudah dalam kandungan ceramahnya. Viral sejak semalam, video berkenaan sudah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan.
Wah ubat gigi boleh buat macam-macam? Ubat gigi yang lama atau adakalanya kalau anda beli dan rasanya tak berapa sedap jangan pula terus dibuang begitu
sahaja.
Sebenarnya tanpa ada tahu ada banyak kegunaan lain selain daripada mencuci dan membersihkan gigi kita setiap hari.
Empat benda jangan terus dibuang sebaliknya dapat diselamatkan dan nampak macam baru dengan hanya menggunakan ubat gigi. Jangan main-main dengan benda sekecil ini. Jadi kenalah cuba!
Kasut Lebih Putih
Kasut sekolah usah cakaplah. Kalau balik sekolah confirm kotor dan ini amatlah susah nak dibersihkan. Jangan panik dan marah-marah kerana ada cara mudah nak bersihkan kasut ini. Ubat gigi antara yang mujarab menanggalkan kotoran.
Sapu ubat gigi rata hingga dan biarkan seketika. Kemudian barulah basuh kasut macam biasa. Memang cepat dan mudah!
Tampal Dinding
Dinding yang berlubang akibat kesan paku dapat diratakan dengan sapuan ubat gigi. Tampal sahaja ubat gigi ke dalam lubangnya dan ratakan. Dengan ajaib, dinding nampak lebih elok dan sekata. Mudahnya!
Bersihkan Cermin
Selain kertas surat khabar, mencuci cermin dengan ubat gigi adalah cara paling senang dan mujarab bersihkan cermin. Sapukan rata pada cermin dan biarkan 15 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air bersih. Hasilnya cermin lebih
bersih dan berkilat. Hebat!
Bersih Mainan
Mainan anak-anak yang kotor dengan dakwat atau pensil warna jangan pula dibasuh dengan air sebaliknya sapukan dahulu ubat gigi rata kemudian biarkan seketika. Kemudian barulah dicuci dengan kain pengelap. Cara ini buat pensil
warna dan kesan kotoran lain dengan mudahnya akan dapat ditanggalkan. Senang kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayu melihat sebuah keluarga meminta ‘order’ nasi bujang, seorang peniaga tak kisah untuk memberi tambahan lauk kepada keluarga berkenaan.
Sebenarnya nasi bujang ialah masakan di mana nasi putih dimakan bersama telur goreng dan sup kosong. Harga untuk menu begini biasanya kurang amat murah berbanding jika mengambil lauk lain.
Muat naik perkongsian oleh saudara Syahiran Hilmin yang juga merupakan peniaga sebuah kedai makan mengenai nasi bujang ini mengundang sebak dikalangan netizen.
Nasi Bujang
Dia yang tidak sampai hati melihat sepasagan suami isteri dan tiga orang anak berkongsi dua pinggan nasi.
Katanya lagi, hidangan berkenaan tinggi pada pertengahan bulan bagi mereka bekeluarga dan yang masih bujang.
“Dik, nasi bujang ada ke?” Tanya seorang pelanggan, wanita dlm lingkungan 40-an..saya melihat beliau datang bersama suami dan 3 orang anak, kecil2 lagi.
Hidangan ni paling jadi permintaan di tengah-tengah bulan. Tak kira yang masih bujang atau yang dah berkeluarga.
Kita letak juga daging atau isi ayam di dalam kuah sup tu..telur dadar tu pun kita besarkan sedikit melebihi kuantiti nasi.
Tak sampai hati tengok si ayah dan si ibu berkongsi 2 pinggan nasi ni dengan anak-anak.
Kita faham sangat sebab kita dulu pun datang dari keluarga yang susah.. Moga jadi pedoman..
Dengan ini, moral daripada perkongsian ini, jika kita rasa hidup kita susah, ada orang yang lagi susah dari kita, sentiasalah belajar bersyukur