Pangku Komputer Riba Ada Kesannya Pada Suami, Sila Jauhkan!

Share

Khusus untuk lelaki moden hari ini, sebaiknya elakkanlah memangku komputer riba di atas paha ketika melakukan kerja. Mengapa?

Penyelidik menyarankan lelaki mengelak meletakkan komputer riba di atas paha kerana haba komputer dikatakan boleh menjejaskan kualiti sperma

.

Meletakkan komputer riba di atas paha boleh meningkatkan suhu pada skrotum sehingga 2.7° Celsius (jika digunakan) dan 2.1° Celsius jika tidak digunakan.

Suhu di bahagian bawah komputer riba boleh meningkat sehingga 31 hingga 40° Celsius, iaitu empat hingga 13 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal.

Kajian lain mendapati, jumlah sperma boleh menurun sebanyak 40 peratus jika suhu pada skrotum meningkat satu darjah Celsius. Bayangkan kesannya jika suhu pada anggota itu meningkat melebihi dua atau tiga darjah Celsius.

Secara purata, lelaki mampu menghasilkan di antara 100 hingga 300 juta sperma setiap hari dan sekurang-kurangnya 80 juta sperma diperlukan bagi membolehkan seseorang wanita mengandung.

Jika bilangan sperma terlalu sedikit dan banyak mengandungi sperma tidak normal, kemungkinan untuk wanita hamil adalah rendah.

Jadi fikir-fikirkanlah. Isteri kalau nampak suami buat kerja sambil komputer riba atas paha, silalah tegur!

 

IKLAN